Perlukah wanita yang berusia 30 tahun ke atas mengambil jamu untuk wanita menopause? Benar, menopaus datang dengan pelbagai simptom yang mendatangkan ketidakselesaan. Untuk mengurangkan simptom ini, adakah wanita perlu mengambil sebarang bentuk makanan tambahan?
Dalam artikel kali ini, kami akan bincangkan lebih lanjut mengenai jamu wanita menopause – apakah keburukan dan kebaikannya supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak sebagai pembeli.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Menopaus dalam kalangan wanita
Selalunya, menopaus akan bermula ketika wanita mencecah usia 45-55 tahun.
Pada waktu ini, wanita tidak akan lagi mengalami haid seperti biasa. Namun, perubahan ini berbeza mengikut individu. Ada orang yang datang menopaus lebih awal berbanding orang lain.
Tidak ada ujian untuk menentukan bilakah seorang wanita itu akan alami menopaus.
Selain haid yang tidak teratur, wanita juga akan mulai mengalami simptom lain dari segi fizikal dan juga emosi.
Tidur malam akan terganggu dan perubahan mood juga menjadi semakin serius.
Ada juga wanita yang akan alami simptom lain seperti peningkatan berat badan, rambut gugur dan kekeringan faraj.
Untuk mengurangkan simptom yang dialami, ada wanita yang mengambil jamu untuk wanita menopause. Namun, adakah jamu ini berkesan untuk memulihkan ‘keremajaan’ wanita?
- Hot flashes (rasa panas yang menjalar pada badan secara tiba-tiba).
- Sering berpeluh pada waktu malam.
- Kekeringan faraj.
- Kencing tidak lawas.
- Rasa hendak kencing secara tiba-tiba.
- Perubahan dari segi emosi.
- Kulit kering.
- Payudara rasa lembut.
- Sindrom prahaid yang menjadi semakin serius.
- Haid yang tidak teratur
Jamu untuk wanita menopause
Di negara kita, jamu dijual untuk pelbagai tujuan. Selalunya, jamu ini mengandungi pelbagai bahan tradisional seperti madu, kunyit, halia, kurma, delima, kacip fatimah dan sebagainya.
Tidak dinafikan, semua bahan ini mempunyai khasiat tersendiri kepada badan.
Sebagai contoh, madu kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan antioksidan. Ia sering digunakan sebagai pemanis semula jadi dalam makanan dan minuman.
Selain itu, madu juga boleh digunakan untuk merawat kesan melecur disebabkan sifat anti inflamasi, antibakteria dan antiradangnya.
Kacip fatimah pula adalah herba tradisional yang sering digunakan dalam perubatan wanita. Ia bermanfaat untuk memudahkan kelahiran bayi dan dapat memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin.
Selain mengurangkan simptom menopaus, jamu wanita menopause dikatakan mempunyai pelbagai lagi manfaat lain seperti:
- Mengurangkan keputihan.
- Mengetatkan faraj.
- Mencantikkan badan dan memutihkan kulit.
- Mengurangkan sakit senggugut.
- Melambatkan menopaus.
Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengambilan jamu untuk wanita menopause mungkin akan mendatangkan mudarat.
Kadangkala, ia dicampur dengan pelbagai bahan terlarang, salah satunya ialah steroid.
Bagi mereka yang pada awalnya mengambil jamu untuk berubat, berjaga-jagalah. Ia mungkin akan meracun tubuh jika diambil dalam jangka masa yang panjang!
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menopaus, pastikan anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Antara bahan larangan yang telah dikesan dalam produk tradisional adalah:
- Ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac
- Steroid seperti dexamethasone, prednisolone dan dexamethasone
- Ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide
Tidak mahu jamu untuk wanita menopause? Jom cuba cara semula jadi ini
Setiap wanita akan mengalami menopaus. Ini merupakan satu fasa dalam hidup yang tidak boleh dielakkan.
Selain pengambilan jamu, ada banyak lagi langkah lain yang boleh digunakan untuk mengurangkan simptom menopaus.
Antaranya:
- Dapatkan tidur yang mencukupi. Kebanyakan simptom menopaus akan berkurangan sekiranya anda tidur lena pada waktu malam.
- Kurangkan pengambilan kafein. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan anda sukar tidur malam. Bukan itu sahaja, wanita yang mengalami masalah menahan air kecil mungkin akan menjadi semakin teruk sekiranya mengambil minuman berkafein secara berlebihan.
- Bersenam. Senaman 3 kali seminggu dapat membantu mengurangkan simptom menopaus. Ia juga dapat membuatkan mood anda bertambah baik.
- Gunakan lubrikasi semasa melakukan seks. Lubrikasi berasaskan air boleh membantu menangani masalah kekeringan faraj ketika bersama suami.
- Minum air dengan mencukupi. Minuman sejuk dapat mengurangkan masalah hot flashes. Air susu suam atau teh kamomil pula dapat membantu anda tidur lebih lena.
- Elakkan makanan pedas dan masam. Makanan sebegini boleh menyebabkan anda berpeluh dengan kerap pada waktu malam.
- Ambil makanan yang mengandungi fitoestrogen. Sebagai alternatif kepada jamu untuk wanita menopause, diet yang kaya dengan fitestrogen mungkin dapat mengurangkan masalah hormon yang dihadapi oleh wanita menopaus.
[embed-health-tool-bmi]