Apabila gigi bongsu tumbuh, mesti rasa sakit dan berdenyut. Tahap kritikal sampai boleh buat bergaduh. Tetapi kenapa pertumbuhan gigi geraham ini, menyakitkan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila gigi bongsu tumbuh, mesti rasa sakit dan berdenyut. Tahap kritikal sampai boleh buat bergaduh. Tetapi kenapa pertumbuhan gigi geraham ini, menyakitkan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut sila dapatkannya di sini.
Gigi bongsu atau gigi geraham, merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun.
Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut; 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah.
Kesakitan ketika proses gigi bongsu tumbuh adalah berbeza bagi setiap individu.
Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.
Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi geraham berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.
Rasa sakit ini mungkin berlaku secara tiba-tiba, atau ia boleh terjadi secara perlahan-lahan.
Namun, kesakitan seperti ini tidak boleh dibiarkan dan seharusnya dirawat dengan segera kerana ia mungkin memberikan kesan kepada kesihatan mulut secara keseluruhan.
Kedudukan gigi geraham yang berada dalam kedudukan tidak betul atau dikenali sebagai impacted wisdom teeth, merupakan satu keadaan di mana ia tidak mempunyai ruang yang tidak mencukupi untuk tumbuh dan membesar, yang akhirnya akan menyebabkan komplikasi lain.
Masalah impacted wisdom teeth ini boleh menyebabkan sakit, kerosakan kepada gigi lain dan masalah pergigian yang lain.
Dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah dalam jangka masa terdekat. Tetapi kerana ia sukar untuk dibersihkan, maka risiko terdedah kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Kebiasaannya, gigi geraham bermasalah seperti ini yang menyebabkan kesakitan atau komplikasi pergigian akan dicabut keluar.
Sesetengah doktor gigi dan pakar bedah juga akan mengesyorkan untuk mencabut gigi ini untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Jika anda masih belum mengalami proses pertumbuhan gigi bongsu , anda mungkin tertanya-tanya apakah ia akan menjadi kesakitan yang amat menyakitkan.
Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi geraham atau tidak:
Jika anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi geraham, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin.
Mencabut dan membuang gigi mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi bongsu ini.
Bagi gigi geraham yang bermasalah atau impacted wisdom teeth tidak boleh dielakkan daripada berlaku.
Akan tetapi, dengan pemeriksaan dan pembersihan gigi berjadual setiap 6-bulan membolehkan doktor gigi anda memantau pertumbuhan dan kemunculan gigi bongsu anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen