backup og meta

Cari Rawatan Tradisional Untuk Wanita PCOS? Ada 5 Pilihan Selamat, Cubalah!

Cari Rawatan Tradisional Untuk Wanita PCOS? Ada 5 Pilihan Selamat, Cubalah!

Pernahkah anda dengar mengenai PCOS? PCOS adalah satu sindrom yang boleh mendatangkan masalah terhadap kesuburan dan kitaran haid seorang wanita. Disebabkan sindrom ini boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan, ramai penghidapnya mencari rawatan PCOS secara tradisional di samping rawatan yang sedia ada.

Sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenai rawatan PCOS secara tradisional, wanita perlu tahu apa itu PCOS dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kesuburan wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu PCOS?

rawatan pcos secara tradisional

Sindrom Ovari Polisistik atau PCOS merupakan satu kondisi yang menyebabkan ovari menghasilkan hormon androgen secara abnormal. Hormon androgen merupakan hormon seks lelaki yang lazimnya dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh wanita.

Seperti namanya – polisistik, penghidap PCOS juga mempunyai banyak sista kecil pada ovari mereka. Namun, bukan semua penghidap PCOS mempunyai sista ini. Ada juga wanita yang tidak menghidap PCOS, namun mempunyai sista pada ovari.

Dalam sesetengah kes, wanita yang menghidap PCOS tidak mempunyai hormon yang mencukupi untuk melakukan ovulasi. Apabila ovulasi tidak berlaku, sista akan mula terbentuk pada kawasan rahim.

Sista ini jugalah yang menghasilkan hormon androgen dalam badan wanita. Hormon androgen yang berlebihan boleh menyebabkan masalah haid serta simptom-simptom PCOS yang lain.

Sehingga hari ini, masih belum ada penawar untuk PCOS. Namun, ada rawatan khas yang dapat mengawal simptom PCOS.

Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih gemar untuk melakukan rawatan PCOS secara tradisional di samping rawatan yang sedia ada.

Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal BMC Complementary Medicine and Therapies, hampir 70% wanita yang menghidap PCOS di Australia menggunakan terapi semula jadi atau rawatan tradisional untuk meningkatkan kualiti hidup mereka selepas disahkan menghidap PCOS.

Tambahan lagi, pesakit juga didapati sering mengambil suplemen seperti vitamin, mineral dan minyak ikan serta herba dalam bentuk teh, tablet atau cecair sebagai rawatan tambahan.

Baca juga:

Pilihan rawatan PCOS secara tradisional              

Sebenarnya, ada banyak pilihan rawatan tradisional PCOS. Walau bagaimanapun, banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanan sebenar ubat-ubatan atau herba ini.

Sebelum mengambil apa-apa jenis ubat atau melakukan rawatan tradisional, pesakit perlulah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Ingat ya, pengambilan ubat-ubatan tradisional ini bukanlah pengganti rawatan utama seperti yang telah disarankan oleh doktor. Namun, ia mungkin dapat membantu meringankan sedikit simptom yang dialami pesakit.

Antara contoh rawatan pcos secara tradisional:

1. Pengambilan kulit kayu manis

rawatan pcos secara tradisional

Buat masa ini, ada beberapa kajian kecil yang menggalakkan pengambilan kulit kayu manis untuk merawat PCOS. Ia dikatakan dapat memperbaiki rintangan insulin serta kitaran haid pesakit. Walau bagaimanapun, dapatan kajian masih belum kukuh.

Namun, kulit kayu manis telah digunakan secara turun-temurun untuk mengawal kadar gula dalam darah. Malah, ia juga amat bermanfaat untuk pesakit diabetes jenis 2.

2. Inositol sebagai rawatan pcos secara tradisional

Inositol merupakan satu bahan yang seakan-akan vitamin. Bahan ini juga dihasilkan secara semula jadi oleh badan dan boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan terutamanya kekacang dan buah-buahan.

Menurut kajian, inositol dapat mengawal kadar gula dalam darah dan membuatkan sel dalam badan lebih sensitif terhadap insulin.

Malah, menurut sebuah kajian pada tahun 2018, mereka mendapati kadar ovulasi dan kitaran haid penghidap PCOS dapat ditingkatkan dengan pengambilan inositol.

3. Suplemen asid lemak omega-3

rawatan pcos secara tradisional

Baru-baru ini, ada kajian kecil yang melihat keberkesanan asid lemak omega-3 untuk meningkatkan sensitiviti insulin dalam kalangan wanita dengan PCOS. Walau bagaimanapun, keberkesanannya masih lagi dalam kajian.

4. Gabungan bunga peony dan likoris

Ubat tradisional Cina yang menggabungkan bunga peony dan likoris selalunya dipreskripsi oleh pakar untuk membantu masalah kesuburan dalam kalangan penghidap PCOS.

Menurut kajian, formula herba ini mungkin dapat menukar testosteron kepada estrogen. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan.

Ubat tradisional Cina juga tidak boleh diambil secara sembarangan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda ingin mengambil sebarang herba untuk merawat simptom PCOS yang dialami.

5. Rawatan PCOS secara tradisional menggunakan teh minyak pooh (spearmint tea)

Minyak pooh atau Mentha spicata lazimnya digunakan sebagai teh herba oleh wanita di Timur Tengah. Ia amat bermanfaat untuk mengurangkan pertumbuhan bulu yang berlebihan.

Teh minyak pooh secara amnya selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja. Namun, kajian menunjukkan keberkesanannya mungkin berbeza mengikut individu.

Jika anda ingin mencuba 5 petua tradisional di atas, kami sarankan anda dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. A survey of the use of complementary medicine by a self-selected community group of Australian women with polycystic ovary syndrome. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25481654/. Accessed on May 25, 2022.
  2. PCOS & natural therapies. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/natural-therapies-supplements/pcos-natural-therapies. Accessed on May 25, 2022.
  3. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos. Accessed on May 25, 2022.
  4. Polycystic ovary syndrome (PCOS). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pcos/symptoms-causes/syc-20353439. Accessed on May 25, 2022.
  5. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). http://www.myhealth.gov.my/sindrom-ovari-polisistik-pcos/. Accessed on May 25, 2022.

Versi Terbaru

30/05/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

10 Perkara Yang Dilarang Keras Bagi Wanita PCOS, No. 9 Paling Bahaya Jika Abai!

Period Tak Teratur, Bagaimana Nak Tahu Tanda Mengandung Wanita PCOS?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan