backup og meta

Lain Macam Sakit Perut Akibat 'Period Pain'? Ini Dia 7 Punca Senggugut Teruk!

Lain Macam Sakit Perut Akibat 'Period Pain'? Ini Dia 7 Punca Senggugut Teruk!

Meskipun tidak semua, tidak kurang ramai wanita yang akan mengalaminya dengan gejala ringan, sederhana atau teruk. Persoalannya, apa punca senggugut teruk berlaku?

Apabila senggugut itu berlaku dengan gejala yang sangat teruk, maka ia akan menjejaskan tahap kualiti kehidupan. Malah, ada juga wanita yang sampai tidak boleh bangun!

Jika wanita ingin tahu apa punca senggugut teruk itu berlaku, senggugut sakit di bahagian mana dan bagaimana rasa sakit senggugut, artikel ini sangat sesuai buat anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Senggugut, mimpi ngeri bagi wanita…

Senggugut atau kekejangan ketika haid adalah sejenis gangguan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum datang bulan serta mungkin boleh berterusan sepanjang haid.

Ia adalah akibat kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa kitaran haid itu berlangsung. Senggugut juga mungkin akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa.

punca senggugut teruk
Wanita yang sedang mengalami senggugut.

Selain rasa sakit dan tidak selesa yang tidak terkawal, berikut adalah gejala lain senggugut teruk:

  • Pening kepala
  • Badan lesu
  • Sakit belakang
  • Sakit perut
  • Sakit pinggang
  • Sakit paha
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah

Apa sebab senggugut teruk itu terjadi?

Dalam kes lebih teruk, ada juga wanita yang sampai tidak boleh bangun daripada katil, berdiri atau bergerak. Bayangkan pula jika anda ada komitmen penting untuk dibuat.

Ada beberapa faktor risiko yang boleh jadi punca senggugut teruk seperti terlalu cepat mencapai akil baligh, belum pernah hamil, darah haid berat dan ada tabiat merokok.

Dalam pada itu, ia juga mungkin indikator bahawa wanita itu ada penyakit seperti yang berikut:

#1. Sindrom pramenstruasi (PMS)

PMS adalah kondisi biasa di mana berlaku perubahan pada keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Ia biasa akan berlaku 1 atau 2 minggu sebelum tempoh haid bermula.

Bagi sesetengah wanita pula, sindrom ini akan menyebabkan rasa sakit yang mungkin abnormal. Bantuan ubatan dan rawatan mungkin sangat diperlukan oleh mereka ini.

Punca senggugut teruk #2. Endometriosis

Ia adalah kondisi yang akan berlaku apabila sel dari lapisan rahim itu tumbuh di bahagian tubuh badan lain seperti di ovari, tiub fallopio atau lapisan tisu pada pelvik.

Akibatnya, senggugut yang dialami itu akan jauh lebih teruk berbanding senggugut yang normal.

Punca senggugut teruk #3. Fibroid

Ia adalah kondisi yang akan berlaku apabila wujud tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim. Kebiasaannya, ia sukar untuk dikesan di peringkat awal.

Angkaranya, senggugut yang dialami itu juga jauh lebih teruk berbanding senggugut yang normal.

senggugut
Ambil tahu anda mengalami senggugut primer atau sekunder.

#4. Radang pelvis

Penyakit radang pelvis ini disebabkan oleh infeksi bakteria faraj pada ovari, tiub fallopio atau rahim. Ia akan jadi punca radang pada organ pembiakan wanita ini dan membuatkan rasa sakit.

#5. Stenosis serviks

Kondisi ini akan jadi punca serviks wanita mengecil dan menyempit lantas melambatkan aliran haid pada saluran darah. Kesannya, maka akan wujud tekanan pada rahim.

Punca senggugut teruk #6. Adenomiosis

Ia adalah kondisi jarang berlaku di mana tisu patut wujud di luar rahim tumbuh pada dinding otot rahim. Selain tekanan, ia juga akan jadi punca keradangan dan kesakitan.

Selain menjadi antara sebab sakit senggugut teruk, adenomiosis juga boleh buat haid lebih berat dan lama.

#7. Ketidaknormalan pada rahim

Sekitar 5% wanita di dunia ini lahir dengan rahim abnormal di mana 25% daripada jumlah itu berisiko tinggi mengalami keguguran atau melahirkan bayi pramatang.

Kondisi yang jadi sejak dari lahir ini juga adalah antara punca senggugut teruk berlaku pada wanita.

Makan aiskrim juga punca senggugut teruk?

punca senggugut teruk
Aiskrim boleh menyebabkan senggugut?

Snek seperti aiskrim sudah pasti adalah antara makanan ringan kegemaran orang ramai. Namun, golongan wanita sering kali disarankan agar mengurangkan makan aiskrim. Kenapa?

Ini kerana aiskrim adalah antara hasil produk tenusu yang tinggi dengan asid arasidonik dan asid lemak omega-6 yang boleh meningkatkan penghasilan sel prostaglandin.

Prostaglandin ini pula merupakan sebab kontraksi otot termasuk otot rahim yang boleh jadi penyebab senggugut teruk. Pun begitu, ia tidak bermakna wanita tidak boleh langsung makan aiskrim.

Ini kerana aiskrim juga kaya dengan kalsium yang dipercayai mampu menjadi cara hilangkan senggugut teruk ketika rasa senggugut teruk sampai muntah, menurut American Journal of Obstetrics and Gynecology.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dysmenorrhea: Painful Periods, https://www.acog.org/womens-health/faqs/dysmenorrhea-painful-periods, Accessed Mar 16 2022.
  2. Uterine Anomaly, https://www.columbiadoctors.org/treatments-conditions/uterine-anomaly, Accessed Mar 16 2022.
  3. Period Pain, https://www.womens-health-concern.org/help-and-advice/factsheets/period-pain/, Accessed Mar 16 2022.
  4. Period Pain, https://patient.info/womens-health/periods-and-period-problems/period-pain-dysmenorrhoea, Accessed Mar 16 2022.
  5. Can I Eat Ice Cream on My Period?, https://sites.uci.edu/morningsignout/2017/01/09/can-i-eat-ice-cream-on-my-period/, Accessed Mar 16 2022.

Versi Terbaru

23/05/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kekejangan Haid, Ini Beberapa Cara Mengatasi Senggugut Yang Boleh Kaum Hawa Cuba!

Apa Sebenarnya Punca Senggugut? Bagaimana Cara Ubatinya? Ikuti Penjelasan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan