No. 4 Obesiti
Hidup di tengah kota dicampur dengan kesibukan aktiviti harian mendorong kepada corak pemakanan yang mungkin kurang berkhasiat.
Fast food sering menjadi pilihan para ibu bapa yang inginkan mengisi perut dengan mudah dan cepat.
Antara penyebab obesiti:
- Faktor psikologi: Makan secara berlebihan ketika menghadapi tekanan
- Ubat-ubatan: Pengambilan ubat steroid dan ubat merawat kemurungan
- Aktiviti fizikal: Kurang bersenam dan tidak menjaga pemakanan
- Jantina: Perempuan lebih cenderung untuk gemuk berbanding lelaki kerana kadar metabolisme yang lebih rendah
No. 5 Muda-muda sudah terdedah dengan seks bebas & STI
Seks bebas dalam kalangan remaja bukan lagi perkara asing pada masa ini. Pendedahan digital yang melampau seperti pornografi pada usia yang muda menyumbang kepada isu ini.
- Kajian menunjukan orang muda lebih terdedah jangkitan seksual berbanding yang lebih tua
- 46% daripada remaja yang aktif secara seksual didapati tidak memakai kondom ketika melakukan seks
- Dianggarkan satu perlima dalam diagnosis baharu, HIV datang daripada orang muda berumur antara 13 dan 24 tahun
Pastikan anda persiapkan anak-anak dengan ilmu pendidikan seks dan kesihatan diri yang relevan seiring usia. Usah malu untuk berbincang mengenai topik sebegini.

No. 6 Alkohol menjejaskan kesihatan
Walaupun ramai yang yang masih dalam kategori bawah umur, itu bukanlah penghalang untuk para remaja membeli alkohol kerana wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana.
Fahamkan anak-anak anda dengan fakta-fakta alkohol ini:
- Pengambilan arak akan memperlahankan masa bertindak balas dan mengganggu perlarasan badan
- Alkohol akan mempengaruhi penglihatan, pemikiran, dan pertimbangan diri
- Arak akan mengambil masa yang agak lama untuk keluar dari sistem badan
- Alkohol menjejaskan remaja secara berbeza berbanding orang dewasa, yang mana boleh memberikan impak terhadap otak dalam jangka masa panjang
Masalah kesihatan no. 7 kecelaruan makanan
Remaja amat senang untuk terpengaruh terutama sekali daripada media. Keinginan untuk kelihatan menarik dalam kalangan remaja amatlah kuat kerana mereka sangat mementingkan imej fizikal.
Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa merupakan sindrom yang berkaitan dengan gangguan pemakanan serta boleh menjejaskan rupa fizikal dan kesihatan diri seseorang.
Individu sebegini cenderung untuk makan dalam kuantiti yang sedikit dan sering berlapar.
Kesan-kesan kecelaruan makanan:
- Gangguan psikologi: kurang keyakinan diri, dan kemurungan
- Kekurangan zat, vitamin dan mineral utama
- Pertumbuhan terbantut
- Lewat capai akil baligh
No. 8 Penggunaan tembakau
Kajian menunjukan hampir semua ketagihan nikotin bermula pada umur yang muda. Para remaja didedahkan dengan produk tembakau sejak di bangku sekolah lagi.
Sekiranya anda mempunya anak remaja yang merokok, jangan mengamuk dulu! Cuba tip ini untuk bercakap dengan mereka mengenai rokok dan vaping.
- Didik anak dan diri anda sendiri mengenai bahaya merokok
- Besikap jujur terhadap anak anda dan nyatakan bahawa anda tidak gemar akan perbuatan mereka
- Tujukkan teladan yang baik terhadap anak anda dengan tidak melakukan perkara tersebut
Rumusan
Kebanyakan ibu bapa mungkin lebih fokus bekerja bagi menyediakan keselesaan kepada keluarga berbanding kebajikan anak-anak.
Walau bagaimanapun, ibu bapa juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Ruang untuk menjadi lebih baik sentiasa ada asalkan anda sedar akan tanggungjawab anda.