Ia mula meresahkan anggota masyarakat khususnya ibu bapa kerana vape ini dilihat boleh menarik perhatian remaja dan kanak-kanak untuk memilikinya. Malah, ia juga sudah tular di media sosial seperti TikTok yang banyak dikongsikan oleh pengguna TikTok yang lain.
Ada pengguna yang sanggup membeli vape harimau ini disebabkan ia comel walaupun mereka sendiri tidak menghisap vape.
Ramai pengguna media sosial berpendapat bahawa jika hal ini berterusan, maka ia boleh mempengaruhi orang ramai untuk membelinya dan secara perlahan-lahan cuba menghisap vape.
Penjualan vape seperti ini juga sudah lari daripada alasan yang sering diuar-uarkan oleh mereka yang terlibat dengan industri vape; untuk membantu golongan yang merokok berhenti merokok dan tidak dijual kepada kanak-kanak atau remaja.
Penjualan vape harimau ini dilihat seolah-olah mempromosikan tabiat vape kepada kanak-kanak, remaja atau mereka yang tidak merokok.
Jenis vape: Kesan vaping yang ibu bapa kena tahu

Buat ibu bapa di luar sana, anda mungkin perlu sentiasa memerhatikan anak-anak anda tidak kira lelaki mahupun perempuan kerana isu penggunaan vape ini tidak mengenal jantina.
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan antara kesan buruk yang mungkin boleh berlaku kepada anak anda jika mereka menghisap vape:
- Ketagihan disebabkan cecair perisa yang mengandungi nikotin
- Menggalakkan tabiat merokok
- Menyebabkan kecenderungan untuk mengalami keresahan dan kemurungan
- Mempunyai masalah tidur
- Pendedahan kepada bahan kimia penyebab kanser
- Bronkitis kronik
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen