backup og meta

Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/07/2020

    Jaga-jaga! Lebih 1,000 Partikel Virus COVID-19 Tersebar Bila Bercakap, Jadi Elak Bicara Kuat & Dekat

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Saranan pakar terkini berkenaan dengan aktiviti sosial adalah supaya setiap individu mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 2 meter di antara satu sama lain.

    Istilah yang digunakan adalah penjarakan sosial dan kaedah ini berjaya menurunkan kadar jangkitan baharu kepada satu angka.

    Oleh sebab virus korona baharu (SARS-CoV-2) menjangkiti sistem pernafasan manusia, maka percakapan juga dianggap satu aktiviti yang berpotensi menyebarkan virus.

    Kajian terbaru menunjukkan titisan air yang keluar semasa bercakap boleh berada di udara di antara 8 hingga 14 minit.

    Angka jangkitan kini terus meningkat menghampiri 8 juta. Di Malaysia, bukan sahaja kadar jangkitan semakin berkurangan, malah kini kita mempunyai kurang daripada 1,000 kes aktif.

    [covid_19]

    Titisan daripada bersin dan batuk, bukan satu-satunya kaedah penularan virus korona

    Pernah tak anda terfikir, bagaimana mereka yang tidak mempunyai simptom berupaya untuk menyebarkan jangkitan kepada individu lain?

    Melalui kajian terdahulu, kita tahu mereka yang mempunyai virus berupaya untuk menjangkiti individu lain walaupun tidak menunjukkan simptom.

    Jika batuk dan bersin itu dianggap sebagai satu-satunya kaedah jangkitan, maka pernyataan ini adalah tidak logik.

    Namun kajian yang diterbitkan pada 2 Jun menunjukkan potensi titisan yang keluar daripada mulut semasa seseorang itu sedang bercakap dapat menjangkiti individu lain.

    Tahap kebolehjangkitan virus meningkat bergantung kepada berapa kuat seseorang itu bercakap.

    Anda mungkin berminat:

    Jika anda menjerit, ia akan menghasilkan lebih banyak titisan oral sesaat.

    Bayangkan, dengan percakapan biasa pun anda berisiko untuk menyebarkan virus kepada individu lain.

    Walaupun kebanyakan mereka yang berisiko tinggi menyebarkan jangkitan melalui bersin dan batuk, percakapan mungkin berupaya untuk menjadi punca utama penyebaran virus.

    Ini berikutan mereka yang tidak mempunyai simptom kebiasaannya lebih yakin tidak akan menyebarkan virus.

    Interaksi sosial yang berlaku pada jarak kurang daripada apa yang disarankan boleh meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus pada individu terlibat.

    Dapatan kajian kuatkan hipotesis pemakaian topeng muka untuk kawal penularan jangkitan melalui titisan air

    titisan air

    Terdahulu, pemakaian topeng muka dianggap tidak perlu bagi mereka yang tidak menunjukkan simptom.

    Oleh sebab terdapat pelbagai jenis keperluan teknikal bagi memastikan individu yang memakai topeng terhindar daripada jangkitan, pemakaian oleh mereka yang sihat dianggap sebagai satu pembaziran.

    Walau bagaimanapun, setelah kajian menunjukkan percakapan boleh menyebarkan virus melalui titisan air, pemakaian topeng muka oleh setiap individu perlu digalakkan.

    Tiada siapa tahu sama ada mereka mempunyai virus tersebut atau tidak terutamanya jika mereka berada dalam tempoh fasa pengeraman virus (tiada simptom).

    Terdapat perbezaan amalan pemakaian topeng muka jika dibandingkan di antara orang Barat dan Asia.

    Malah, pernah juga orang Asia distereotaipkan dengan topeng muka sepanjang musim wabak.

    Namun, kini, kita boleh lihat peningkatan pesat berlaku di negara barat seperti Amerika Syarikat (US).

    Saranan pemakaian topeng muka tidak boleh lagi diambil ringan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kadar interaksi sosial harian yang tinggi. 

    Percakapan, hampir sama risiko penularan melalui titisan air dengan batuk

    titisan air

    Batuk boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya 3,000 titisan ke udara.

    Bersin pula mampu menembak kira-kira 40,000 partikel titisan. 

    Pemerhatian terhadap jumlah titisan yang keluar semasa batuk atau bersin boleh membantu saintis meramal risiko penularan dalam satu populasi.

    Melihat kepada keperluan tersebut, Institut Diabetes US, Institut Penyakit Sistem Pencernaan dan Buah Pinggang serta Universiti Pennsylvania (US) telah mengkaji jumlah titisan yang keluar semasa bercakap.

    Kajian menggunakan pengimbasan laser telah menunjukkan semasa bercakap, anda mengeluarkan kira-kira 2,600 titisan sesaat.

    Perkara ini berubah-ubah mengikut kekuatan suara.

    Mereka yang bercakap kuat bukan sahaja boleh menyebabkan lebih banyak titisan keluar, malah saiznya lebih besar.

    Bagi mereka yang mempunyai jangkitan virus, ia merupakan satu berita buruk memandangkan setiap titisan tersebut mengandungi partikel virus aktif yang mampu menjangkiti individu lain.

    Oleh sebab itulah sepanjang 6 bulan lepas, kita mengalami peningkatan mendadak pada jumlah jangkitan global.

    Kajian yang diterbitkan pada 1 April di laman Jurnal terkemuka Nature tidak menyenaraikan percakapan sebagai kaedah penyebaran virus.

    Walau bagaimanapun mereka mengira jumlah virus korona baharu yang terdapat di dalam titisan oral pada kebanyakan pesakit.

    Menurutnya, percakapan kuat selama seminit boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 partikel virus di dalam sejumlah titisan oral.

    Konklusi

    coronavirus

    Keperluan untuk memakai topeng bagi mengelakkan jangkitan perlu ditekankan oleh pihak berkuasa.

    Kawalan terhadap harga juga perlu dibuat dan dipantau dengan lebih kerap.

    Oleh sebab permintaan jumlah topeng muka meningkat, setiap kotak topeng muka dijual pada harga yang sangat tinggi.

    Jika anda ingin bercakap dengan seseorang, lebih baik anda mengekalkan jarak 2 meter bagi mengelakkan penyebaran melalui titisan air walaupun sudah memakai topeng. 

    Jangan lupa untuk cuci tangan secara kerap juga ya!

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan