home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Tanda Anda Terlampau Stres di Tempat Kerja

5 Tanda Anda Terlampau Stres di Tempat Kerja

Walaupun pekerjaan paling ideal, ia juga mendorong kepada stres terlampau (burnout). Semakin sukar anda bekerja, lebih bermotivasi untuk mencapainya dan semakin mudah untuk masuk ke kepala anda.

Stres terlampau adalah sebahagian daripada perasaan anda seperti tiada apa-apa yang tinggal untuk diberikan. Keadaan kronik boleh menyebabkan masalah emosi dan penurunan kesihatan fizikal anda. Sebelum anda boleh mengendalikannya dan mencegahnya, anda perlu mengenalpasti tanda amaran apabila tiba masanya untuk mengambil tindakan.

Masalah kesihatan

Stres terlampau mempunyai kesan yang luas dan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental anda. Sama ada anda mengalami sakit belakang, kemurungan, penyakit jantung, obesiti atau anda sering sakit, anda mungkin ingin mempertimbangkan peranan kerja anda dalam hal ini. Anda akan mengetahuinya apabila ia membahayakan kesihatan anda dan anda hanya perlu menentukan sama ada pendekatan bekerja anda adalah akibatnya.

Kesukaran kognitif

Menurut satu kajian, tekanan menyerang korteks prefrontal, bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap fungsi eksekutif. Fungsi eksekutif mempengaruhi memori, kebolehan membuat keputusan, kawalan emosi dan fokus. Apabila menyedari bahawa anda membuat kesilapan yang bodoh, melupakan perkara-perkara besar, mempunyai gangguan emosi atau membuat keputusan yang tidak baik, anda mungkin seperti diluar kawalan.

Mempunyai kesukaran kerja dan hubungan peribadi

Tekanan mempengaruhi semua perkara yang anda lakukan, terutamanya bagaimana anda berinteraksi dengan orang lain. Walaupun anda berasakan bahawa anda mengalami tekanan di tempat kerja, anda boleh melepaskannya di rumah. Biasanya hubungan anda yang menderita. Tekanan membuatkan ramai orang lebih cenderung untuk kecil hati dengan orang lain, kehilangan ketenangan, dan terlibat dalam konflik yang bodoh dan tidak dijangka. Orang lain lebih cenderung mengundur dan mengelakkan orang yang mereka sayangi.

Bawa tugasan balik ke rumah

Tahukah anda bahawa perasaan yang dahsyat apabila anda berbaring di tempat tidur memikirkan semua kerja yang anda tidak lakukan dengan harapan anda tidak terlepas sesuatu yang besar? Apabila tugasan yang tidak diselesaikan itu sentiasa terperangkap di kepala anda bila-bila masa, di mana sahaja, walaupun semasa anda berada di rumah, maka itu adalah satu tanda yang serius bahawa anda sedang terlampau stres.

Hilang motivasi

Kita memulakan pekerjaan dalam fasa percutian, melihat segala-galanya indah. Apabila anda dalam fasa ini, motivasi datang kepada anda secara semulajadi. Tetapi apabila anda terlampau stres, anda menderita dan mencari motivasi untuk menyelesaikan tugas. Anda boleh menyelesaikan tugas, walaupun melakukannya dengan baik, motivasi yang digunakan untuk mendorong anda hilang. Daripada melakukan kerja itu sendiri, anda akan bermotivasi daripada ketakutan bahawa anda akan terlepas tarikh tamat, membiarkan orang kecewa atau lebih buruk lagi, dipecat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Signs You’re Burning Out (And How To Stop It) http://www.talentsmart.com/articles/10-Signs-You%E2%80%99re-Burning-Out-(And-How-To-Stop-It)-2147446637-p-1.html Accessed on 8 February, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 24/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x