home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

Sering Mengigau Semasa Tidur, Ia Mungkin Tanda PENYAKIT!

Kebanyakan kita pasti pernah berhadapan dengan individu yang mengigau semasa tidur ataupun mengalaminya sendiri bukan? Ada yang bercakap, berjalan, berlari, menyanyi, menari dan macam-macam lagi ragam!

Selalunya, individu yang mengalaminya akan melakukan perbuatan atau melontarkan percakapan yang tidak masuk akal. Ia boleh jadi aneh, lucu dan juga menakutkan bagi individu yang menyaksikannya.

Apabila ditanya mengenai kelakuan mereka setelah terjaga dari tidur, pasti mereka tidak akan ingat apa-apa mengenainya. Seolah-olah seperti kita pula yang bertanyakan soalan yang aneh.

Persoalannya, apakah punca individu mengigau semasa tidur? Adakah ia satu penyakit? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu mengenainya dengan lebih lanjut.

Apakah punca mengigau semasa tidur?

mengigau semasa tidur

Perbuatan mengigau semasa tidur yang turut dikenali sebagai somniloquy dalam bahasa saintifiknya adalah sejenis parasomnia iaitu kelakuan abnormal semasa sedang tidur. Ia lebih kepada gangguan dan bukannya penyakit.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sesuatu yang agak normal dan kebiasaannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan apa-apa masalah kesihatan. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau mengenainya.

Pun begitu, ia masih boleh mendatangkan kebimbangan kepada individu kerana masalah mengigau ketika tidur akan memudaratkan kualiti tidur sekaligus membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

Sehingga kini, masih tidak dapat ditemui punca utama keadaan ini berlaku. Pun begitu, terdapat beberapa faktor pencetus yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya:

#1. Mimpi yang dialami ketika tidur terutamanya mimpi ngeri

Ya, mimpi yang dialami semasa sedang lena mungkin boleh jadi punca utama masalah mengigau ketika tidur ini berlaku. Ini kerana mimpi yang dialami terutamanya mimpi ngeri, boleh menyebabkan individu terkeliru antara dunia mimpi dengan dunia realiti.

Kesannya, mimpi tersebut akan menyebabkan individu terbawa-bawa dengan mimpi lalu menjadi punca mengigau semasa tidur. Untuk pengetahuan anda, kondisi yang dikenali sebagai sleep terrors ini juga sebenarnya boleh mendatangkan pelbagai mudarat yang lain.

Sebagai contoh, individu yang mengalami kondisi ini cenderung untuk melakukan perbuatan atau percakapan yang agresif seperti menjerit, memukul atau melakukan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada dirinya atau individu yang tidur bersamanya.

Jadi, jangan ambil ringan keadaan ini lebih-lebih lagi jika ia berisiko membuat diri anda atau orang di sekeliling cedera ya!

#2. Keletihan yang melampau akan buat anda mengigau

Selain itu, ada kajian yang mengaitkan keadaan mengigau semasa tidur dengan keletihan yang melampau. Secara logiknya, individu yang terlalu letih ekoran terlalu sibuk dengan urusan seharian tidak akan dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Ini mungkin akan menjadi punca mereka mengigau ketika tidur.

Oleh itu, jangan terlalu memaksa tubuh badan anda untuk melakukan aktiviti yang akan menyebabkan keletihan yang melampau. Bukan sahaja ia akan jadi punca mengigau, ia juga boleh mencetuskan sebab yang seterusnya ini.

#3. Stres dan tekanan yang dihadapi juga merupakan punca mengigau

Dalam pada itu, stres juga akan mungkin merupakan punca mengigau semasa tidur. Ia lebih kurang sama dengan punca keletihan, di mana individu yang mengalami stres akibat tekanan juga tidak akan dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Ini sekaligus mengundang keadaan mengigau ketika tidur.

Oleh itu, sila kawal tahap tekanan yang anda hadapi. Sekiranya anda ada masalah di tempat kerja, cuba untuk selesaikannya segera sebelum tidur agar anda tidak terbawa-bawa dengannya ke dalam mimpi anda pula nanti.

mengigau semasa tidur

#4. Anda mungkin mengigau jika mengambil alkohol yang berlebihan

Seperti yang kita tahu, aktiviti yang dilakukan sehari-harian sememangnya akan memberi kesan kepada kualiti tidur anda. Sebagai contoh, individu yang mengambil alkohol secara berlebihan sebelum tidur juga mungkin akan mengundang keadaan mengigau ketika tidur.

Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan bukan sahaja boleh dilihat semasa individu sedang tidur sahaja malahan semasa berjaga juga. Ini kerana alkohol akan menyebabkan individu itu mabuk dan melakukan perbuatan atau percakapan di luar sedar yang mereka sendiri tidak dapat kawal.

Dalam erti yang lain, pengambilan alkohol yang berlebihan bukan sahaja akan membuat anda mabuk semasa berjaga malah juga akan membuat anda mabuk ketika sedang tidur!

#5. Mengalami sakit seperti demam atau selesema

Tubuh badan mengalami sakit juga mungkin merupakan punca keadaan mengigau semasa tidur terjadi. Ini kerana ketika sedang demam atau selesema, antibodi anda berada dalam keadaan yang sangat lemah sekali gus menyebabkan tubuh badan anda berada di luar kawalan yang biasa.

Bukan itu sahaja, kesan pengambilan ubat-ubatan semasa demam atau selesema juga mungkin akan menyebabkan keadaan mengigau ketika tidur. Namun, ia tidaklah akan mengakibatkan igauan yang terlalu teruk.

Jadi, jangan berasa pelik sekiranya anda demam atau selesema dan ada individu yang mengadu anda mengigau ketika tidur. Ia adalah satu tindak balas yang normal dan tidak perlu dibimbangkan.

#6. Penyakit gangguan tidur juga akan boleh jadi punca anda mengigau

Walaupun agak jarang ditemui, keadaan mengigau ketika tidur mungkin disebabkan oleh penyakit gangguan tidur yang dialami oleh individu.

Buat anda yang tertanya-tanya, kondisi seperti sleep behavior disorder (RBD) dan nocturnal sleep-related eating disorder (NS-RED) juga merupakan punca yang jarang ditemui namun boleh menjadi antara punca keadaan mengigau ketika tidur.

RBD adalah kondisi yang akan menyebabkan individu itu menjerit atau melakonkan keadaan yang mereka alami dalam mimpi mereka dan selalunya dilakukan dengan cara yang agresif. NS-RED pula merupakan kondisi yang akan menyebabkan individu itu makan ketika tidur.

Kedua-dua ini merupakan kondisi yang agak berbahaya kerana ia mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada individu lain atau individu itu sendiri. Jadi, sila berhati-hati dan pesan kepada pasangan anda jika doktor mengesahkan anda mempunyai penyakit ini!

Walau apapun puncanya, mengigau semasa tidur adalah satu keadaan yang boleh mengakibatkan bahaya dan mendatangkan keceraan kepada individu pengalami atau individu yang tidur bersamanya. Oleh itu, jangan lagi anda ambil ringan jika pasangan anda mengadu anda sering mengigau semasa tidur ya?

Konklusi

Kesimpulannya, jika pasangan, keluarga, kawan atau sesiapa sahaja individu yang kerap tidur bersama dengan anda mengadu bahawa anda pernah mengigau semasa tidur, segera berjumpa doktor.

Ini bertujuan mengetahui puncanya dan dapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda atau individu lain yang rapat dengan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Talking In Your Sleep. https://www.webmd.com/sleep-disorders/talking-in-your-sleep#1-2. Accessed on March 15, 2019.

Sleep Talking. https://www.sleepfoundation.org/articles/sleep-talking. Accessed on March 15, 2019.

Masalah Tidur Mimpi Mengigau, Apa Penyebabnya?. https://www.wanista.com/2019/181549/masalah-tidur-mimpi-mengigau-apa-penyebabnya/. Accessed on March 15, 2019.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada [date}
x