backup og meta

Senggugut Tapi Tak Nak Makan Ubat? Jom Cuba 10 Petua Semula Jadi Ini, EFEKTIF

Senggugut Tapi Tak Nak Makan Ubat? Jom Cuba 10 Petua Semula Jadi Ini, EFEKTIF

Kekejangan yang dialami semasa haid boleh menyakitkan dan mungkin menjejaskan aktiviti harian. Berita baiknya, terdapat cara hilangkan senggugut tanpa ubat yang boleh dicuba di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenapa senggugut menyakitkan?

Istilah perubatan bagi rasa kekejangan yang disebabkan pendarahan haid ini disebut sebagai dysmenorrhea.

Berapa lama sakit senggugut?

Menurut American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), ia adalah keadaan sangat biasa. Malah lebih daripada separuh wanita melaporkan beberapa siri kesakitan akibat senggugut setiap bulan.

Punca senggugut ini adalah disebabkan oleh sebatian dalam badan yang dikenali sebagai prostaglandin. Sebelum haid bermula setiap bulan, paras prostaglandin dalam lapisan rahim (uterus) akan meningkat.

Prostaglandin berada pada tahap tertinggi pada hari pertama haid. Itulah punca rasa sakit yang biasanya lebih teruk.

Dari hari ke hari, tahap prostaglandin ini akan menurun dan kesakitan senggugut juga berkurangan.

Jadi, itulah tempoh berapa lama sakit senggugut.

cara hilangkan senggugut tanpa ubat
Perbezaan jenis senggugut primer dan sekunder.

Cara hilangkan senggugut tanpa ubat

Pengambilan ubat-ubatan untuk melegakan senggugut mugkin boleh mengakibatkan kesan sampingan.

Jadi berikut adalah beberapa cara hilangkan senggugut dengan cepat secara semula jadi yang boleh anda pertimbangkan:

1. Mampatan panas

Tekapkan beg air panas, pad pemanas elektrik atau air panas yang dituangkan dalam botol kaca pada bahagian pelvis.

Tindakan ini akan dapat membantu meredakan senggugut dan sakit perut dengan menenangkan kekejangan pada otot.

2. Penghidratan 

Perut kembung dan berangin boleh membuatkan senggugut yang dialami menjadi lebih teruk.

Untuk mengatasi keadaan ini, pastikan anda minum air secukupnya bagi mengelakkan perut kembung dan kesakitan.

Pilihlah minuman panas kerana ia boleh mengendurkan otot dan meredakan pengecutan rahim.

3. Senaman, antara cara hilangkan senggugut tanpa ubat

cara hilangkan senggugut tanpa ubat
Bersenam boleh kurangkan sakit senggugut.

Senaman membantu memanaskan otot dan mengurangkan kekejangan. Ia juga membebaskan endorfin – yang boleh membantu membuatkan mood menjadi lebih baik secara keseluruhan.

Anda boleh melakukan beberapa pilihan senaman seperti kardio ringan, yoga atau pilates.

4. Capai orgasma

Kedengaran pelik, tetapi dapat mencapai orgasma (klimaks) juga boleh membantu mengurangkan senggugut.

Ini kerana semasa mencapai orgasma, rahim mengecut dan kemudian akan ‘bertenang’. Keadaan ini boleh membantu mengurangkan kesan kontraksi haid.

Seperti senaman, mencapai orgasma juga membebaskan endorfin dan hormon lain yang berfungsi melegakan kesakitan.

Cara hilangkan senggugut tanpa ubat #5. Teh herba

Teh herba merupakan antara kaedah yang telah digunakan secara berabad lamanya untuk melegakan kesakitan haid.

Teh chamomile dan pudina antara jenis teh yang sering disyorkan untuk senggugut kerana ia menenangkan badan.

Manakala teh halia dan adas (fennel) sangat bagus untuk mengawal kesakitan disebabkan haid.

6. Akupunktur antara cara hilangkan senggugut dengan cepat 

Akupunktur merupakan teknik yang melibatkan cucukan jarum sangat nipis di kulit pada titik strategik badan. Amalan ini dipercayai dapat membantu melegakan senggugut.

7. Acupressure

Sama seperti akupunktur, teknik ini juga melibatkan rangsangan titik tertentu pada badan. Tetapi ia dilakukan dengan tekanan lembut pada kulit yang tidak menggunakan jarum.

Walaupun penyelidikan mengenai keberkesanannya terhad, namun teknik ini dikatakan berkesan untuk melegakan senggugut.

8. Makan makanan berkhasiat, salah satu cara hilangkan senggugut tanpa ubat

Apa makanan hilangkan senggugut?

Pengambilan makanan ringan kurang berkhasiat dipercayai meningkatkan lagi risiko untuk mengalami senggugut.

Makanan yang menyumbang kepada keadaan tersebut biasanya tinggi kandungan gula, garam dan lemak.

9. Urutan dan minyak pati

Urutan hilangkan senggugut kerana ia melancarkan aliran darah dalam badan dan melegakan kekejangan otot, sekali gus meredakan ketidakselesaan yang dialami.

Urutan pada bahagian atas perut dapat mengendurkan otot pelvis dan mengurangkan senggugut.

Ia boleh dilakukan sama ada menggunakan minyak urut, losyen badan atau minyak kelapa.

Anda juga boleh memilih melakukan urutan dengan menggunakan minyak pati aromatik bagi melegakan kesakitan senggugut.

cara hilangkan senggugut tanpa ubat
Contoh botol minyak pati.

Cara hilangkan senggugut tanpa ubat #10. Tambahkan magnesium dalam diet 

Apa lagi makanan hilangkan senggugut?

Makanan yang mengandungi magnesium juga dipercayai dapat membantu meringankan kesakitan senggugut.

Terdapat banyak pilihan makanan yang mengandungi mineral ini seperti:

Jika anda ingin mengambilnya dalam bentuk suplemen, berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor bagi mengetahui tahap dos yang bersesuaian.

Tip

Doktor boleh mencadangkan remedi lain atau memberikan ubat preskripsi seperti pil perancang kehamilan atau ubatan tahan sakit untuk menguruskan gejala.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dysmenorrhea (Menstrual Cramps). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4148-dysmenorrhea. Accessed on July 25, 2023 
  2.  Menstrual cramps. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menstrual-cramps/diagnosis-treatment/drc-20374944. Accessed on July 25, 2023
  3. Ming-Chiu Ou, Tsung-Fu Hsu, Andrew C. Lai, Yu-Ting Lin, Chia-Ching Lin. Pain relief assessment by aromatic essential oil massage on outpatients with primary dysmenorrhea: A randomized, double-blind clinical trial. https://doi.org/10.1111/j.1447-0756.2011.01802.x. Accessed on July 25, 2023 
  4. Jo J, Lee SH. Heat therapy for primary dysmenorrhea: A systematic review and meta-analysis of its effects on pain relief and quality of life. Sci Rep. 2018 Nov 2;8(1):16252. doi: 10.1038/s41598-018-34303-z. PMID: 30389956; PMCID: PMC6214933. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6214933/. Accessed on July 25, 2023
  5. Painful Menstrual Cramps. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=uf7084. Accessed on July 25, 2023 

Versi Terbaru

14/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Darah Haid Keluar Selain Warna Merah? Hati-hati! Ini Petanda Masalah Kesihatan

Nak Suami 'Melekat'? Isteri Perlulah Jaga Miss V Bagi KETAT, Ini Petuanya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan