backup og meta

Boleh Ke Nak Tambah Ketinggian? Ini 5 Jenis Makanan Untuk Tinggi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    Boleh Ke Nak Tambah Ketinggian? Ini 5 Jenis Makanan Untuk Tinggi

    Pada kebiasaannya, kita sering kali terdengar tentang senaman untuk tinggi tetapi tidak ramai yang tahu jika terdapat juga makanan untuk tinggi.

    Benarkah menu sebegitu memang wujud? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa yang akan mempengaruhi ketinggian?

    Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia tidak akan terus meninggi seiring dengan usia. Sebaliknya, ia akan berhenti menumbuh ketika growth plate di tulang mula menutup.

    Tulang pertumbuhan ini akan menutup menjelang lewat proses akil baligh. Ia juga berbeza bergantung jantina:

  • Bagi remaja lelaki – Sekitar usia 15 ke 17 tahun
  • Bagi remaja perempuan – Sekitar usia 13 ke 15 tahun
  • Dalam pada itu, tubuh badan kita bukan sahaja bakal berhenti mengalami peninggian malahan turut boleh melalui penurunan ketinggian disebabkan faktor umur atau keadaan kesihatan yang lain.

    Bagi mengelakkan anda daripada terbantut, anda boleh cuba makanan penambah tinggi badan remaja di bawah ini!

    makanan untuk tinggi
    Ketinggian yang normal bagi manusia.

    Makanan peninggi yang remaja boleh cuba!

    Logiknya, anda haruslah mengkonsumsi makanan untuk tinggi yang mengandungi kandungan nutrisi paling mustahak seperti kalsium, protein serta pelbagai lagi jenis mineral penting lain.

    Sebagai contoh mudah, berikut merupakan beberapa menu makanan untuk tinggi yang kita semua boleh cuba:

    Makanan untuk tinggi #1. Susu

    Susu merupakan minuman atau makanan yang paling utama untuk tujuan ini. Selain tinggi dengan kalsium, produk tenusu paling popular ini turut tinggi dengan vitamin A, D dan banyak lagi.

    Sebagai alternatif, anda juga boleh mengambil produk-produk tenusu lain seperti krim, keju, yogurt dan lain-lain yang mampu mendatangkan manfaat serupa namun dengan cita rasa berbeza.

    makanan untuk tinggi
    Susu sebagai minuman untuk tinggi.

    #2. Daging ayam

    Seperti mana yang kita semua tahu, daging ayam merupakan sumber protein paling tinggi berbanding haiwan lain. Ia sekali gus mampu membantu usaha untuk membina tisu dan otot individu.

    Manakala sebuah kajian menunjukkan bahawa daging ayam mengandungi protein dengan tingkat IGF-1 yang tinggi dan boleh membantu mencegah tulang rapuh atau patah lantas menguatkannya.

    Apa yang penting, ia tinggi dengan kandungan vitamin B12 dan taurin untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang.

    #3. Telur ayam

    Selain daging ayam, tubuh badan kita juga mungkin memerlukan telur ayam. Alasannya, ia turut memiliki kandungan protein yang tinggi untuk membantu usaha membina tisu dan otot kita semua.

    Dalam pada itu, telur haiwan ini mengandungi sebatian vitamin yang mungkin boleh membantu menambah ketinggian individu. Buat anda yang belum tahu, ia adalah vitamin B12 atau riboflavin.

    Dalam erti kata mudah, daging dan telur daripada ayam adalah sumber protein dan pelbagai lagi nutrisi penting lain.

    #4. Aneka buah dan sayur

    Bukan sahaja ia adalah antara senarai makanan untuk tinggi, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan menu yang wajib bagi setiap individu memastikan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

    Ketahuilah bahawa ia sarat dengan serat, kalium, folat, vitamin dan mineral penting. Dengan gabungan daripada kesemua nutrisi ini, ia  membantu menguatkan tulang serta meninggikan tulang badan.

    sayur dan buah
    Petanda badan anda kekurangan sayur dan buah.

    Disebabkan itu juga, ibu bapa kita sangat tegas sekiranya dulang makanan kita tiada salah satu daripada ini!

    Ringkasnya, terdapat 5 contoh makanan yang boleh membantu menambah ketinggian termasuk:

    • Susu
    • Daging ayam
    • Telur ayam
    • Aneka buah dan sayur
    • Bijirin

    Makanan untuk tinggi #5. Bijirin

    Bijirin seperti beras, roti, pasta dari sumber gandum adalah sumber karbohidrat, kalori, tenaga, vitamin dan mineral diperlukan oleh golongan kanak-kanak dan remaja di saat mereka sedang membesar.

    Maka, sudah tentu ia juga boleh membantu usaha anda yang inginkan ketinggian meningkat hanya dengan nutrisi.

    Konklusinya, terdapat pelbagai jenis makanan yang mungkin boleh membantu individu untuk menambah ketinggian.

    Antaranya adalah pengambilan suplemen vitamin untuk tinggi remaja atau vitamin untuk tinggi badan dewasa dan lain-lain. Jika masih ragu, dapatkan maklumat dan nasihat daripada doktor ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan