backup og meta

Keliru Sudah Putus Haid Atau Belum? Ini Tanda-tanda Menopaus Yang Boleh Diperhatikan!

Keliru Sudah Putus Haid Atau Belum? Ini Tanda-tanda Menopaus Yang Boleh Diperhatikan!

Menopaus… 1 fasa yang mengundang banyak kekeliruan. Ramai wanita gagal mengenal pasti sama ada mereka sedang alami atau sebaliknya. Jadi, apa sebenarnya tanda tanda menopause?

Usah risau, kami di Hello Doktor telah menyediakan 10 simptom menopause yang boleh dikenal pasti untuk panduan para pembaca di luar sana! Teruskan pembacaan!

Putus haid berlaku apabila anda tidak lagi didatangi haid selama tempoh 12 bulan (setahun) berturut-turut.

Ia berlaku disebabkan tahap hormon seks wanita secara semula jadinya menurun seiring pertambahan usia.

Ovari juga akhirnya berhenti membebaskan telur, jadi kalian tidak akan mengalami haid atau hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Kenali tanda tanda menopause ini 

Ini tanda tanda menopause yang boleh dikenal pasti! Antaranya…

#1 Haid tidak teratur

Ini adalah tanda tanda menopause bahawa anda sedang dalam perjalanan menuju fasa menopaus!

Haid kalian mungkin datang dengan lebih kerap, jarang, terlalu berat, lebih ringan, berlangsung dalam tempoh yang lama atau lebih pendek daripada sebelumnya.

Dalam fasa perimenopause, adalah sukar untuk diramalkan bila, atau sama ada, haid yang seterusnya akan tiba.

Anda juga bakal alami kesukaran untuk meneka berapa lama haid akan berlangsung atau jika aliran darah menjadi berat atau ringan.

#2 Kekeringan faraj

Kekeringan faraj, gatal-gatal dan ketidakselesaan mungkin bermula semasa perimenopause dan berterusan hingga menopaus.

Wanita dengan simptom ini mungkin alami kegatalan dan ketidakselesaan semasa bersama. Sekiranya kulit terluka, ia dapat meningkatkan risiko jangkitan.

Vaginitis atropik, yang melibatkan penipisan, pengeringan, dan keradangan dinding faraj, kadangkala boleh berlaku saat menopaus.

#3 Panas badan (hot flashes)

Tanda tanda menopause

Panas badan amat biasa berlaku dalam fasa menopaus. Ia menyebabkan seseorang merasakan sensasi panas secara mengejut, terutama di bahagian atas badan.

Sensasi panas mungkin bermula di wajah, leher, atau dada dan naik ke atas atau ke bawah.

Panas badan juga boleh menyebabkan kalian:

#4 Tanda tanda menopause – Menggigil

Hipotalamus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal suhu badan.

Disfungsi hipotalamus boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas (hot flashes) atau menggigil (cold flashes) buat sementara waktu.

Tambah lagi, turun naik hormon semasa menopaus dan perimenopause boleh menyebabkan disfungsi pada hipotalamus.

#5 Tanda tanda menopause – Peluh malam (night sweats)

Peluh malam adalah panas badan yang berlaku semasa tidur. Ia boleh menjadi sangat kuat sehingga menjejaskan tidur anda.

Seperti kebanyakan gejala menopaus lain, peluh malam dan panas badan bersifat unik serta berbeza-beza bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlangsung selama seminit atau 5 minit. Juga, boleh menjadi gejala ringan atau parah.

Bagi sesetengah wanita, simptom ini berterusan selama bertahun-tahun atau, bahkan berdekad setelah haid mereka berhenti, hingga masa yang disebut sebagai postmenopause.

#6 Masalah tidur

Terjaga pada waktu malam atau mengalami kesulitan tidur boleh terjadi atas berbagai sebab, tetapi jika ia asing buat anda, itu mungkin tanda tanda menopause.

Kadangkala, ia boleh disebabkan oleh gejala menopaus lain seperti night sweats.

Jika masalah tidur berpanjangan, dan anda sendiri tidak dapat mengenal pasti sebabnya, mungkin sudah tiba masanya untuk memaklumkan doktor anda!

#7 Perubahan mood

Banyak perkara boleh mempengaruhi mood anda, dan itu termasuk perubahan hormon yang berlaku di sekitar fasa menopaus.

Sekiranya anda pernah mengalami kegelisahan atau kemurungan pada masa lalu, gejala berpotensi untuk bertambah buruk ketika menopaus.

Apa pun puncanya, anda berhak merasa gembira!  Jika kalian alami kemurungan yang berpanjangan, pastikan untuk maklum kepada doktor.

#8 Pertambahan berat badan & metabolisma perlahan

Sesetengah wanita alami pertambahan berat badan sebagai simptom menopause.

Tubuh juga mungkin berubah menyebabkan lemak cenderung berkumpul di bahagian pinggang dan jisim otot yang berkurangan.

Seiring pertambahan usia, otot kita turut merosot secara mendadak dan metabolisme akan menjadi lebih perlahan.

Perubahan inilah yang dapat menyumbang kepada kenaikan berat badan semasa menopaus.

#9 Rambut menipis & kulit kering

Tanda tanda menopause

Apabila tahap hormon mula merosot, kulit mula menjadi kering, kendur dan menipis.

Untuk rambut, apabila pengeluaran estrogen dan progesteron merosot, keguguran atau penipisan rambut dapat dilihat dengan jelas seiring waktu.

Selain itu, kesan sampingan simptom menopause ini dialami golongan wanita pada tahap tertentu sebelum mencecah usia 50 tahun.

Bagi kulit pula, kapilari darah di bawah permukaan kulit anda berfungsi untuk membawa oksigen dan nutrien ke atas, bantu menguatkan fungsi penghadang kulit (skin barrier).

Disebabkan estrogen sebahagiannya mengawal pertumbuhan dan kualiti kulit, aliran darah ke kulit sering kali berkurangan semasa menopaus, menyumbang kepada masalah penipisan dan kekeringan.

#10 Payudara hilang keanjalan

Payudara wanita turut terkesan dengan perubahan saat menopaus, sama seperti ia berubah dengan turun naik tahap hormon, bermula dengan pembentukannya ketika akil baligh.

Dalam kebanyakan kes, kehilangan keanjalan payudara berkait rapat dengan perubahan hormon.

Selain itu, tarikan graviti tisu yang digabungkan dengan kehilangan kekuatan tisu cenderung membuatkan payudara jatuh.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms/causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/symptoms-causes/syc-20353397. Accessed 12 July 2022.
  2. Menopause symptoms and treatment. https://www.menopause.org/for-women/menopauseflashes/menopause-symptoms-and-treatments/are-we-there-yet-navigate-now-with-our-guided-menopause-tour. Accessed 12 July 2022.
  3. Skin care during menopause. https://www.aad.org/skin-care-secrets/skin-care-during-menopause#:~:text=. Accessed 12 July 2022.
  4. Menopause and weight gain. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/menopause-and-weight-gain. Accessed 12 July 2022.
  5. Do breast undergo changes with menopause. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/2015/may/do-breasts-undergo-changes-with-menopause. Accessed 12 July 2022.

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

5 Tanda Wanita Akan Mengalami Menopaus! Gejala No. 4 Paling Ramai Tak Suka

Selalu Rasa Pedih Ketika Bersama? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk 'Banyakkan Air' Wanita!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan