Patutkah saya risau?
Kebanyakan bakteria yang dikesan tidak menyebabkan penyakit pada orang yang sihat, kecuali Staphylococcus aureus. Sesetengahnya pula, seperti Acinetobacter, hanya menyebabkan jangkitan di hospital, atau pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Yang lain didapati agak tidak berbahaya.
Di samping itu, udara dari tandas biasa mungkin kurang bakteria berbanding hasil kajian. Tandas yang digunakan dalam kajian terletak di bangunan bangunan sains kesihatan universiti, dengan kebarangkalian bakteria datang dari eksperimen makmal berhampiran.
Jadi apa yang perlu dilakukan seseorang untuk mengelakkan penyebaran bakteria? Anda tetap perlu mengeringkan tangan anda, kerana tidak mengeringkannya selepas mencuci tangan membolehkan bakteria terus hidup. Menggunakan tisu adalah cara yang paling bersih. Anda juga mungkin patut mengelakkan hand dryer jenis jet.
Pun begitu, ingat bahawa risiko anda mendapat jangkitan serius dalam tandas awam adalah kecil. Bersentuhan langsung dengan orang lain lebih tinggi risikonya sebagai sebab mendapat jangkitan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca Juga: