backup og meta

Ini Punca Rasa Sakit 'Lain Macam' Jika Gigi Bongsu Tumbuh

Ini Punca Rasa Sakit 'Lain Macam' Jika Gigi Bongsu Tumbuh

Apabila gigi bongsu tumbuh, mesti rasa sakit dan berdenyut. Tahap kritikal sampai boleh buat bergaduh. Tetapi kenapa pertumbuhan gigi geraham ini, menyakitkan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut sila dapatkannya di sini.

Apabila gigi bongsu tumbuh

Kenapa ada gigi bongsu?

Gigi bongsu merupakan gigi dewasa terakhir yang akan tumbuh ketika usia 17 hingga 25 tahun.

Kebiasaannya, setiap individu mempunyai 4 gigi bongsu di bahagian belakang mulut; 2 pada bahagian atas dan 2 pada bahagian bawah.

Kesakitan ketika proses gigi bongsu tumbuh adalah berbeza bagi setiap individu.

Sesetengah individu akan mengalami kesakitan yang berterusan, manakala ada juga yang hanya mengalami kesakitkan dan ketidakselesaan ketika mengunyah makanan atau menyentuh bahagian tersebut.

Punca rasa sakit apabila gigi bongsu tumbuh

Kesakitan ini boleh berlaku di atas beberapa sebab. Antaranya, mungkin gigi berada dalam kedudukan tidak betul, tidak sesuai untuk mulut, gigi terperangkap dalam gusi, atau terdapat jangkitan kerosakan pada gigi.

gigi bongsu tumbuh
Antara punca gigi selalu sakit.

Rasa sakit ini mungkin berlaku secara tiba-tiba, atau ia boleh terjadi secara perlahan-lahan.

Namun, kesakitan seperti ini tidak boleh dibiarkan dan seharusnya dirawat dengan segera kerana ia mungkin memberikan kesan kepada kesihatan mulut secara keseluruhan.

Kedudukan gigi bongsu tidak betul

Kedudukan gigi yang berada dalam kedudukan tidak betul atau dikenali sebagai impacted wisdom teeth, merupakan satu keadaan di mana ia tidak mempunyai ruang yang tidak mencukupi untuk tumbuh dan membesar, yang akhirnya akan menyebabkan komplikasi lain.

Masalah impacted wisdom teeth ini boleh menyebabkan sakit, kerosakan kepada gigi lain dan masalah pergigian yang lain.

Dalam sesetengah kes, ia mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah dalam jangka masa terdekat. Tetapi kerana ia sukar untuk dibersihkan, maka risiko terdedah kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Kebiasaannya, gigi geraham bermasalah seperti ini yang menyebabkan kesakitan atau komplikasi pergigian akan dicabut keluar.

Simptom yang menyakitkan

Jika anda masih belum mengalami proses pertumbuhan gigi bongsu , anda mungkin tertanya-tanya apakah ia akan menjadi kesakitan yang amat menyakitkan.

Berikut beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sama ada anda sedang mengalami proses pertumbuhan gigi atau tidak:

  • Anda akan merasa sakit gigi pada bahagian belakang mulut anda
  • Jika melihat di cermin, anda mungkin boleh nampak gigi mula untuk menembusi gusi
  • Kesakitan rahang
  • Bengkak sekitar rahang
  • Gusi berdarah
  • Nafas berbau
  • Kesukaran membuka mulut
  • Rasa tidak selesa di dalam mulut
gigi bongsu tumbuh
Rawatan sakit gigi oleh doktor.

Pemeriksaan doktor

Kenapa perlu cabut gigi bongsu?

Jika anda merasakan anda mungkin sedang mengalami kesakitan kerana pertumbuhan gigi, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin.

Fakta

Mencabut dan membuang gigi mungkin antara jalan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkan dan menghalang masalah kesihatan mulut berkaitan gigi bongsu ini.

Bagi gigi geraham yang bermasalah atau impacted wisdom teeth tidak boleh dielakkan daripada berlaku.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Impacted wisdom teeth. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/wisdom-teeth/symptoms-causes/syc-20373808 / Accessed on Jan 17, 2019.

Wisdom Teeth. https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/w/wisdom-teeth. Accessed Nov 2, 2021.

Wisdom tooth removal. https://www.nhs.uk/conditions/wisdom-tooth-removal/. Accessed Nov 2, 2021.

Wisdom teeth. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/wisdom-teeth. Accessed Nov 2, 2021.

Wisdom teeth. https://www.dentalhealth.org/wisdom-teeth. Accessed Nov 2, 2021.

 

 

Versi Terbaru

27/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pakai Braces Untuk Gigi Tersusun Rapi, Tapi Berapa Lama Tempoh Memakai Pendakap Gigi?

Ngilu Rasa Bila Makan Aiskrim? Ini Dia 10 Punca Gigi Anda Jadi Sensitif!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan