backup og meta

Bertarung Nyawa Disebabkan Ketagihan Vaping

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

    Bertarung Nyawa Disebabkan Ketagihan Vaping

    Anda rasa vape itu selamat? Yakin ke? Bagaimana pula kalau kerana ketagihan vaping boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa? Masih ingin ber-vape?

    Keadaan kritikal

    Akibat ketagihan menghisap vape dengan cecair perasa donut mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, terpaksa bertarung nyawa. Kejadian yang menimpa Zane Martin ini berlaku di Loma Linda, California.

    Menurut laporan, remaja tersebut dimasukkan ke Loma Linda Children’s Hospital, di California untuk tempoh hampir sebulan dan menghabiskan masa selama tiga minggu di bawah unit rawatan intensif (ICU). Semasa di dalam ICU, dia diletakkan dalam keadaan koma melalui perubatan akibat mengalami masalah kesukaran untuk bernafas.

    Zane pada mula berdepan dengan simptom sesak dan kesukaran untuk bernafas. Tetapi gejala yang dihadapinya semakin buruk dan memaksanya untuk ke hospital. Selepas dirawat menggunakan inhaler dan beberapa paracetamol, dia dibenarkan balik. Namun keesokan Zane tidak dapat untuk berdiri.

    Menurut doktor yang merawatnya, Dr Jui Shah, dia berada di ambang maut ketika dibawa ke hospital. Dan terpaksa menjalani pelbagai pembedahan serta dimasukkan tiub pernafasan untuk membantu memperbaiki keadaan paru-parunya

    Ketagihan vaping

    Ketika ditemu bual oleh sebuah program televisyen, Zane memberitahu bahawa dia mula menghisap vape bersama rakan-rakan ketika menghabiskan masa di sebuah taman skate. Namun akhirnya dia menjadi ketagihan vaping berikutan kepelbagaian perisa yang ditawarkan, yang mana perisa donut menjadi kegemaran utamanya.

    Rasanya kebanyakan individu lain yang ketagihan menghisap vape ini juga adalah disebabkan kepelbagaian perisa yang dirasakan sangat sedap dan menarik, bukan? Tetapi adakah vape selamat dari aspek kesihatan?

    Sebenarnya TIDAK. Ia sebenarnya sama bahayanya dengan menghisap rokok biasa.

    Bahaya vape

    Berikut dikongsikan antara kesan bahaya vape yang perlu anda ketahui:

    Ketagihan seperti rokok biasa. Ini kerana kedua-duanya mempunyai kandungan nikotin, jadi sudah tentu kesannya adalah sama. 

    Kesan buruk ke atas paru-paru. Vape tidaklah bermanfaat seperti yang disangka. Ini kerana ia turut memberi kesan buruk kepada paru-paru.

    Sukar berhenti merokok. Seperti yang dinyatakan di atas, vape turut mengandungi nikotin. Jadi jika rokok tidak dapat membantu anda berhenti, pastinya vape juga tidak boleh menolong anda untuk berhenti.

    Kesimpulannya

    Pilihan jalan yang terbaik jika anda ingin berhenti merokok, bukanlah dengan menghisap vape. Ia cuma akan membantu anda berubah daripada ketagihan merokok kepada ketagihan vaping. Sedangkan hakikatnya, kesihatan anda masih lagi akan terjejas. 

    Jadi jika anda ingin berhenti merokok, dapatkanlah bantuan yang sewajarnya. Dan sekiranya anda baru ingin mencuba vape, Hello Doktor sarankan untuk anda melupakan sahaja niat anda itu. Tiada kebaikan pun. 

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan