backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

9 Makanan Ini Dianggap Sihat Tapi Boleh Buat GIGI Rosak, #3 Paling Mengejutkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    9 Makanan Ini Dianggap Sihat Tapi Boleh Buat GIGI Rosak, #3 Paling Mengejutkan!

    Percaya atau tidak, ada minuman dan makanan yang tidak baik untuk gigi serta gusi, di mana ia boleh mengakibatkan kerosakan dan hakisan gigi serta perkembangan penyakit mulut. 

    Ingin tahu apakah makanan yang merosakkan gigi? Teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Minuman & makanan yang tidak baik untuk gigi

    Selain daripada memberus gigi sekurang-kurangnya 2x sehari dan flos, membuat temu janji dengan doktor gigi, berikut antara minuman serta makanan yang boleh anda elakkan atau hadkan sekiranya mahu menjaga gigi agar kekal sihat:

    1. Roti putih

    Roti putih yang dibakar atau dibuat sandwic merupakan antara hidangan yang disukai ramai tetapi sebenarnya merupakan makanan yang merosakkan gigi.

    Ketika mengunyah roti putih tersebut, air liur akan memecahkan kanji menjadi gula. Ia kemudiannya bertukar menjadi bahan seperti pes bergetah – roti itu akan melekat pada celahan gigi. Kesannya? Wujudlah kaviti. 

    Jika ingin menikmati roti, apa kata anda memilih roti gandum – ia kurang kandungan gula tambahan dan tidak mudah dipecahkan.

    2. Ais antara makanan yang tidak baik untuk gigi 

    Ia hanyalah air yang dibekukan, jadi rasanya tiada masalah untuk mengunyah ais, betul tak? Malangnya ia tidak bertindak sebegitu.

    Menurut American Dental Association, mengunyah bahan keras boleh merosakkan enamel dan membuatkan gigi cenderung untuk patah, retak atau sumbing.

    Tidak salah menggunakan ais untuk menyejukkan minuman, cuma jangan mengunyahnya. 

    makanan yang tidak baik untuk gigi

    3. Penyegar nafas pudina

    Jangan terkejut! Gula-gula penyegar nafas ini sebenarnya boleh memburukkan dan merosakkan gigi anda. Ini kerana kebanyakan penyegar nafas ini diperbuat daripada gula.

    Semasa menghisap gula-gula ini, biasanya kita akan membiarkan ia berada di tepi pipi – agar anda boleh menikmatinya dari masa ke masa, betul tak?

    Namun perbuatan tersebut membolehkan bakteria dalam mulut ‘berpesta gula’, yang akhirnya memberi kesan kepada gigi

    Mungkin anda boleh bertukar kepada gula-gula getah berperisa pudina tanpa gula.

    Makanan yang tidak baik untuk gigi #4. Buah sitrus

    Buah oren, limau gedang dan lemon antara buah yang lazat untuk dinikmati sebagai buah mahupun jus – malahan kaya dengan vitamin C.

    Namun malangnya, kandungan asid di dalam buah sitrus ini boleh menghakis enamel, menjadikan gigi lebih cepat reput. Meletakkan perahan oren atau lemon ke dalam air juga akan menambah asid pada minuman.

    Sebaiknya nikmatilah buah sitrus secara sederhana dan berkumurlah selepas itu. 

    Baca juga:

    5. Buah-buahan kering merupakan makanan yang merosakkan gigi

    Buah-buahan kering seperti kismis, aprikot, buah tin sering dianggap sebagai snek yang sihat. Tetapi kebanyakan makanan jenis ini melekit. Ia boleh tersangkut pada celahan gigi dan meninggalkan banyak gula. 

    Jika anda ingin menikmatinya, pastikan anda berkumur apabila selesai makan. Manakala untuk versi yang lebih sihat dan kurang gula, pilihlah buah yang segar!

    6. Sos pasta, salah satu makanan yang tidak baik untuk gigi

    Tomato adalah sayuran yang sihat tetapi ia berasid.

    Apabila anda makan spageti bersama sos tomato, ia boleh menyebabkan kerosakan berganda pada enamel:

  • Pertama, disebabkan oleh sos berasid yang memecahkan enamel gigi
  • Kedua, karbohidrat pasta yang membantu ‘memberi’ makan kepada bakteria punca gigi berlubang
  • Jadi apa kata anda nikmati pasta dengan sos keju, sedap juga,kan?

    makanan yang tidak baik untuk gigi

    7. Kopi dan teh

    Dalam bentuk semula jadi, kopi dan teh boleh menjadi pilihan minuman yang sihat. Malangnya kebanyakan individu gemar mengambil kedua-dua minuman ini dengan tambahan gula.

    Selain daripada meninggalkan kesan kotor pada gigi, kafein dalam kopi dan teh juga boleh mengeringkan mulut.

    Sekiranya ingin menikmati kopi atau teh, pastikan anda turut minum air kosong dengan banyak dan kurangkan jumlah gula dalam minuman tersebut, okay?

    8. Minuman sukan

    Minuman ini kedengaran seperti menyihatkan. Tetapi kebanyakan minuman sukan dan tenaga menggunakan gula sebagai bahan utama.

    Jadi sebelum anda memilih minuman ini, pastikan anda semak labelnya. Pilihlah minuman dengan kandungan gula yang rendah atau lebih baik, minum air kosong mahupun air kelapa – pastikan tidak ditambah gula!

    makanan yang tidak baik untuk gigi

    9. Pisang, tersenarai sebagai makanan yang tidak baik untuk gigi

    Pisang mengandungi kadar gula dan kanji yang tinggi. Gula semula jadi dalam buah ini memberikan pisang rasa manis yang lazat.

    Tidak dinafikan pisang adalah pilihan yang sihat tetapi bagi gigi anda – ia bukan pilihan terbaik.

    Kanji dalam pisang akan larut perlahan-lahan dan melekat pada celahan gigi, sekali gus menarik bakteria dan menjadi punca perkembangan plak.

    Anda boleh menikmatinya, cuma selepas itu, jangan lupa untuk menggosok gigi atau sekurang-kurangnya minum sedikit air untuk menghilangkan kanji dan gula dalam mulut.

    Kesimpulan 

    Gula dan asid boleh menjadi musuh paling ketat untuk gigi anda. 

    Untuk menjaga gigi agar kekal sihat, hindari makanan yang tidak baik untuk gigi dan pilihlah makanan yang membekalkan vitamin dan mineral, meneutralkan asid, merangsang air liur dan membaiki enamel gigi.

    Pemakanan yang baik boleh membantu membina gusi dan gigi yang kuat. Makanlah lebih banyak snek seperti kacang, keju, buah-buahan dan sayuran tidak berasid.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan