backup og meta

Buat Perokok, Ini Kesan BURUK Terhadap Kesihatan & Kesuburan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2020

    Buat Perokok, Ini Kesan BURUK Terhadap Kesihatan & Kesuburan Anda!

    Merokok merupakan satu tabiat buruk yang sangat tidak sihat dan mempunyai banyak kesan negatif terhadap individu tersebut serta individu lain termasuklah dari sudut kesihatan dan kesuburan mereka.

    Perokok tegar kebiasaannya tidak mempedulikan keadaan dan orang di sekeliling mereka untuk melempiaskan nafsu dan dengan tenangnya menghembus asap rokok mereka.

    Tanpa mengira anda perokok aktif mahupun perokok pasif, anda sebenarnya dalam keadaan bahaya dan berisiko menghidap pelbagai jenis masalah kesihatan.

    Tahukah anda bahawa merokok jejaskan kesuburan lelaki dan wanita? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

    Merokok jejaskan kesuburan lelaki & wanita

    kesuburan

    Tanpa mengira jantina, perokok aktif mahupun pasif berisiko mengalami masalah kesuburan. Di Malaysia, 50% daripada golongan lelaki adalah perokok.

    Bagi golongan wanita dan remaja pula, jumlahnya semakin meningkat dan membimbangkan kerana 25% daripada pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah cuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah kelak.

    Selain tar dan nikotin yang terbukti tidak sihat, asap rokok mempunyai lebih daripada 4,000 bahan kimia dan 53 daripada bahan kimia boleh mendatangkan penyakit berbahaya yang lain seperti kanser.

    Untuk pengetahuan anda, kandungan bahan kimia ini juga mendatangkan kesan negatif terhadap kesuburan seseorang individu, baik lelaki ataupun wanita!

    Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

    Perokok lelaki kebanyakannya tidak mengetahui, tidak peduli ataupun memandang enteng akan masalah kesuburan mereka. Kesuburan lelaki merujuk kepada keupayaan penghasilan sperma dalam kuantiti dan kualiti yang tinggi serta pergerakan sperma yang normal.

    Tabiat merokok menyebabkan kualiti serta kuantiti sperma akan berkurangan sekaligus memberi kesan kepada pergerakan sperma. Dalam pada itu lagi, merokok turut menyumbang kepada morfologi sperma yang tidak normal.

    Melihat dari sudut statistik, kiraan sperma bagi golongan perokok lelaki akan menurun sebanyak 23% manakala pergerakan sperma pula akan menurun sebanyak 13%.

    Sebagai ringkasan, perokok lelaki akan menghasilkan sperma yang tidak berkualiti dari aspek morfologi, pergerakan mahupun kuantitinya sekaligus mengakibatkan kesuburan mereka terjejas.

    Kesan merokok terhadap kesuburan wanita

    Perspektif merokok bagi lelaki dan wanita adalah berlainan. Bagi lelaki, mereka merokok untuk menghilangkan kelesuan dan menaikkan semangat. Namun bagi wanita pula, mereka merokok untuk mengawal tekanan serta ada yang beranggapan bahawa merokok akan membuatkan mereka dapat mengawal berat badan mereka.

    Apapun perspektif mereka, merokok tetap akan mendatangkan kesan negatif terhadap golongan wanita terutamanya dalam aspek kesuburan.

    Namun dalam kebanyakan kes, golongan wanita merupakan perokok pasif kerana mereka mengahwini lelaki yang merokok.

    Ramai golongan perokok lelaki tidak sedar bahawa dengan merokok di depan isteri dan anak-anak mereka, hanya 25% daripada kandungan bahan kimia sahaja akan disedut kerana puntung rokok mempunyai penapis manakala lagi 75% kandungan bahan kimia disedut oleh perokok pasif.

    Akibatnya, golongan wanita akan mengalami masalah kesuburan. Sekiranya hamil, tanpa mengira wanita tersebut perokok aktif mahupun pasif, masalah kehamilan akan berlaku. Antara masalah kehamilan tersebut adalah:

    • Menopaus lebih awal
    • Anak lebih mudah mendapat lelah
    • Anak lebih berisiko mendapat jangkitan paru-paru
    • Lebih terdedah kepada ancaman menghidap kanser
    • Melahirkan bayi yang kurang berat badan atau kandungan tidak cukup bulan
    • Pertumbuhan paru-paru bayi yang masih kecil mudah terganggu

    Ia adalah punca anda cepat menopaus

    merokok

    Bagi wanita, menopaus merupakan satu kondisi yang sangat ditakuti. Menopaus adalah kondisi seseorang wanita itu putus haid dan tidak lagi mampu untuk hamil. Menurut kajian, umur purata wanita di Malaysia mengalami menopaus adalah 45.

    Namun bagi golongan perokok, purata umur itu menurun kepada 35. Ini kerana tabiat merokok bagi wanita tanpa mengira perokok aktif mahupun pasif akan menurunkan jumlah purata umur sebanyak 10 tahun daripada kebiasaan.

    Oleh itu, pelbagai inisiatif dibuat oleh pakar perubatan agar masalah menopaus ini dapat dikawal. Antaranya adalah mengingatkan orang ramai akan bahaya merokok bagi kesuburan wanita, membuat penyimpanan ovari serta membuat ujian AMH.

    Ujian AMH adalah satu ujian darah yang dapat mengenalpasti jumlah telur yang terdapat di dalam ovari serta jangka hayatnya agar perancangan untuk membina keluarga lebih tepat dan teratur.

    Jadi, apa lagi anda tunggu? Tolong berhenti merokok sekarang juga demi kesuburan dan kesejahteraan hidup kalian!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan