backup og meta

Risau Tengok Darah Period Berketul & Bergumpal, Ini Normal @ Petanda Penyakit?

Risau Tengok Darah Period Berketul & Bergumpal, Ini Normal @ Petanda Penyakit?

Sekiranya anda tidak pernah mengalami darah period berketul, cair dan berlendir pada kitaran haid sebelumnya, tekstur asing ini mungkin membingungkan, atau bahkan menggerunkan untuk dilihat pertama kalinya.

Tetapi sebenarnya, anda tidak perlu risau! Tarik nafas sedalam-dalamnya dan bertenang…

Darah period berketul dan menjalar seakan tali sebenarnya sangat normal dan berlaku pada ramai wanita ketika menstruasi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa penentu konsistensi darah haid anda?

Dalam kebanyakan kes, ia hanyalah darah yang terkumpul di rahim anda sebelum meninggalkan badan melalui faraj.

Selain itu, haid cenderung untuk teroksidasi di dalam rahim apabila anda tidak bergerak buat jangka masa panjang (misalnya, tidur).

Ini menjadi sebab mengapa darah period berketul dan menjalar muncul dengan warna-warna seperti merah gelap mahupun coklat.

Jika kita fikir-fikirkan, apa lagi yang dilakukan darah apabila tidak bergerak? Ya, ia akan bergumpal dan menjadi darah haid berketul banyak.

Oleh itu, dengan kata lain; darah haid yang menjalar juga dikategorikan sebagai jenis gumpalan darah yang cukup normal untuk terbentuk ketika datang bulan.

Suka untuk penulis ingatkan juga, haid anda merujuk pada hari-hari pertama setiap kitaran haid, apabila lapisan rahim digugurkan oleh badan melalui faraj.

Di samping itu, darah period adalah campuran lapisan rahim, darah, dan cairan faraj.

Hari pertama atau kedua haid anda cenderung untuk menjadi hari-hari pendarahan yang paling berat.

Tempoh ini juga merupakan hari-hari yang membuatkan anda lebih cenderung untuk alami konsistensi darah yang berbeza.

Tetapi, apa punca darah haid berketul seperti hati ayam?

#1 Darah haid menjalar seakan tali

darah period berketul
Darah haid yang menjalar.

Darah yang panjang menjalar dengan konsistensi yang melekit dan cair boleh menjadi sangat pekat dengan lapisan rahim yang badan anda gugurkan.

Konsistensi dan bentuk darah period berketul biasanya berwarna gelap atau merah terang.

#2 Darah period berketul

Semasa haid sedang berlangsung, anda mungkin bakal melihat tekstur darah seakan jeli atau dipecah menjadi 1 gumpalan tebal.

Hal ini biasanya diakibatkan oleh pembekuan darah yang bergerak di dalam badan anda dan cukup normal untuk berlaku dalam mana-mana tempoh bahagian haid.

Pun begitu, gumpalan darah ini mungkin akan dilihat dengan lebih kerap pada hari-hari di hujung aliran haid.

Selain itu, gumpalan darah ini mungkin berwarna merah terang, merah gelap, atau coklat.

#3 Darah haid yang cair

Menuju ke penghujung kitaran period, darah haid anda mungkin akan mula kelihatan berair dan tipis. Ia juga boleh menjadi lebih gelap apabila darah mula mengoksidasi.

Perlu juga anda tahu, darah yang berwarna merah terang dan berair boleh menjadi indikasi darah yang datang langsung dari rahim (menunjukkan kecederaan atau keguguran)!

Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda melihat petanda ini, terutamanya jika anda sedang hamil, okey?

Bagaimana pula dengan gumpalan darah yang besar?

darah haid
Period terlalu banyak dan asyik bocor.

Jika saiz darah period berketul dialami lebih besar dan berlaku dengan lebih kerap, ini mungkin petanda masalah kesihatan yang memerlukan perhatian!

Darah haid berketul seperti daging boleh menjadi gejala kepada:

  • Penyakit tiroid
  • Kekurangan vitamin K
  • Fibroid rahim, pertumbuhan otot yang melapisi dinding rahim
  • Adenomiosis, kondisi yang melibatkan pengumpulan tisu di rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Komplikasi daripada alat intrauterin (IUD)
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS), kondisi hormon yang memicu sista dan pembengkakan pada ovari
  • Endometriosis, tisu endometrium tumbuh di luar rahim
  • Polip yang kecil, pertumbuhan benigna pada lapisan rahim
  • Kanser endometrium, memicu tumor ganas pada organ pembiakan

Jadi, adakah normal period berketul?

Setiap wanita mempunyai kitaran haid bulanan yang unik dan berbeza.

Bahkan, haid anda mungkin berbeza pada setiap kitaran, sama ada tempoh ia berlangsung, pendarahan berat/ringan, tekstur, bentuk mahupun konsistensinya.

Namun, jika berlaku perubahan yang berpanjangan dan ketara seperti darah period berketul dalam kitaran haid anda, dapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah.

darah period berketul
Diagnosis masalah period atau haid.

Tambahan itu, kenal pasti juga sekiranya anda mengalami simptom seperti berikut bersama darah period berketul:

  • Peningkatan kekejangan semasa haid.
  • Keputihan berair yang berwarna merah atau kelabu terang.
  • Mudah lebam, kelesuan atau sesak nafas, kesemuanya dapat menunjukkan petanda anemia.
  • Rasa sakit atau alami pendarahan semasa atau selepas bersetubuh.
  • Gumpalan darah haid yang kelihatan kian membesar.
  • Tuala wanita sentiasa penuh, hingga menyebabkan bocor dan perlu ditukar pada setiap jam.
  • Pendarahan haid berat yang meningkat atau berterusan selepas 7 hari (menometrorrhagia).

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menstrual clots. https://health.clevelandclinic.org/menstrual-clots-during-heavy-periods-whats-normal-whats-not/Accessed Sep 3, 2021.
  2. Clumps. https://kidshealth.org/en/teens/clumps.html. Accessed Sep 3, 2021.
  3. Irregular periods. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2020/november/irregular-periods-why-is-my-period-late. Accessed Sep 3, 2021.
  4. Irregular period. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK282/Accessed Sep 3, 2021.
  5. Uterine fibroids. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/uterine-fibroids. Accessed Sep 3, 2021.

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!

5 Punca 'Period' Lambat Datang, No. 2 Penyakit Wanita Paling Merisaukan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan