backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Wanita Hamil Ingin Berpuasa? Ikut Tips Pakar Diet Ini!

Ditulis oleh Yasmin Norazharuddin ¡ Dietetik dan nutrisi ¡ Hello Health Group


Disemak pada 2 minggu lalu

    Wanita Hamil Ingin Berpuasa? Ikut Tips Pakar Diet Ini!

    Puasa mengandung, boleh atau tidak? Wanita hamil memerlukan keperluan tenaga dan nutrisi yang lebih tinggi untuk membantu proses tumbesaran bayi dan juga untuk kesihatan ibu. Oleh itu, ibu hamil memerlukan bekalan tenaga atau makanan yang banyak untuk mencapai keperluan makronutrien (karbohidrat, protein dan lemak) dan mikronutrisi (vitamin dan mineral) yang mencukupi.

    Amalan puasa ketika mengandung berisiko menyebabkan ‘malnutrition’ atau kekurangan nutrisi dalam kalangan wanita hamil jika diamalkan tanpa nasihat doktor atau pakar dietetik. Tanpa perancangan diet yang teratur, kekurangan mineral yang penting seperti folat, zat besi dan kalsium serta kurang pengambilan air boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran bayi pramatang, kecacatan dan kelahiran bayi rendah berat badan. Selain itu, puasa ketika hamil boleh menyebabkan nilai glukosa dalam badan menurun sehingga membuatkan ibu rasa pening dan keletihan.

    Namun sebenarnya, wanita hamil masih boleh berpuasa sama ada untuk kesihatan atau untuk agama. Pengambilan nutrisi yang optimum dengan cara yang betul haruslah dititikberatkan apabila berpuasa.

    Bagaimana Hendak Puasa Ketika Mengandung?

    Antara cara-cara untuk bantu wanita berpuasa ketika mengandung adalah:

    • Rancang jadual pemakanan
    • Ibu perlu mematuhi pengambilan suplemen yang disarankan oleh doktor dan pakar dietetik (ambil mengikut waktu tanpa langkau hari)
    • Pastikan makanan yang dimakan untuk sahur dan berbuka (iftar) lengkap dengan makronutrisi – karbohidrat, protein dan lemak
    • Ambil snek ringan antara waktu berbuka dan 1-2 jam sebelum tidur
    • Pastikan makanan untuk sahur dan berbuka tinggi dengan serat
    • Elak pengambilan makanan manis (selain buah-buahan) 1-2 jam sebelum tidur
    • Elak pengambilan makanan yang bergoreng atau tinggi lemak tepu semasa berbuka
    • Hadkan pengambilan kuih ke 2 biji maksimum setiap kali waktu berbuka
    • Pastikan pengambilan air kosong harian mencukupi iaitu 2-3 liter atau 8-10 gelas

    Wanita hamil juga harus menitikberatkan pengambilan karbohidrat dan fokus kepada karbohidrat tinggi serat untuk kurangkan risiko gestational diabetes atau kencing manis yang berlaku ketika hamil.

    Air kosong

    Saranan Pelan Diet Untuk Puasa Ketika Mengandung

    Contoh pelan diet untuk wanita hamil yang hendak puasa ketika mengandung:

    Saranan Menu 1

    Sahur:

    Sediakan bubur oat yang dimasak bersama susu rendah lemak dan 2 sudu kecil madu. Ia boleh dihidangkan bersama ½ cawan buah-buahan pilihan dan 1 sudu besar mentega kacang (seperti peanut atau almond butter) atau 1 sudu besar kacang yang dipanggang/ bakar (roasted walnuts atau almonds).

    2 telur dimasak hancur (scrambled eggs) bersama 1 sudu besar sos pilihan.

    2 gelas air suam

    telur hancur

    Berbuka (iftar):

    1 biji buah kurma

    1 cawan nasi beras perang atau parboiled rice bersama 1 hidangan ikan yang dimasak singgang atau sup atau masakan yang hanya menggunakan sedikit minyak (pan fry), 2 cawan sayur hijau seperti bening bayam atau sayur goreng dengan sedikit minyak.

    2 gelas air suam

    kurma

    Snek:

    1 tapak tangan kacang pilihan (almonds, walnuts, pistachios)

    1 mangkuk kecil buah-buahan

    1 gelas susu rendah lemak

    1 gelas air suam

    buah kekacang

    Saranan Menu 2

    Sahur:

    2 keping roti wholemeal atau roti tinggi serat bakar bersama 1 sudu mentega daripada sumber tumbuh-tumbuhan (tanpa lemak trans)

    2 biji telur dimasak menjadi omelette bersama sayur-sayuran (seperti bayam, tomato, bell pepper) dan 1 sudu sos pilihan

    1 mangkuk kecil buah-buahan pilihan

    2 gelas air suam

    roti bijirin

    Berbuka (iftar):

    1 biji buah kurma

    Segelas susu rendah lemak

    1 cawan kentang dipotong kiub dan dibakar, 1 hidangan ayam atau ikan panggang/ bakar dan 2 cawan aneka sayur panggang atau bakar (seperti brokoli hijau dan putih, lobak merah, bell pepper, terung)

    2 gelas air suam

    kentang bakar

    Snek:

    1 pek kecil yogurt rendah lemak

    1 sudu kecil madu

    1 tapak tangan kacang pilihan (almonds, walnuts, pistachios)

    2 gelas air suam

    yogurt

    Saranan Menu 3

    Sahur:

    2 lempeng pisang yang dimasak menggunakan tepung gandum tinggi mil atau serat dan tanpa santan, dihidangkan bersama 2 sudu besar yogurt rendah lemak tanpa gula dan 1 sudu kecil madu

    1 mangkuk kecil buah-buahan pilihan

    2 gelas air suam

    lempeng pisang

    Berbuka (iftar):

    1 biji buah kurma

    1 hidangan soto ayam atau bihun sup

    1 mangkuk sederhana salad tanpa sos

    2 gelas air suam

    soto

    Snek:

    1 mangkuk kecil taufufa tanpa gula, tambah 1-2 sudu kecil madu semasa makan

    1 tapak tangan kacang pilihan (almonds, walnuts, pistachios)

    2 gelas air suam

    taufufa

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Yasmin Norazharuddin

    Dietetik dan nutrisi ¡ Hello Health Group


    Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan