backup og meta

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi bagaimana jika haid tak teratur? Adakah cara merawat haid tidak teratur ini dengan ubat-ubatan?

Haid, adalah sebahagian daripada kitaran haid di mana endometrium yang merupakan lapisan rahim disingkirkan dan pendarahan keluar dari rahim melalui faraj.

Haid biasanya bermula semasa akil baligh bagi seseorang anak gadis, antara umur 10 sehingga 16 tahun, dan akan berterusan sehingga seseorang wanita mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga hari pertama haid yang seterusnya) normal bagi seseorang wanita kebiasaannya adalah 28 hari, namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu.

Maka adalah normal untuk wanita mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang.

Kitaran haid tak teratur pula adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya menjadi tidak menentu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenali punca haid tidak teratur

cara merawat haid tidak teratur
Fasa kitaran haid.

Tahap insulin dan androgen yang tinggi, juga dikenali ‘hormon lelaki’ di dalam badan mampu mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan terutamanya bagi wanita dengan masalah PCOS (sindrom ovarium polikistik).

Sekiranya anda mempunyai PCOS, haid anda mungkin tidak teratur atau lebih teruk, berhenti sama sekali.

Kitaran haid tak teratur ditakrifkan sebagai:

  • Kurang daripada 8 kali kitaran haid setahun
  • Kitaran haid lebih pendek daripada 21 hari
  • Kitaran haid lebih lama daripada 35 hari

Haid yang normal dan berkala membantu mencegah penebalan lapisan rahim yang berlebihan dan sel-sel abnormal daripada terbentuk.

Yang paling penting, seseorang wanita harus mempunyai sekurang-kurangnya 4 kitaran haid setahun bagi mengelakkan perkumpulan sel tidak normal.

Oleh itu, apakah cara merawat haid tidak teratur? Wujudkah pil melancarkan haid di farmasi?

Cara merawat haid tidak teratur dengan ubat-ubatan

Berikut adalah cara merawat haid tidak teratur dengan ubat-ubatan, antaranya:

  • Medroxyprogesterone
  • Norethindrone
  • Metformin
cara merawat haid tidak teratur
Punca haid terlalu banyak.

Cara merawat haid tidak teratur #1. Medroxyprogesterone

Medroxyprogesterone adalah sejenis hormon wanita (progestin) digunakan untuk merawat haid yang tidak normal atau tidak teratur.

Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk menghasilkan kitaran haid yang normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Selain digunakan sebagai petua melancarkan period, Medroxyprogesterone juga digunakan untuk mencegah pertumbuhan lapisan rahim yang berlebihan dan dapat menurunkan risiko kanser rahim terhadap pesakit yang mengambil estrogen.

Potensi kesan-kesan sampingan

Maklumkan doktor anda sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:

  • Payudara terasa sakit atau menghasilkan cecair
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka
  • Keguguran rambut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Mengantuk
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan

Pil melancarkan haid di farmasi #2. Norethindrone

Norethindrone adalah pil pencegah kelahiran yang sering digunakan untuk merawat endometriosis, tisu yang melapisi rahim tumbuh di kawasan anggota badan yang lain dan menyebabkan kesakitan, pendarahan berat atau tidak teratur.

Selain itu, ia digunakan untuk menghasilkan kitaran haid normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Norethindrone turut digunakan sebagai ujian untuk melihat sama ada tubuh menghasilkan hormon wanita tertentu (bahan semula jadi yang mempengaruhi rahim).

Pil melancarkan haid di farmasi ini juga tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dikenali sebagai progestin, yang fungsinya menghentikan lapisan rahim daripada tumbuh dengan menyebabkan rahim menghasilkan hormon tertentu.

Potensi kesan-kesan sampingan

Maklumkan doktor anda sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:

  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan
  • Kesukaran untuk tidur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka
cara merawat haid tidak teratur
Ubat untuk melancarkan haid.

Cara merawat haid tidak teratur #3. Metformin

Metformin pula digunakan untuk merawat ketahanan insulin dan diabetes dengan meningkatkan sensitiviti insulin serta mengurangkan pengeluaran glukosa oleh hati.

Ia mempunyai beberapa kesan terhadap tubuh, tetapi antara impak utama bagi wanita dengan masalah PCOS adalah mengurangkan ketahanan insulin dan pengeluaran androgen, atau testosteron, di ovari.

Perkara ini dapat meningkatkan fungsi ovari dan mengembalikan semula waktu haid tak teratur.

Pun begitu, metformin nampaknya tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti pil kontraseptif dalam menghasilkan haid teratur dan mengurangkan lebihan hormon androgen.

Ia mempunyai kesan yang lebih positif pada kadar kolesterol dan insulin berbanding pil kontraseptif oral.

Selain itu, pil melancarkan haid di farmasi ini juga mampu membantu penurunan berat badan, pencegah kenaikan berat badan, dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.

Potensi kesan-kesan sampingan

Sebilangan wanita yang mengambil metformin sebagai cara cepat haid dalam 1 jam kebiasaannya mempunyai beberapa kesan sampingan gastrousus seperti:

Pil melancarkan haid di farmasi ini diambil dengan dos yang lebih rendah untuk mengurangkan keparahan kesan sampingan.

Kesimpulan

Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan sebagai cara merawat haid tidak teratur anda, berjumpalah doktor untuk konsultasi.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Irregular periods management treatment. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/irregular-periods-management-treatment. Accessed 16 Nov 2020.
  2. Medroxyprogesterone. https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a682470.html. Accessed 16 Nov 2020.
  3. Abnormal menstruation periods. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14633-abnormal-menstruation-periods. Accessed 16 Nov 2020.
  4. Menstrual disorders. https://www.mountsinai.org/health-library/report/menstrual-disorders. Accessed 16 Nov 2020.
  5. Irregular Periods: Why Is My Period Late? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2020/november/irregular-periods-why-is-my-period-late. Accessed 16 Nov 2020.

Versi Terbaru

24/07/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Haid Tidak Menentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Benarkah Haid Tak Teratur Punca Pendek Usia? Ini Penjelasan Pakar


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan