home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

8 Penyebab Gusi Berdarah Sewaktu Puasa yang Mungkin Tidak Anda Sedari

8 Penyebab Gusi Berdarah Sewaktu Puasa yang Mungkin Tidak Anda Sedari

Jika anda sering mengalami gusi berdarah sewaktu puasa, mungkin ini berlaku disebabkan oleh perkara kecil, seperti teknik memberus gigi yang kurang tepat. Pun begitu, gusi berdarah juga boleh menjadi tanda keadaan kesihatan tertentu yang perlu anda rujuk kepada doktor. Baca selanjutnya untuk mengetahui punca gusi berdarah sewaktu berpuasa.

Apakah punca gusi berdarah sewaktu puasa?

1. Kebiasaan memberus gigi yang tidak tepat

Gusi berdarah boleh berlaku disebabkan oleh beberapa kebiasaan salah sewaktu memeberus gigi, seperti jarang memberus gigi atau memberus gigi terlalu kasar. Jarang memberus gigi lama kelamaan akan menghasilkan plak yang terkumpul di permukaan gigi, yang kemudiannya boleh mengeras membentuk karies gigi.

Plak terkumpul pada gigi meningkatkan risiko terjadinya keradangan pada gusi, yang dikesan dengan gusi berdarah. Kebiasaan memberus gigi terlalu kasar dengan gerakan menggosok depan belakang juga boleh menimbulkan trauma pada gusi yang kelihatan dengan gusi bengkak dan berdarah. Memberus gigi dengan berus yang kasar dan keras juga boleh menyebabkan gusi berdarah.

2. Stres

Stres yang tinggi boleh memengaruhi kesihatan mulut anda dalam pelbagai cara. Pertama, stres meningkatkan bengkak di tubuh anda, yang membuatkan gusi lebih senang berdarah. Terlalu banyak tekanan psikologi juga menjejaskan sistem kekebalan tubuh, sehingga membuat tubuh anda lebih sukar melawan jangkitan dan lambat sembuh.

3. Sedang hamil

Sesetengah wanita hamil kerap mengalami gusi bengkak dan berdarah sewaktu memberus gigi. Bahkan sekitar separuh daripada semua wanita hamil akan mengalami gingivitis (keradangan gusi yang dikesan dengan perdarahan) pada trimester kedua. Perubahan hormon selama kehamilan mengubah tindak balas tubuh terhadap bakteri penyebab penyakit gusi. Menurut American Pregnancy Association, gusi berdarah akan kembali normal setelah kehamilan.

Pemeriksaan gigi rutin dan cara memberus gigi yang betul dapat membantu mencegah masalah gusi menjadi lebih buruk. Jika anda sudah pun mengalami penyakit gusi, anda memerlukan rawatan profesional untuk mengurangkan risiko komplikasi seperti preeklampsia dan kelahiran prematur.

4. Gingivitis

Ketika plak gigi terkumpul dan menyebabkan bakteri berkumpul pada gigi anda, gusi mungkin mengalami keradangan teruk dan kemudian berdarah. Ini yang disebut sebagai gingivitis. Gingivitis sering diabaikan biasanya tidak terasa menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom, kecuali jika anda mendapati adanya darah pada berus gigi atau waktu meludah selepas berkumur.

Jika tidak diubati, gingivitis boleh berkembang menjadi jangkitan yang lebih serius, yang dikenal sebagai periodontitis— jangkitan kritikal yang dikesan dengan kehancuran jaringan gusi dan gigi goyah. Gingivitis dan periodontitis adalah penyebab utama gigi mudah gugur pada orang dewasa.

Mujurlah, keradangan gusi boleh diperbaiki dan dihindari hanya dengan mengamalkan kebersihan gigi yang lebih baik, dan juga kunjungan rutin ke doktor gigi untuk memelihara kesihatan gigi dan mulut anda secara keseluruhan.

5. Merokok

Perokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai jenis penyakit gusi, seperti periodontitis. Asap yang dihirup boleh meninggalkan plak racun pada permukaan gigi yang mungkin sukar dihilangkan sekalipun dengan rutin kebersihan mulut yang jitu sekalipun. Zat-zat racun ini kemudian boleh menyebabkan keradangan gusi menjadi semakin parah dan berdarah. Perokok juga menghadapi sistem imun yang lemah sehingga mudah mengalami jangkitan, dan parahnya lagi juga sukar sembuh.

Setelah gusi menunjukkan tanda-tanda perdarahan, bakteri berbahaya yang hidup di antara gigi dan garis gusi boleh masuk ke dalam tubuh melalui luka di gusi melalui aliran darah. Gusi berdarah sewaktu puasa memungkinkan bakteri berbahaya memulakan keradangan dan penyakit di bahagian tubuh yang lain. Ini boleh mendatangkan malapetaka pada setiap organ dalam tubuh, terutamanya jantung dan saluran darah.

6. Makanan sahur dan berbuka yang tidak sihat

Pengambilan makanan segera/diproses bukan sahaja membuatkan perut semakin membuncit, tapi juga boleh mengancam kesihatan mulut dan gigi anda. Makanan ini biasanya mengandung igaram, lemak, dan gula yang tinggi. Terlalu banyak lemak jahat dalam tubuh boleh meningkatkan risiko oksidasi dan keradangan dalam tubuh. Terlalu banyak makan gula juga dapat menyebabkan diabetes. Semua faktor ini secara tidak langsung berperanan terhadap risiko anda mengalami gusi berdarah sewaktu puasa.

Kuncinya, seimbangkan menu sahur dan buka puasa anda dengan setidaknya enam hingga lapan bahagian buah dan sayuran segar, disamping suplemen multivitamin C dan D serta kalsium dan magnesium. Pola makan sihat meningkatkan fungsi seluruh sistem imuniti tubuh dan membekalkan nutrien kepada tisu lembut dalam mulut, bahagian yang paling mudah terkesan dalam tubuh.

7. Struktur gigi dan rahang anda tidak normal

Jika anda memiliki gigi yang tidak tersusun rata, bertumpang-tindih, sesak, atau struktur rahang anda tidak tepat (underbite atau gigi bawah terkedepan; overbite atau gigi atas terkedepan), anda boleh saja mengalami gusi berdarah. Begitu pula dengan kebiasaan mengisar gigi (bruxism).

Struktur gigi atau rahang yang tidak normal membuat anda sering mengatupkan gigi terlalu keras di satu area sahaja, sehingga menyebabkan gusi surut dan kekuatan tulang gigi terjejas. Keadaan gusi ini boleh menjadi pintu masuk utama untuk bakteri masuk dan menjejaskan gusi anda.

Ukuran gigi palsu yang tidak tepat juga boleh menyebabkan gusi berdarah.

8. Punca lain

Punca lain daripada gusi berdarah boleh jadi daripada penyakit yang anda alami waktu ini, termasuklah diabetes, penyakit perdarahan (seperti leukimia, thrombocytopenia, idiopathic thrombocytopenia purpura/ITP, hemofilia), sirosis, atau anemia pernisius. Kekurangan vitamin K dan vitamin C juga boleh menyebabkan gusi berdarah sewaktu puasa.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 06/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x