Berdasarkan kajian, terdapat lebih 40 bahan kimia dalam vape yang telah dikenal pasti. Sesetengah daripada bahan kimia tersebut adalah sangat berbahaya kepada kesihatan dan berupaya untuk dilepaskan ke udara sekeliling (risiko perokok pasif). Berikut merupakan 5 bahan kimia dalam vape yang mampu meningkatkan kadar kematian.
Asetaldehid
Kebanyakan cecair perisa terdiri daripada bahan berasaskan asetaldehid. Bila dicampur dengan bahan kimia lazim yang lain dalam cecair vape seperti propilena glikol, ia akan menyebabkan pembentukan kompaun asetal yang berupaya untuk menghasilkan kerengsaan di sepanjang saluran pernafasan. Susulan daripada itu, ia berupaya untuk menyebabkan keradangan. Pendedahan luaran juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada mata dan juga kulit. Pendedahan jangka masa lama boleh menyebabkan simptom-simptom mirip alkoholisme. Ia juga merupakan bahan karsinogen kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada DNA. Asetaldehid merupakan bahan yang banyak terkandung dalam penanggal cat. Di tempat kerja, kepekatan maksimum yang dibenarkan hanyalah setakat 50 ppm.