Ramai antara kita pernah mengalami tekanan, tetapi tidak semua benar-benar memahami maksud stres dan kesannya terhadap kesihatan. Stres bukan sekadar rasa tertekan dari segi emosi—ia juga boleh menjejaskan fungsi badan, terutamanya sistem imun.
Ramai antara kita pernah mengalami tekanan, tetapi tidak semua benar-benar memahami maksud stres dan kesannya terhadap kesihatan. Stres bukan sekadar rasa tertekan dari segi emosi—ia juga boleh menjejaskan fungsi badan, terutamanya sistem imun.

Bila stres berpanjangan, tubuh jadi lebih mudah dijangkiti penyakit kerana pertahanan badan menjadi lemah. Justeru, penting untuk kita fahami hubungan antara emosi, tekanan dan kesihatan secara menyeluruh.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Apakah maksud tekanan? Dalam Bahasa Melayu, stres (atau tekanan) merujuk kepada:
Secara ringkas, maksud stres adalah keadaan apabila seseorang berasa tertekan, cemas atau terbeban akibat faktor luaran (seperti kerja, kewangan, masalah keluarga) atau dalaman (seperti kebimbangan atau pemikiran negatif).
Dalam konteks kesihatan, tekanan yang berpanjangan boleh mengganggu keseimbangan hormon dan melemahkan sistem imun. Malah keadaan itu boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh.
Dalam psikologi, maksud stres merujuk kepada tindak balas mental, emosi dan fizikal seseorang terhadap situasi yang dirasakan mencabar atau mengancam.
Ia bukan hanya berpunca daripada peristiwa tertentu, tetapi bergantung pada cara individu menilai dan bertindak balas terhadap tekanan tersebut.
Situasi atau peristiwa yang boleh mencetuskan stres, seperti tekanan kerja, masalah kewangan atau konflik peribadi.
Individu menilai sama ada situasi tersebut benar-benar mengancam dan sama ada mereka mampu mengatasinya. Inilah yang membezakan maksud stres bagi setiap individu.
Stres boleh menyebabkan perubahan dalam badan (seperti degupan jantung meningkat) dan emosi (seperti rasa cemas, marah atau kecewa).
Cara individu menguruskan stres, sama ada melalui cara sihat (senaman, meditasi, bercakap dengan seseorang) atau tidak sihat (mengelak masalah, makan berlebihan).
Berikut adalah punca-punca tekanan yang biasa dialami, sama ada oleh orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Punca stres boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

Bagaimana tekanan boleh jejaskan imun badan?
Apabila seseorang mengalami stres, tubuh akan menghasilkan hormon stres seperti kortisol dan adrenalin.
Dalam jangka pendek, hormon ini membantu tubuh bertindak balas terhadap ancaman. Namun, stres berpanjangan (kronik) boleh menyebabkan kesan negatif terhadap sistem imun.

Kortisol yang tinggi akan menekan fungsi sel imun, menjadikan tubuh lebih mudah dijangkiti penyakit seperti selesema, batuk atau jangkitan virus.
Luka atau penyakit yang sepatutnya cepat sembuh menjadi lambat pulih kerana sistem imun tidak berfungsi secara optimum.
Tekanan yang tidak terkawal dikaitkan dengan penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes dan juga masalah autoimun.
Tekanan boleh menjejaskan kesihatan usus, yang merupakan sebahagian penting dalam sistem imun tubuh.
Apabila tidur terganggu atau makan tidak menentu akibat tekanan, imun badan juga akan turut terjejas.
Terdapat beberapa teknik asas boleh digunakan untuk kedua-dua jenis stres, contohnya:

Cara asas mengatasi tekanan boleh digunakan untuk kedua-duanya. Namun jika anda mengalami stres psikologi yang lebih berat atau kronik, ia mungkin memerlukan pendekatan lebih mendalam seperti terapi profesional atau perubahan gaya hidup yang menyeluruh.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
29/08/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa