home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lindungi Gigi Anda!

Lindungi Gigi Anda!

Gigi merupakan bahagian yang sangat penting pada tubuh badan manusia. Bukan sahaja memberikan penampilan yang cantik, ia merupakan komponen terawal dalam proses pemakanan. Tanpa gigi yang sihat dan bersih, banyak masalah kesihatan boleh berlaku.

Meskipun secara relatifnya bersaiz kecil, rasa sakit padanya boleh menjejaskan seluruh badan. Oleh itu, penjagaan mulut adalah sangat penting.

Elakkan 5 perkara berikut untuk mendapatkan gigi yang sihat

1. Mengunyah ais

Ia ialah amalan yang biasa selepas minum air sejuk di restoran. Mungkin ramai yang fikir bahawa ia adalah air kosong tanpa kalori dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, amalan ini sebenarnya boleh merosakkan bahkan membuatkan gigi menjadi retak atau pecah.

Tisu di dalamnya anda akan terengsa sehingga menjadikan ia lebih sensitif terhadap makanan sejuk dan panas.

2. Mengetap dan mengisar gigi

Tabiat ini boleh menyebabkan permukaan gigi menjadi haus dan membuatkannya lebih cepat rosak. Stres atau tekanan perasaan selalu membawa kepada tabiat ini. Cari punca dan kurangkan stres tersebut untuk mengatasi tabiat ini. Anda juga boleh cuba memakai pelindung gigi.

3. Gula-gula getah

Semua makanan bergula berpotensi merosakkan gigi tetapi gula-gula getah secara khusus memberikan kesan yang lebih besar. Gula-gula getah melekat pada permukaan gigi menyebabkan gula dan asid bersentuhan dengan enamel dalam tempoh yang lama.

4. Air berkarbonat

Bukan gula-gula getah sahaja patut dipersalahkan, tetapi air berkarbonat juga tidak terlepas. Tambahan pula, kalori yang tinggi padanya meningkatkan risiko keadaan kesihatan lain seperti obesiti dan kencing manis. Apa yang lebih menyedihkan adalah ia tidak mempunyai sebarang nutrisi.

5. Menggigit untuk membuka sesuatu

Memang sangat membantu dan mudah, tetapi gigi anda sebenarnya tidak dicipta untuk melakukan perkara tersebut. Jika dilakukan dengan kerap, ia boleh retak dan rosak. Zaman sudah moden dan anda boleh mendapatkan pelbagai teknologi seperti gunting untuk membantu anda membuka bungkusan mi segera kegemaran anda. Oh, mi segera pun sebenarnya tidak sihat untuk tubuh!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 07/08/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x