Hipoglisemia merupakan satu keadaan yang menandakan gula dalam darah rendah daripada paras yang sepatutnya.
Hipoglisemia merupakan satu keadaan yang menandakan gula dalam darah rendah daripada paras yang sepatutnya.

Kekurangan glukosa dalam darah boleh mendatangkan banyak kesan terhadap kesihatan serta boleh menyebabkan penghidapnya nampak pucat dan tidak bermaya.
Perkara ini boleh mendatangkan bahaya, terutamanya pada pekerja yang melakukan kerja keras. Misalnya, mereka yang kerja di kilang boleh pitam secara tiba-tiba dan mungkin tercedera.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai bahaya hipoglisemia atau gula dalam darah rendah kepada golongan pekerja serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Individu yang menghidap hipoglisemia perlukan rawatan dalam kadar segera!
Bagi sesetengah orang, kadar gula dalam darah berpuasa pada bacaan 70 mg/dL atau 3.9 mmol/L perlu dirawat secepat mungkin bagi gejala hipoglisemia.
Hipoglisemia lebih lazim berlaku dalam kalangan individu yang menghidap diabetes. Namun, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun tidak menghidap kencing manis.
Antara bahaya bahaya gula dalam darah rendah kepada pekerja kilang dan pejabat ialah:

Hipoglisemia yang tidak dikawal boleh membawa risiko keselamatan, terutama bagi pekerja kilang yang mengendalikan mesin berat.
Pekerja mungkin tiba-tiba pitam, hilang kawalan atau melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada kemalangan serius.
Apabila kekurangan glukosa dalam darah, pekerja cenderung untuk berasa lemah, mengantuk dan sukar untuk fokus.
Ini boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengurangkan produktiviti, terutamanya dalam pekerjaan yang memerlukan tumpuan dan ketepatan tinggi.
Hipoglisemia yang berulang boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Ramai pekerja mungkin mengalami keresahan atau ketakutan kerana bimbang gejala hipoglisemia berlaku semasa mereka bekerja.
Secara tidak langsung, perkara ini boleh menambah tekanan emosi dan psikologi dalam pekerjaan harian mereka.
Tanda-tanda hipoglisemia di tempat kerja
Makan tepat pada waktu adalah langkah penting untuk mengekalkan tahap gula dalam darah.
Pekerja disarankan makan makanan yang seimbang dan tidak berlapar sehingga malam, terutamanya jika terlibat dalam pekerjaan berat.
Makanan yang tinggi karbohidrat seperti buah-buahan, roti tau biskut boleh membantu menaikkan gula dalam darah dengan cepat sekiranya hipoglisemia berlaku secara tiba-tiba.

Bagi pekerja yang menghidap diabetes, adalah penting untuk memantau tahap gula darah secara berkala dan memastikan ia berada dalam julat normal.
Pemeriksaan ini boleh dilakukan sebelum memulakan kerja atau pada waktu rehat untuk pastikan paras gula rendah dapat dielakkan.
Pekerja perlu memaklumkan kepada rakan sekerja jika mereka mengalami gejala hipoglisemia.
Perkara ini penting agar rakan-rakan bersedia untuk memberikan bantuan jika diperlukan.
Jika perlu, pekerja disarankan berehat sehingga paras gula rendah kembali stabil sebelum meneruskan kerja.
Berehat dapat membantu mereka mengelakkan daripada membuat kesilapan yang boleh membahayakan diri.

Sebagai langkah menangani hipoglisemia, majikan boleh mengadakan sesi latihan atau ceramah mengenai tanda-tanda hipoglisemia dan langkah-langkah pencegahan.
Ini akan membantu pekerja mengenali tanda awal hipoglisemia serta cara menghadapinya.
Selain itu, rakan sekerja yang peka terhadap keadaan ini boleh membantu memberi sokongan, seperti memberikan makanan atau minuman jika hipoglisemia berlaku.
Penting bagi majikan untuk memahami keadaan kesihatan pekerja mereka agar risiko kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan.
Kepekaan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat.
Hipoglisemia merupakan keadaan yang perlu diambil serius terutamanya bagi pekerja kilang dan pejabat yang mungkin berdepan risiko keselamatan atau prestasi kerja yang menurun.
Dengan pengurusan yang betul, sokongan daripada rakan sekerja dan kesedaran daripada majikan risiko hipoglisemia di tempat kerja dapat dikurangkan dan membolehkan pekerja bekerja dengan selamat dan produktif.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
09/02/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor