backup og meta

Hilang Minat Melakukan Seks Salah Satu Petanda Menopause, Periksa 4 Tanda Lain!

Hilang Minat Melakukan Seks Salah Satu Petanda Menopause, Periksa 4 Tanda Lain!

Umur menopause wanita adalah ketiak mereka tidak lagi mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut. Ini adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Jadi, apa tanda menopause wanita?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenal pasti tanda menopause

Pengalaman menopaus setiap wanita adalah unik dan gejala biasanya menjadi lebih teruk apabila ia berlaku secara mengejut atau dalam jangka masa yang pendek.

pra menopause
Tanda pra menopaus yang umum.

Kondisi yang mempengaruhi kesihatan ovari, seperti kanser, histerektomi, atau pengamalan gaya hidup tertentu, seperti merokok, cenderung meningkatkan lagi keparahan dan jangka masa gejala menopause.

Selain perubahan haid, gejala perimenopause, menopaus, dan postmenopause secara umumnya adalah sama sahaja.

#1 Haid tidak teratur

Antara tanda menopause wanita yang pertama adalah perubahan dan ketidakteraturan kitaran haid.

Ini menjadi petanda utama yang menunjukkan anda sedang dalam ‘perjalanan’ untuk menopaus.

Antara ciri ciri haid menjelang menopause adalah anda mungkin akan datang dengan lebih kerap atau lebih jarang, lebih berat atau lebih ringan, masa berlangsung lebih lama atau lebih pendek daripada sebelumnya.

Justeru, ketika dalam fasa perimenopause, anda bakal alami kesukaran untuk meramalkan haid seterusnya atau tempoh masa ia berlaku.

Anda juga lebih sukar untuk hamil dalam fasa ini, tetapi selagi masih didatangi haid, kehamilan masih berpeluang untuk berlaku.

Selain itu, beberapa ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser juga berupaya memicu haid tidak teratur.

Sebarang pendarahan atau spotting selepas menopaus adalah tidak normal! Segera rujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk didiagnosis.

tanda menopause
Ketidakteraturan haid wanita.

Tanda menopause #2 Panas badan (hot flashes)

Hot flashes boleh membuatkan anda berasa panas atau berpeluh di bahagian atas badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

Kulit juga mungkin akan bertukar warna merah dan jantung berdegup lebih laju. Kemudian, anda mungkin turut rasai sensasi sejuk secara tiba-tiba.

Night sweats pula adalah panas badan yang berlaku semasa tidur. Simptom ini boleh menjadi sangat kuat sehingga menjejaskan tidur anda.

Sama seperti kebanyakan tanda menopause lain, pengalaman hot flashes dan night sweats juga mungkin berbeza-beza bagi setiap wanita.

Ia mungkin berlangsung selama seminit atau 5 minit, boleh menjadi ringan atau parah.

Anda juga mungkin merasainya beberapa kali setiap jam, setiap minggu, atau tidak mengalaminya sama sekali.

Bagi sesetengah wanita, simptom ini mampu berterusan selama bertahun-tahun, atau bahkan dekad setelah haid terhenti hingga ke fasa yang digelar postmenopause.

#3 Perubahan perasaan terhadap seks

Semasa menopaus, sebilangan wanita mendapati mereka mudah terangsang dan lebih gemar bersenggama dek kebebasan dirasai kerana tidak perlu lagi bimbang dengan potensi kehamilan.

Namun, ada juga yang sebaliknya menzahirkan rasa keinginan terhadap seks yang makin berkurangan.

Anda perlu tahu, semasa menopaus, kulit di sekitar faraj berisiko menjadi kering, lantas boleh menyebabkan pengalaman seks yang menyakitkan.

Justeru, penggunaan pelincir semestinya dapat membantu!

#4 Perubahan mood, salah satu tanda menopause

Banyak perkara boleh memberi kesan terhadap mood anda, dan ini termasuk jugalah perubahan hormon yang berlaku di sekitar fasa menopaus.

Sekiranya kalian pernah mengalami kegelisahan atau kemurungan pada masa lalu, gejala anda mungkin bertambah buruk apabila putus haid.

Apa pun alasannya, anda berhak untuk merasa gembira! Jika anda mendapati telah mengalami mood swing selama lebih dari beberapa minggu, pastikan untuk maklumkan kepada doktor.

Bersama-sama, doktor akan dapat memutuskan pilihan rawatan seperti vitamin untuk wanita menopause bersesuaian untuk membantu anda berasa lebih baik.

tanda menopause
Perubahan mood dan emosi wanita.

Dalam erti kata mudah, terdapat 5 tanda menopaus pada wanita yang umum termasuk:

  1. Haid tidak teratur
  2. Panas badan (hot flashes)
  3. Perubahan perasaan terhadap seks
  4. Perubahan mood
  5. Perubahan fizikal

#5 Alami perubahan fizikal

Ketika putus haid, wanita sering kali melihat perubahan pada kulit dan rambut yang semakin kering serta menipis.

Malah, ada juga yang bertambah berat badan dalam fasa ini. Tubuh kalian juga mungkin berubah apabila badan menyimpan lebih banyak lemak di sekitar pinggang dan berlaku penyusutan otot secara menyeluruh.

Bukan itu sahaja, anda mungkin tidak lagi selincah dahulu dan mula hadapi kesukaran untuk bergerak, atau alami sakit-sakit sendi.

Oleh itu, adalah amat penting untuk kekal aktif! Anda mungkin perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan kekuatan dan fit.

Akhir kata, berikut adalah perkongsian berkaitan tanda menopause pada wanita secara umum, yang boleh dikenal pasti.

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan berkaitan tanda menopause atau berapa lama gejala menopause hilang, rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are signs and symptoms menopause.https://www.nia.nih.gov/health/what-are-signs-and-symptoms-menopause. Accessed April 22, 2021
  2. Is It Menopause? https://www.reproductivefacts.org/patient-journeys/menopausal-transition-patient-journey/?gad=1&gclid=CjwKCAjw2K6lBhBXEiwA5RjtCV4zEv9QL5uvPZwG1geF92YorcOMwL7g7sw1XSVJiz-tzOvarE8-uhoCdYQQAvD_BwE. Accessed July 11, 2023.
  3. Symptoms menopause. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/symptoms-causes/syc-20353397. Accessed April 22, 2021.
  4. Symptoms menopause. https://www.nhs.uk/conditions/menopause/symptoms/. Accessed April 22, 2021.
  5. Menopause treatment. https://www.menopause.org/for-women/menopauseflashes/menopause-symptoms-and-treatments/how-do-i-know-i’m-in-menopause-. Accessed April 22, 2021.

Versi Terbaru

08/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Sakit Nak Bersama Suami Sebab Faraj Kering? Ada 6 Cara Nak Atasi, Pasti Lancar Lepas Ini!

7 Punca Pendarahan Selepas Seks, Paling BAHAYA No. 5!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan