Menariknya, kedua-dua suspek ini masih muda dan baru berusia 29 dan 30 tahun.
Modus operandinya, suspek lelaki akan mendapatkan bekalan dadah ‘mushroom’ daripada negara jiran menerusi pembekal yang menjual dadah tersebut melalui dark web.
Dadah itu kemudiannya akan diproses di kediaman mereka dalam bentuk rokok dan juga flavour vape khayal.
Ia kemudiannya akan dijual menerusi media sosial dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier bagi pembeli di luar Lembah Klang.
Ini adalah antara bukti bahawa pasaran cecair vape dadah ini sememangnya wujud dan berleluasa dalam negara kita.
Risiko besar kepada remaja, budak sekolah
Perkara ini amat membimbangkan kerana proses jual beli flavour vape khayal ini boleh melibatkan sesiapa sahaja termasuklah remaja yang masih bersekolah.
Ini kerana, penjual biasanya tidak akan bertanyakan mengenai umur bakal pembeli.
Lebih merisaukan, memandangkan cecair dadah ini menyerupai cecair vape yang biasa kita lihat, maka golongan remaja boleh menghisapnya secara terbuka di tempat-tempat awam. Mereka juga akan berkongsi penggunaan vape ini bersama rakan-rakan bagi merasai flavour baru.

Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau anak jagaan mereka agar tidak terjebak dengan perkara-perkara seperti ini. Hal ini kerana ia boleh merosakkan masa hadapan mereka kelak.
Jika anak sudah mula ketagih kepada vape dadah ini, maka lambat-laun ia akan menjejaskan kesihatan dan menyusahkan ahli keluarga yang lain.
Flavour vape khayal rosakkan kesihatan, masa hadapan
Tidak kira sama ada remaja atau orang dewasa, anda sebaiknya perlu menghentikan tabiat menghisap vape kerana ia tidak memberikan manfaat kepada kesihatan.
Apatah lagi jika anda menghisap perisa yang berisi dadah, ia akan menyebabkan ketagihan dan lebih memudaratkan.
Buat ibu bapa di luar sana, perhatikan anak anda setiap masa dan cegahlah sebelum terlambat.
Semak setiap flavour vape yang anak anda beli, atau dengar segala perbualan anak anda dengan rakan mereka mengenai penggunaan vape atau pembelian flavour vape tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen