backup og meta

Kaum Hawa Kena Makan 7 Suplemen Ini Ketika Haid Untuk Elak Dan Kawal PMS!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    Kaum Hawa Kena Makan 7 Suplemen Ini Ketika Haid Untuk Elak Dan Kawal PMS!

    Ramai wanita yang akan rasa celaru, serabut atau ‘mood swing di saat sedang datang bulan. Akibat perkara ini, langkah seperti makan supplement ketika haid mungkin penting.

    Sebenarnya, ada banyak suplemen yang mungkin boleh membantu dalam usaha untuk para wanita mengurangkan atau menghilangkan masalah emosi ketika datang bulan.

    Persoalannya, adakah ia akan benar membantu? Ayuh terus baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    PMS adalah dalang utama di sebaliknya?

    Untuk pengetahuan anda semua, premenstrual syndrom (PMS) adalah sejenis kondisi di mana wujud simptom pada aspek emosi wanita semasa atau sebelum tempoh haid.

    Simptom yang dimaksudkan ini adalah seperti mereka cepat rasa marah, jengkel, sedih, gelisah dan lain-lain perubahan emosi. Dalam erti kata lebih mudah, mood swing.

    Sesetengah wanita tidak hanya akan mengalami simptom pada aspek mental malah fizikal juga seperti pening kepala, sakit perut, kembung perut dan macam-macam lagi.

    makan supplement ketika haid

    Kebiasaannya, simptom-simptom ini mungkin akan bermula sekitar seminggu sebelum wanita datang bulan, bertahan selama tempoh haid dan berhenti selepas tamat haid.

    Meskipun tidak semua wanita mengalaminya, namun keadaan ini tetap akan buat hidup kaum Hawa terjejas!

    Apa punca dan faktor risiko kondisi PMS?

    Pakar masih belum dapat memastikan punca PMS berlaku namun menyimpulkan bahawa ia berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon di dalam kitaran menstrual wanita.

    Ovulasi akan bermula pada sekitar waktu wanita hampir tamat haid dan ketika ini, tubuh badan akan mula mengeluarkan telur lantas menurunkan kadar hormon tubuh badan.

    Perubahan hormon wanita yakni estrogen dan progesterone boleh beri kesan pada tahap serotonin. Kesannya, emosi, selera makan dan waktu tidur mereka mungkin akan terjejas.

    Dalam pada itu, PMS juga mungkin didalangi oleh faktor risiko seperti persekitaran, perhubungan serta lain-lain aspek yang boleh jadi punca mental dan fizikal terganggu.

    Dalam usaha untuk elak dan kawal, wanita mungkin perlu mula makan suplemen ketika haid!

    Wanita kena makan supplement ketika haid?

    makan supplement ketika haid

    Selain mengambil ubatan dan rawatan moden, suplemen alternatif juga mungkin boleh bantu wanita elak dan kawal PMS daripada menjadi lebih teruk. Berikut adalah antara contohnya:

    #1. Kalsium

    Wanita yang kerap mengalami PMS mungkin kurang ambil kalsium di dalam diet kerana jika ia rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam tubuh badan.

    Dengan mengambilnya, maka simptom kondisi seperti sakit perut, kembung perut dan kepenatan akan dapat dikurangkan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental.

    Suplemen ketika haid #2. Magnesium

    Wanita yang kerap mengalami PMS juga kurang ambil magnesium di dalam diet kerana sama seperti alasan di atas, jika ia rendah, maka ia turut mempengaruhi kitaran menstrual di dalam tubuh badan.

    Simptom seperti depresi, insomnia dan senak payudara mungkin akan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen magnesium atau makanan yang tinggi dengannya.

    #3. Vitamin B6

    Suplemen atau makanan tinggi dengan vitamin B6 terlibat secara langsung dalam penghasilan neurotransmitter yang akan memainkan peranan penting dalam mengawal mood dan emosi.

    Jadi, wanita kena makan supplement ketika haid ini bagi mengatasi simptom PMS.

    #4. Asid lemak penting

    Beberapa jenis asid lemak seperti gamma-linoleic dan alpha-linoleic ada sifat antiradang yang boleh bantu melegakan simptom-simptom PMS namun perlu kajian lanjutan.

    Suplemen ketika haid #5. Chasteberry

    Chasteberry adalah salah satu daripada suplemen yang paling popular bagi kesihatan reproduktif wanita dan kajian pada tahun 2003 kata ia juga bagus untuk rawat PMS.

    Ini kerana ia boleh mengurangkan simptom seperti kesakitan pada perut, kepala dan payudara, serta dipercayai lebih baik fungsinya berbanding ubat antidepresan fluoxetine.

    makan supplement ketika haid

    Makan supplement ketika haid #6. Ginkgo biloba

    Popular sebagai remedi herba untuk memori yang lebih kuat, Ginkgo biloba juga mungkin bagus untuk wanita yang kerap mengalami PMS, menurut kajian pada tahun 2009.

    Pun begitu, herba ini mungkin akan berinteraksi secara serius dengan ubat lain yang anda sedang ambil. Jadi, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

    #7. St. John’s wort

    Wanita juga mungkin perlu makan supplement ketika haid dalam bentuk St. John’s wort yang merupakan herba alternatif antidepresan menurut kajian pada tahun 2010.

    Ini kerana herba unik ini dapat beri kesan pada serotonin dan norephrine, dua jenis neurotransmitter yang akan dipercayai ada efek terhadap emosi serta mood individu.

    Konklusinya, wanita mungkin kena mula makan supplement ketika haid di atas sekiranya memang sering mengalami gejala PMS. Namun, saranan paling utama adalah dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan