backup og meta

7 Punca Mood Wanita Sering Berubah, Salah Satunya PMS!

7 Punca Mood Wanita Sering Berubah, Salah Satunya PMS!

Bagaiman untuk mengetahui anda mengalami mood swing perempuan atau tidak?

Sudah lama anda tidak menjalani hari normal dengan mood yang baik tanpa merasa cepat penat? Jika jarang sekali, ini tanda ketidakseimbangan hormon!

Berita buruknya, anda mungkin berada dalam golongan wanita yang mengalami perubahan mood (mood swing) dan kepenatan dek masalah hormon.

Mari kita ikuti perbincangan ini untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Hormon & keletihan

Sering keletihan adalah simptom biasa yang mungkin mempunyai banyak penyebab yang berpotensi.

Kehadiran hormon progesteron yang terlalu sedikit boleh menyukarkan usaha tidur, namun terlalu banyak progesteron pula menyumbang kepada keletihan.

Ketidakseimbangan hormon lain yang menyebabkan keletihan adalah tahap hormon tiroid yang rendah (hipotiroidisme). Kondisi ini mudah didiagnosis dengan ujian darah.

Sekiranya tahap hormon tiroid didapati rendah, anda boleh mengambil ubat preskripsi.

mood swing perempuan

Hormon & mood swing perempuan

Mood swing dapat dipicu oleh sesetengah peristiwa atau situasi tertentu, tetapi dalam banyak keadaan, penyebabnya adalah kerana ketidakseimbangan kadar hormon.

Perubahan mood adalah perkara biasa yang melanda para wanita yang mengalami turun naik hormon akibat perubahan fisiologi, seperti haid atau menopaus.

Jom kita ketahui punca-puncanya dengan lebih lanjut, teruskan membaca ya!

#1 Sindrom pramenstruasi (PMS)

Premenstrual syndrome (PMS) adalah sekumpulan gejala yang berlaku pada wanita 1 hingga 2 minggu sebelum haid bermula.

Selain perubahan mood, PMS boleh menyebabkan keletihan, perubahan selera makan, kemurungan, cepat penat, kekembungan dan banyak lagi!

Masih tidak jelas mengapa tempoh pramenstruasi ini menyebabkan simptom-simptom sebegitu.

Namun, para penyelidik mengesyaki bahawa perubahan hormon estrogen kemungkinan besar boleh dipersalahkan!

Pada hari dan minggu sebelum haid, tahap estrogen seorang wanita meningkat dan turun secara mendadak.

#2 Premenstrual dysphoric disorder (PMDD) punca mood swing perempuan

PMDD adalah jenis PMS yang bersifat lebih teruk dan jarang berlaku. PMDD mempengaruhi sehingga 5% wanita pada usia subur.

Antara simptom PMDD termasuk; perubahan mood yang teruk, kemurungan teruk, kerengsaan melampau, dan banyak lagi.

Melakukan perubahan gaya hidup sahaja jarang sekali dapat merawat PMDD.

Kebanyakan wanita akan menggabungkan rawatan alternatif, seperti pengurusan tekanan dan perubahan diet bersama ubat untuk mendapatkan kelegaan gejala.

mood swing perempuan

#3 Tekanan/stres

Tekanan atau stres mampu mempengaruhi tubuh dan kesihatan anda dengan pelbagai cara yang tidak sihat.

Salah satunya adalah mood. Kekecewaan, kebimbangan, dan berada dalam keadaan tertekan yang berterusan boleh menyebabkan perubahan mood yang teruk, bersama dengan masalah psikologi yang lain.

#4 Masalah psikiatri

Gangguan psikologi dan tingkah laku boleh akibatkan kecelaruan dan menyebabkan gejala seperti perubahan mood.

Gangguan ini termasuklah attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), kemurungan, gangguan bipolar, dan banyak lagi.

Mengubati kondisi ini kemungkinan besar akan meredakan simptom perubahan mood yang melampau seperti mudah naik angin dan gejala lain yang mungkin dialami.

#5 Ketidakseimbangan hormon

Estrogen mungkin memainkan peranan dalam perubahan mood yang berkaitan dengan PMS, tetapi hormon lain juga boleh mempengaruhi mood dan membuatkan anda mudah naik angin.

Hipotiroidisme, kondisi di mana kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon mencukupi, adalah gangguan hormon yang biasa berlaku.

Ia berupaya mempengaruhi mood seseorang dan menyebabkan simptom-simptom lain.

Punca mood swing perempuan #6 Menopaus

Menopaus melibatkan perubahan besar dalam hidup perempuan dan fasa peralihannya adalah pra-menopaus, yang sering kali dikaitkan dengan perubahan mood.

mood swing perempuan

Ketika tahap estrogen merosot, kebanyakan wanita mengalami pelbagai gejala, termasuklah mood swing, insomnia, mudah naik angin, cepat penat dan masalah libido.

Sesetengah doktor akan memberikan ubat pengganti hormon kepada wanita pra-menopaus untuk bantu mereka memasuki fasa kehidupan rendah estrogen dengan lebih mudah.

#7 Masalah tiroid

Masalah berkaitan tiroid berpotensi mempengaruhi mood anda.

Hipotiroidisme boleh disebabkan oleh kadar hormon tiroid rendah dan tahap kortisol yang tinggi.

Hal ini turut boleh mempengaruhi kualiti tidur, tenaga dan selera makan, dan mempengaruhi mood seseorang.

Apa yang boleh kalian lakukan untuk atasi mood swing perempuan?

  • Lakukan senaman secara berkala

Kekal aktif dan bersenam sememangnya sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental kita.

Senaman juga dapat membantu anda merawat atau mengelakkan isu berkaitan perubahan mood daripada berlaku.

  • Elakkan kafein dan gula

Beberapa jenis perangsang ini berupaya mengubah kondisi semula jadi badan, memicu mood menjadi lebih buruk atau menjadi punca mood swing perempuan.

Ya, kafein dapat mengurangkan rasa penat dan mengantuk, tetapi ia juga meningkatkan kegelisahan dan keresahan.

Baca juga:

  • Amalkan pengurusan tekanan

Tekanan dan kegelisahan boleh menjadikan simptom yang dialami seperti PMS, bertambah teruk!

Meditasi, teknik pernafasan, dan yoga terbukti dapat bantu menguruskan tekanan.

  • Dapatkan tidur yang cukup atasi mood swing perempuan

Tidur malam yang berkualiti sememangnya bermanfaat dan dapat menyembuhkan banyak penyakit, termasuklah isu kerengsaan dan perubahan mood yang melampau.

Cuba usaha untuk tidur selama 7 hingga 8 jam setiap malam kerana ia cukup penting untuk kesejahteraan kesihatan fizikal dan emosi!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Trouble Sleeping & Fatigue. https://womeninbalance.org/symptoms-solutions/trouble-sleeping-fatique/, accessed on April 1, 2021
  2. Premenstrual dysphoric disorder (PMDD). https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/premenstrual-syndrome/premenstrual-dysphoric-disorder-pmdd, accessed on April 1, 2021
  3. Premenstrual syndrome (PMS). https://www.womenshealth.gov/menstrual-cycle/premenstrual-syndrome, accessed on April 1, 2021
  4. 5 Ways to Know Your Feelings Better. https://kidshealth.org/en/teens/bad-mood.html, accessed on April 1, 2021
  5. Anxiety, Irritability & Mood Swings. https://womeninbalance.org/symptoms-solutions/irritability-mood-swings/, accessed on April 1, 2021
  6. What are Mood Swings and How to manage them. https://centerstone.org/our-resources/health-wellness/mood-swings/, accessed on April 1, 2021

Versi Terbaru

25/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Keliru Antara Fibroid Dengan Sista Rahim, Nampak Sama Tapi Banyak Beza!

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan