backup og meta

6 Jenama Tuala Wanita Popular & Terbaik Tahun 2023, Yang Mana Satu Anda Pakai?

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

6 Jenama Tuala Wanita Popular & Terbaik Tahun 2023, Yang Mana Satu Anda Pakai?

Tuala wanita atau pad merupakan produk kebersihan haid. Ia direka untuk digunakan wanita semasa kedatangan haid bulanan. Dalam artikel ini kami akan kongsikan antara jenama tuala wanita terbaik yang boleh dijadikan pilihan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu pad wanita?

Tuala wanita atau sanitari pad adalah sekeping bahan penyerap yang diletakkan antara celah kelangkang seluar dalam untuk menyerap darah haid dan melindungi pakaian semasa period.

Ia mempunyai pelekat pada bahagian bawah untuk memastikan ia melekat dan kekal pada seluar dalam sepanjang hari.

Anda disarankan untuk menukar tuala wanita ini setiap 4 hingga 8 jam sekali bagi mengelakkan pembentukan bakteria dan bau yang tidak diingini.

Adakah semua pad wanita sama?

Tuala wanita hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza dengan kapasiti tertentu untuk menyerap pendarahan haid yang berat serta ringan.

jenama tuala wanita terbaik

Jenis pad yang anda gunakan adalah bergantung kepada pilihan peribadi. Ada yang nipis, tebal dan juga panjang. Terdapat juga tuala wanita yang mempunyai sayap untuk membolehkan anda melekatkan ia pada sisi seluar dalam.

Tip penting memilih tuala wanita

Sebelum mengetahui jenama pad di Malaysia yang terbaik, sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana untuk menentukan tuala wanita yang mana sesuai dengan anda, betul tak? 

Amnya, terdapat beberapa perkara penting perlu dititikberatkan seperti:

Kadar penyerapan faktor penting memilih jenama tuala wanita terbaik

Ini merupakan elemen penting untuk menentukan ia adalah produk terbaik. Keupayaan menyerap sejumlah besar darah dalam masa singkat bermakna ia mempunyai penyerapan yang baik.

Ada cara ke untuk menentukan tuala wanita itu mempunyai penyerapan yang baik? Sudah semestinya! 

Perhatikan pada pad tersebut, apabila ia menyerap, warna darah seharusnya menjadi lebih gelap. Jika ia berwarna cerah, bermakna darah itu berada pada permukaan pad. 

Anda juga harus berasa ‘kering’ dan yakin untuk melakukan aktiviti harian tanpa perlu risau mengenai kebocoran.

Kepanjangan pad & aliran

Selain penyerapan, sudah tentulah anda perlu memilih pad wanita yang mempunyai pengaliran cepat dan berkesan.

Kepanjangan pad adalah bergantung pada tahap pendarahan haid. Biasanya pad malam adalah lebih panjang daripada pad siang dan mempunyai perlindungan tambahan seperti lebar pada bahagian sisi dan belakang.

Keselesaan

Kulit setiap individu adalah berbeza, jadi tahap keselesaan terhadap bahan pembalut tuala wanita juga pastinya berlainan. Bahan pembalut pad ada yang diperbuat daripada kapas dan plastik.

Jenis bahan tersebut juga mempengaruhi pengudaraan pada faraj. Ini kerana semasa pemakaian pad wanita, kelembapan pada kulit meningkat, dan jika ia tidak mempunyai pengaliran udara yang baik, anda pasti akan berasa tidak selesa.

Lama-kelamaan ia akan menyebabkan faraj gatal dan melecet kerana bergesel dengan tuala wanita semasa berjalan atau melakukan sebarang aktiviti.

Jenama tuala wanita terbaik

Bagaimana untuk mengetahui yang mana satu jenama tuala wanita terbaik? Sememangnya terdapat banyak jenama pad dijual di pasaran.

Berikut antara yang boleh anda jadikan pilihan:

Libresse Maxi Night Wings 32cm 

Dianggap pad yang sesuai digunakan ketika mengalami aliran darah yang banyak dan dapat melindungi daripada berlakunya kebocoran semasa tidur.

Rekaan SecureFit pad ini adalah berdasarkan bentuk badan wanita supaya pad akan kekal di tempatnya dan memberikan penyerapan yang lebih baik.

Kotex Total Protection Overnight Pad, antara jenama tuala wanita terbaik

Dengan variasi kepanjangan bermula 28cm hingga 41cm, tuala wanita ini pasti dapat memberikan anda perlindungan daripada kebocoran terutamanya di bahagian belakang pada waktu malam.

Ia juga dilengkapi dengan penyerap-berkuasa pada bahagian tengah pad, yang membantu menyerap aliran tak diduga secara terus.

Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface

Pad wanita yang sesuai untuk kegunaan pada waktu siang ini mempunyai lapisan permukaan kapas lembut dengan pengudaraan yang baik.

Tuala wanita jenama Blossom ini nipis, namun dengan pelapik unik ia dapat mengagihkan cecair darah secara sekata bagi mengelakkan kebocoran. Ia juga mempunyai jaluran pelekat bagi memastikan pad tidak bergerak dan kekal di tempatnya.

Laurier Perfect Comfort, salah satu jenama tuala wanita terbaik

Jika anda mempunyai hari yang padat dengan aktiviti, tuala wanita ini merupakan pilihan terbaik kerana ia menyerap cecair 2x lebih pantas dan dapat mengelakkan kebocoran walaupun semasa pendarahan berat.

Pad ini dapat memastikan anda sentiasa berada dalam kekeringan, bebas daripada rasa melekit dengan tahap keselesaan yang lebih lama.

Whisper Breathable Cottony Soft Maxi Day Long Wing

Tuala wanita ini dapat memberikan anda perlindungan daripada kebocoran sehingga 12 jam dengan losyen dermacare.

Selain mempunyai lekatan yang dapat memastikan pad tetap kekal di tempatnya, tuala wanita ini juga dikatakan mudah untuk dicuci.

Sofy Comfort Nite AntiBac

Alami pendarahan haid berat dan risaukan kebocoran pada waktu malam? Dengan pad wanita jenama Sofy ini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia menawarkan kepanjangan sehingga 42.5 cm dan dihasilkan dengan reka bentuk antikebocoran.

Tuala wanita buatan Jepun ini juga antibakteria, yang berfungsi mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab bau busuk, agar anda kekal selesa.

Produk yang disenaraikan sebagai jenama tuala wanita terbaik di atas hanya sekadar cadangan melalui pembacaan penulis. Semoga bermanfaat!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tampons, Pads, and Other Period Supplies. https://kidshealth.org/en/teens/supplies.html, Accessed on June 6, 2023 
  2. The History of the Sanitary Pad. https://femmeinternational.org/the-history-of-the-sanitary-pad/,  Accessed on June 6, 2023
  3. Guide to menstrual hygiene materials. https://www.unicef.org/media/91346/file/UNICEF-Guide-menstrual-hygiene-materials-2019.pdf, Accessed on June 6, 2023
  4. The Ultimate Guide to Period Products. https://www.madesafe.org/the-ultimate-guide-to-period-products/, Accessed on June 6, 2023
  5. Choosing period products. https://www.nhsinform.scot/healthy-living/womens-health/girls-and-young-women-puberty-to-around-25/periods-and-menstrual-health/choosing-period-products, Accessed on June 6, 2023 

 

Versi Terbaru

16/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kaum Hawa, Ini 5 Punca Tak Normal Jika Keluar Darah Haid Berketul!

Selalu Sangat Alami Masalah Senggugut Teruk? Atasinya Dengan 5 Tip Berkesan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 16/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan