Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pejam celik, pejam celik, tinggal seminggu lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Kita akan meninggalkan 2020 dengan pelbagai memori yang pasti sukar untuk dilupakan. 

Hello Doktor akan kongsi 5 perkara yang kita belajar tanpa sedar pada tahun 2020 ini.

Memori 2020 takkan dilupakan

Sebelum kita membuka lembaran buku sempena tahun baharu 2021, apa memori untuk tahun ini yang tidak akan anda lupakan?

Boleh dikatakan sepanjang 2020, kehidupan kita semua, sama ada penduduk di Malaysia atau di mana sahaja negara adalah berkisarkan tentang pandemik COVID-19.

Pada 12 Januari 2020, seluruh negara dikejutkan dengan penemuan virus di Wuhan yang dikenal pasti sebagai virus korona baharu (novel coronavirus).

Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini. 

Lebih membimbangkan, cara penularan virus tersebut berlaku antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia

Malangnya, virus pandemik yang mengorbankan lebih 1.5 juta nyawa individu di seluruh dunia ini masih belum menemui vaksinnya.

memori

Namun, apa sebenarnya kita boleh pelajari daripada tahun 2020 yang penuh dengan dugaan dan cabaran sebelum melangkah ke tahun baharu 2021?

Pengajaran hidup menjelang tahun baharu 2021

Pasti anda bersetuju jika dikatakan COVID-19 adalah sesuatu yang mengejutkan dan sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian kita semua, kan?

Dalam masa sama, banyak perkara yang boleh kita pelajari dan menjadi pengajaran semasa wabak pandemik ini.

1. Mengetahui keutamaan dalam kehidupan

Anda pasti pernah mendengar ungkapan bahawa duit adalah segala-galanya, kan?

Namun, apabila dunia dilanda pandemik COVID-19, pasti ia membawa kesedaran kepada sesetengah individu bahawa duit bukanlah segalanya.

Ya, tidak dinafikan kita memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. 

Tetapi dengan penularan wabak pandemik ini, bukankah perkara paling penting adalah berkaitan kesihatan diri dan juga insan yang anda sayangi?

2. Jangan abaikan kesihatan mental

Tahun baharu 2021 bakal menjelma, namun malangnya, masih ada ramai di antara kita yang tidak menganggap kesihatan mental perkara penting untuk dijaga seperti mana kesihatan fizikal. 

Semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu mengalami tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor.

Antara punca tekanan tersebut adalah masalah kewangan, kehilangan pekerjaan dan kemurungan. 

kesihatan mental

Jika anda berasakan diri berada dalam keadaan ini, dapatkan sokongan daripada individu yang rapat atau melalui bantuan profesional.

Ini kerana jika dibiarkan, semua itu akhirnya boleh menjejaskan tahap kesihatan mental anda. 

3. Memori sebelum tahun baharu 2021: Waspada dengan sebarang penyakit

Antara memori tahun 2020 yang terbaik adalah apabila semua individu mementingkan penjagaan kebersihan diri.

Jika sebelum kedatangan virus COVID-19, kebanyakan kita memandang remeh aspek tersebut. 

Batuk atau bersin tanpa menutup mulut menggunakan tisu, meludah ke jalan sesuka hati serta masih keluar berjalan mahupun hadir ke pejabat dalam keadaan selesema dan demam, kan?

Bahkan, bagi individu yang sentiasa membawa tisu, tisu basah, gel pembersih tangan atau apa sahaja alatan kebersihan diri, akan dianggap sebagai renyah.

Namun keadaan tersebut telah berubah, dengan masih tiada vaksin yang ditemui, rata-rata individu kini semakin sedar mengenai kepentingan menjaga kebersihan diri untuk diri sendiri dan juga komuniti di sekeliling.

Diharapkan semoga tabiat dan amalan kebersihan diri ini akan dibawa ke tahun baharu 2021 dan seterusnya walaupun selepas vaksin diperolehi.

4. Belajar untuk hidup sendiri

Ada individu yang berasakan bersendirian sebagai perkara yang tidak baik. 

Mereka yang tergolong dalam kelompok introvert selalu dianggap sebagai seorang antisosial atau tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.

wfh

Manakala, terpaksa bersendirian bagi individu ekstrovert yang sering dikelilingi teman-teman menyebabkan mereka berasa kesunyian dan memenatkan.

Disebabkan itu, apabila kerajaan mengumumkan isolasi, PKP dan amalan jarak sosial, ia mewujudkan kesukaran.

Hakikatnya, akan tiba masa tertentu diri anda memerlukan waktu untuk bersendirian dan ia tidak bermakna diri tidak diingini mahupun antisosial.

5. WFH harus kekal dijadikan pilihan

Bekerja dari rumah atau work from home (WFH) dahulunya dianggap sebagai perkara yang tidak bagus dari aspek pekerjaan.

Ini kerana, ia dikatakan mungkin akan menyebabkan prestasi pekerjaan menurun disebabkan anda tidak dapat fokus dalam melakukan pekerjaan hakiki.

Disebabkan itu, kehadiran secara fizikal di tempat kerja lebih digalakkan.

Pun begitu, penularan wabak pandemik COVID-19 merubah segalanya.

Dengan kebanyakan daripada kita tidak dapat hadir ke pejabat, maka amalan WFH perlu dilakukan. 

Dan ternyata pretasi kerja masih berada di tahap yang terbaik, kan? 

Bahkan, mungkin lebih baik kerana dapat mengurangkan tekanan, stres dan masa yang terbuang untuk jarak perjalanan ke tempat kerja, menempuh kesesakan jalan raya mahupun kepadatan individu dalam pengangkutan awam.

Mungkin amalan WFH boleh dijadikan pilihan dalam meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan harian. 

Ini kerana kerja masih tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran fizikal, kan?

Lembaran tahun baharu 2021

Walaupun dunia terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19, namun, dalam masa yang sama ada pengajaran terselit untuk kita semua.

Semoga segala kenangan dan memori tahun 2020 akan menjadikan kita sebagai individu yang lebih mengutamakan kesihatan mental dan amalan kebersihan diri. 

Diharapkan tahun 2021 akan menghadirkan sinar yang lebih baik untuk kita semua. 

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2021 daripada kami di Hello Doktor!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Ya, mungkin ramai sudah tahu akan manfaat diet mediterranean. Namun tahukah anda ia juga bagus untuk bantu lawan depresi? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema

Kita biasa mengalami penyakit selesema, tetapi adakah kita tahu punca selesema tersebut? Ini butiran lengkap mengenai selesema yang anda alami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 04/01/2021 . 4 minit bacaan

Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 4 minit bacaan

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Memasuki alam prasekolah, ibu bapa pasti risau akan masalah kesihatan kanak kanak. Ini 10 penyakit paling kerap menjangkiti anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
kekuatan mental

Nak Mental Kuat Ada Caranya! Ikut 5 Langkah Ini, Termasuk Mandi Air Sejuk Waktu Pagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit asma gangguan pernafasan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan