backup og meta

Endometriosis Jejas Aktiviti Asmara ? Ikut 5 Tip Ini Untuk Pengalaman Lebih Baik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/04/2023

    Endometriosis Jejas Aktiviti Asmara ? Ikut 5 Tip Ini Untuk Pengalaman Lebih Baik!

    Tiada keraguan lagi, endometriosis adalah antara penyakit wanita yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan ini termasuklah libido (keinginan untuk melakukan aktiviti seksual) pesakit.

    Bagaimana? Ini kerana hubungan seks yang menyakitkan dan kekejangan haid yang teruk boleh menjejaskan libido anda.

    Menurut Dr. Karli Goldstein, Pakar Bedah Ginekologi di Seckin Endometriosis Center di New York City, endometriosis bukan sekadar rasa sakit ketika haid.

    Selain isu kekejangan, ternyata masalah dalaman wanita ini juga berpotensi mencetuskan masalah usus dan pencernaan!

    Habis, apa yang boleh penderita penyakit wanita endometriosis lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup, terutama terhadap kehidupan seks mereka?

    Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, fahami dahulu bagaimana ia pengaruhi libido wanita okay? Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Endometriosis boleh mempengaruhi libido? Bagaimana?

    penyakit endometriosis

    Untuk pengetahuan kalian, endometriosis terjadi apabila tisu seperti endometrium tumbuh pada kawasan di luar rahim, seperti ovari dan tiub fallopio.

    Pertumbuhan ini boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak, terutama semasa ovulasi dan haid berlaku.

    Ternyata, kesannya terhadap kehidupan seks pesakit boleh jadi sangat terjejas.

    Tambah Dr. Goldstein lagi, apabila kawasan di belakang serviks sedang meradang, penetrasi yang dalam semasa bersenggama boleh jadi menyakitkan.

    Hidup dengan endometriosis juga mampu menyebabkan pesakit berasa lebih tertekan lantas berisiko mempengaruhi hubungan peribadi, seperti kehidupan seksnya.

    Hal ini menjelaskan bagaimana penyakit wanita ini secara tidak langsung mempengaruhi libido pesakit.

    Namun usah risau, walaupun terdapat beberapa cabaran terpaksa dihadapi disebabkan endometriosis, masih ada peluang untuk kalian menikmati seks dan merasa yakin dengan tubuh sendiri!

    Mahu tingkatkan kualiti seks? Cuba tip-tip ini!

    Pertimbangkan strategi berikut untuk meningkatkan kehidupan seks anda, antaranya:

    #1 Dapatkan rawatan kondisi endometriosis

    Langkah pertama untuk merasa lebih baik adalah mencari rawatan yang berkesan buat anda.

    Sekiranya anda mengesyaki mungkin mempunyai endometriosis, segera lakukan konsultasi dan pemeriksaan bersama pakar sakit puan.

    Jika anda ternyata mengalaminya, bergantung pada keparahan gejala dan perancangan untuk hamil, rawatan disarankan mungkin termasuk ubat penahan sakit, terapi hormon, atau pembedahan untuk membuang tisu parut endometrium.

    #2 Berkomunikasi dengan pasangan anda

    komunikasi pasangan

    Berkomunikasi dan berbincang secara terbuka dengan pasangan amat penting agar mereka dapat memahami kesengsaraan yang ditanggung akibat penyakit wanita ini.

    Apabila isu ini mampu difahami dengan baik, pasangan anda mungkin akan lebih berkompromi dan bertimbang rasa ketika di ranjang.

    #3 Cuba posisi seks yang berbeza!

    Bagi penghidap penyakit wanita ini, mereka mungkin mendapati beberapa posisi seks boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk.

    Missionary (lelaki di atas wanita) cenderung menjadi posisi yang paling menyakitkan kerana kedudukan rahim dan penetrasi zakar yang dalam.

    Justeru, bereksperimen dengan posisi yang berbeza bersama pasangan dapat memberi peluang anda meneroka kedudukan yang paling selesa dan kurang menyakitkan.

    Apabila posisi seks yang terbaik berjaya dikenal pasti, anda akan mampu menikmati hubungan intim secara maksimum!

    #4 Amalkan untuk guna pelincir

    Menurut pakar, pelincir harus menjadi sahabat baik lebih-lebih lagi wanita dengan masalah endometriosis!

    Sebilangan pesakit mungkin berasa sakit semasa berhubungan seks akibat kekeringan faraj atau faktor kekurangan pelinciran sama ada secara semula jadi mahupun artificial.

    Oleh itu, penggunaan pelincir berasaskan air atau silikon saat bersenggama benar-benar dapat bantu mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami.

    Anda harus menggunakan pelincir sebanyak mungkin sehingga faraj menjadi cukup basah untuk penetrasi seks.

    Selain itu, pastikan untuk selalu menambahkan cecair tersebut apabila faraj kembali terasa kering.

    #5 Rancang urus pendarahan yang berisiko berlaku

    Pendarahan selepas melakukan hubungan seks, juga dikenali sebagai postcoital bleeding, adalah antara gejala penyakit wanita endometriosis yang sering berlaku.

    penyakit wanita

    Pendarahan postcoital ini boleh terjadi akibat penetrasi yang menyebabkan iritasi dan kesakitan pada tisu rahim.

    Pengalaman itu boleh jadi mengecewakan, tetapi terdapat beberapa cara yang boleh kalian lakukan untuk mempersiapkan diri jika berlaku pendarahan.

    Antaranya, anda boleh:

    Peringatan! Sentiasa mengingatkan pasangan anda terlebih dahulu agar mereka tidak terkejut dan keliru apabila pendarahan ketika berhubungan seks berlaku.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 18/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan