Sakit Ketika Senggama Akibat Endometriosis? Ini 4 Cara Elak Pedih & Perit Semasa Berjimak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Endometriosis bukanlah perkara asing lagi kerana ramai wanita menghidapinya. Masalah ini bukan sahaja memberikan kesan ketika haid, malah rasa sakit ketika seks juga boleh terjadi.

Kesakitan semasa hubungan seks adalah gejala endometriosis yang biasa berlaku akibat penetrasi dan pergerakan lain yang berkaitan semasa bersama pasangan.

Bagaimana endometriosis boleh mempengaruhi kehidupan seks anda

Endometriosis berlaku apabila tisu yang biasanya melapisi rahim anda mula tumbuh di bahagian luar.

Sebilangan besar individu tahu bahawa ia boleh menyebabkan kekejangan yang menyakitkan semasa haid, tetapi kesannya tidak hanya berhenti di situ.

Mereka mengalami kesakitan dan keletihan kronik tanpa mengira waktu dan bagi sesetengah individu pula, endometriosis juga memberi kesan terhadap hubungan kerana mengakibatkan sakit ketika seks.

Ini kerana penetrasi yang berlaku akan menekan dan menarik sebarang pertumbuhan tisu di belakang faraj dan bahagian bawah rahim.

Walaupun gejalanya mungkin berbeza bagi setiap individu, tapi terdapat jalan penyelesaian dan perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

  • Jejaki kitaran haid anda dan cuba pada masa-masa tertentu

Bagi kebanyakan wanita, ketidakselesaan yang disebabkan oleh endometriosis adalah masalah yang berterusan.

Tetapi, rasa sakit akan menjadi lebih menyakitkan ketika haid anda dan semasa berovulasi.

Dengan mengikuti kitaran haid, anda juga akan dapat mengesan sebarang gejala yang berkaitan dengan endometriosis.

Ini akan memberi anda pemahaman yang lebih baik mengenai waktu apa yang paling banyak mempengaruhi kesakitan yang boleh berlaku, dan waktu yang mungkin tidak terkesan.

  • Gunakan pelincir

pelincir seks

Sekiranya anda menghidapi endometriosis, maka pelincir adalah sahabat baik anda!

Sebilangan wanita yang mempunyai endometriosis merasa sakit ketika seks kerana kekeringan faraj atau kekurangan faktor pelinciran.

Dengan menggunakan pelincir berasaskan air atau silikon semasa melakukan hubungan seks benar-benar dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan kesakitan.

Justeru, anda harus menggunakan pelincir sebanyak mungkin sehingga anda cukup basah, dan letakkannya lagi apabila faraj anda mulai mengering.

  • Cubalah posisi seks yang berbeza!

Sekiranya anda menghidap endometriosis, anda mungkin mendapati bahawa beberapa posisi akan menyebabkan rasa sakit ketika seks lebih parah.

Posisi missionary cenderung menjadi paling menyakitkan bagi mereka dengan masalah ini kerana kedudukan rahim dan kedalaman penetrasi.

Justeru, bereksperimen dengan posisi yang berbeza dapat mengajar anda dan pasangan tentang posisi mana yang menyakitkan dan mana yang harus dielakkan.

Ini bagi memberikan kenikmatan seks yang lebih baik buat anda dan pasangan.

  • Rancang kemungkinan berlaku pendarahan

Pendarahan yang terjadi selepas hubungan seks, yang dikenali sebagai pendarahan postcoital, adalah gejala endometriosis yang biasa berlaku.

Pendarahan postcoital boleh berlaku kerana penetrasi semasa seks menyebabkan iritasi tisu pada rahim.

Pengalaman ini boleh mengganggu emosi dan mengecewakan, tetapi usah risau kerana terdapat cara yang boleh anda persiapkan untuk pendarahan yang berpotensi terjadi.

Antara cara yang dapat membantu anda adalah:

  • Meletakkan tuala sebelum memulakan hubungan seks
  • Simpan tisu berhampiran untuk memudahkan proses pembersihan
  • Fokus pada posisi yang menyebabkan kurang kegatalan

Anda juga harus memaklumkan pasangan anda terlebih dahulu agar mereka tidak akan terkejut dan tertanya-tanya akan potensi kejadian tersebut ketika melakukan seks.

Rumusan

cara memujuk pasangan

Walaupun endometriosis boleh memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan seks anda, namun ia tidak harus kekal seperti itu selamanya.

Berkomunikasi dengan pasangan anda tentang masalah endometriosis dan kesannya terhadap kehidupan seksual anda. Pemahaman daripada si dia adalah kunci untuk hubungan yang lebih sihat dan jujur.

Bagi memastikan pasangan benar-benar memahami situasi kesihatan, anda harus:

  • Memaklumkan pasangan anda bagaimana perasaan anda secara fizikal dan emosi, walaupun pada saat yang paling menyakitkan
  • Duduk bersama untuk mengetahui cara-cara bagi memastikan seks yang lebih baik, tetapi masih berpusatkan pengalaman dan gejala-gejala anda
  • Bercakap secara terbuka mengenai perasaan anda mengenai seks dan penetrasi, dan apa yang dapat membantu meredakan kebimbangan anda
  • Pastikan pasangan anda bertanggungjawab sekiranya mereka tidak mengikuti atau mendengarkan masalah anda. Jangan takut untuk membincangkan masalah ini sekerap mana yang diperlukan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

Berasa sakit semasa seks? Sakit ketika seks yang dialami oleh kaum lelaki boleh menjadi petanda bagi beberapa keadaan. Artikel ini ada terangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Lelaki Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Amalan Tradisi Bertangas, Betul Ke Wap Herba Ini Bagus Untuk Kesihatan Faraj?

Anda mungkin pernah mendengar tentang amalan nenek moyang kita yang masih lagi diamalkan dalam penjagaan kesihatan faraj, bertangas. Tapi, berkesan ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
haid datang lambat selepas bersetubuh

Wujud Ke Punca Lain Tidak Datang Haid Selepas Seks, Selain Hamil? Mungkin Ada!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
vagina wanita

Ini Sebab Mengapa Wanita Perlu Lakukan Ujian PH Miss V, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan