Aromaterapi yang berfungsi melalui deria bau dan penyerapan kulit menggunakan produk seperti:
- Diffusers.
- Spritzers aromatik.
- Penyedut.
- Garam mandi.
- Minyak badan, krim, atau losyen urutan.
- Pengewapan muka (facial steamers).
- Topeng muka tanah liat.
Kebaikan aromaterapi
Anda tidak digalakkan menggunakan aromaterapi dan mengenepikan rawatan perubatan biasa anda. Tetapi terdapat beberapa keadaan menunjukkan aromaterapi memberikan mungkin dapat memberikan manfaat kesihatan, seperti:
- Mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan.
- Meningkatkan dan memberikan rasa tenang.
- Memperbaiki tidur.
- Membantu meningkatkan kualiti hidup bagi individu yang memiliki masalah kesihatan jangka panjang seperti demensia.
- Memudahkan beberapa jenis penyakit, termasuk sakit daripada batu karang dan osteoartritis lutut.
- Melawan bakteria, kulat dan virus apabila anda meletakkannya di kulit anda.
- Mengurangkan beberapa kesan sampingan kemoterapi rawatan kanser, seperti rasa mual dan sakit.
- Merawat sakit kepala dan migrain.
- Melegakan ketidakselesaan.
- Memperbaiki sistem penghadaman.
- Meningkatkan imunisasi.
Aromaterapi turut mempunyai potensi untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan, termasuk:
- Asma.
- Isomnia.
- Keletihan.
- Kemurungan.
- Kerengsaan.
- Neuropati periferal.
- Isu haid.
- Kanser.
- Disfungsi erektil.
- Arthritis.
- Menopous .
Adakah ia selamat?
Secara umumnya, kaedah aromaterapi adalah selamat, namun terdapat beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika menggunakan minyak pati terutamanya jika anda mengambil ubat preskripsi kerana ia menyebabkan kesan sampingan seperti:
- Merengsakan kulit seperti ruam.
- Menyebabkan membran mukus di hidung.
- Serangan asma.
- Reaksi alahan ringan.
- Loya.
- Sakit kepala.
Jangan menyapu minyak pati terus ke kulit anda dan sentiasa gunakan carrier oil untuk mencairkan pati. Lakukan ujian patch terlebih dahulu pada kulit anda. Jangan mencuba untuk meminum minyak pati kerana ia boleh mencederakan buah pinggang atau hati anda kecuali ia adalah atas arahan doktor anda.
Sekiranya anda masih baru untuk aromaterapi, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor atau pakar terapi. Untuk kanak-kanak dan wanita hamil atau sedang menyusukan bayi, harus menggunakan minyak pati dengan berhati-hati dan dibawah pengawasan doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen