Anda tahu apa itu budaya kerja cemerlang?
Anda tahu apa itu budaya kerja cemerlang?

Budaya kerja cemerlang merujuk kepada sekumpulan nilai, sikap, dan amalan dalam sesebuah organisasi yang mendorong prestasi tinggi, inovasi serta kepuasan kerja dalam kalangan pekerja.
Tetapi di dalam dunia pekerjaan hari ini, ramai pekerja terperangkap dalam budaya kerja yang menuntut mereka hadir ke pejabat seawal mungkin dan pulang lewat malam.
Ada yang melakukannya untuk mengejar kejayaan, ada juga yang terpaksa kerana tekanan majikan dan persekitaran kerja.
Namun, adakah budaya ini benar-benar memberi manfaat, atau ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan kesan negatif kepada kesejahteraan pekerja?
Artikel ini akan membincangkan impak budaya bekerja berlebihan ini terhadap individu dan organisasi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Ramai yang beranggapan bahawa bekerja lebih lama bermaksud lebih banyak kerja dapat diselesaikan. Namun, kajian menunjukkan sebaliknya.
Kenapa kerja berlebihan tidak semestinya produktif?
Hal ini menyebabkan berlaku beberapa perkara seperti keletihan mental dan fizikal, kurang fokus dan kreativiti semasa bekerja dan macam-macam lagi.
Jika anda sudah lakukan banyak kerja di luar waktu kerja, maka akan berlakunya banyak kesilapan kerana anda tidak mampu untuk fokus.
Tambahan juga, anda perlukan masa untuk betulkan kesilapan tersebut.
Menurut kajian dari Harvard Business Review, pekerja yang bekerja terlalu lama cenderung untuk kehilangan daya kreativiti dan gagal membuat keputusan yang baik.
Budaya kerja cemerlang bermula daripada majikan itu sendiri dan diterapkan oleh pekerja di syarikat tersebut.
Bekerja tanpa batasan bukan sahaja menjejaskan prestasi kerja tetapi juga memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.

Tiada pekerja yang ingin ada masalah kesihatan disebabkan kerja. Kerja yang berlebihan akan menyebabkan stress melampau dan mempunyai risiko sakit jantung.
Selain itu, anda boleh mengalami keletihan melampau dan kurang tidur kerana overtime.
Hal ini kerana, anda tidak mempunyai kurang masa untuk berehat dan boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti insomnia dan tekanan darah tinggi.
Menurut World Health Organization (WHO), bekerja lebih daripada 55 jam seminggu meningkatkan risiko strok sebanyak 35%.
Bila seseorang bekerja terlalu lama, secara tidak langsung mereka mengorbankan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hal ini akan mengakibatkan hubungan di dalam keluarga semakin renggang dan tidak ada kasih sayang. Lebih-lebih lagi, jika kedua ibu bapa bekerja.
Selain itu, anda tidak mempunyai masa dan peluang untuk berjumpa dengan rakan atau jiran kerana mengutamakan soal pekerjaan.
Dari sini kita dapat melihat bahawa kualiti hidup semakin menurun kerana perkara asas di dalam hidup bermasyarakat tidak dapat dilakukan.
Adakah budaya kerja negatif ini disebabkan oleh pekerja sendiri, atau ia datang daripada tekanan majikan dan persekitaran kerja?
Tekanan daripada majikan: Sesetengah majikan mengukur prestasi pekerja berdasarkan jumlah masa yang mereka habiskan di pejabat, bukan berdasarkan hasil kerja.
Persaingan di tempat kerja: Ada pekerja yang merasa terpaksa bekerja lebih lama untuk bersaing dengan rakan sekerja dan membuktikan diri mereka kepada majikan.
Takut diberhentikan kerja: Dalam ekonomi yang tidak menentu, ramai pekerja sanggup bekerja lebih masa kerana takut kehilangan pekerjaan.
Bagi mengubah budaya kerja lebih masa, pekerja dan majikan perlu bekerjasama dalam mencari keseimbangan yang lebih baik antara kerja dan kehidupan peribadi.
Jangan bawa kerja balik ke rumah atau bekerja di luar waktu pejabat kecuali benar-benar perlu.
Belajar untuk mengurus masa dengan lebih baik dan fokus kepada kerja yang paling penting.
Jika sesuatu tugasan di luar kapasiti atau waktu kerja anda, nyatakan dengan jelas.

Nilai pekerja berdasarkan prestasi mereka, bukan jumlah masa yang mereka habiskan di pejabat.
Tidak menjadi masalah untuk majikan benarkan pekerja bekerja atau work-from-home (WFH) dari rumah atau menguruskan masa kerja mereka. Kerana ia boleh meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan.
Budaya di Malaysia yang masih terbiasa dengan kerja di pejabat. Tetapi tidak menjadi masalah untuk amalkan budaya baru yang boleh menyenangkan kedua belah pihak.
Wujudkan persekitaran kerja yang mengutamakan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.
Jika pekerja anda tidak seronok untuk bekerja, ini akan mengakibatkan mereka berhenti kerja disebabkan tidak mempunyai work life balance.
Budaya pergi kerja awal dan balik kerja lambat mungkin nampak seperti tanda dedikasi dan komitmen, tetapi ia sebenarnya membawa lebih banyak kesan negatif daripada positif.
Daripada mengorbankan kesihatan, hubungan peribadi, dan kebahagiaan diri, lebih baik kita mencari keseimbangan yang lebih baik antara kerja dan kehidupan.
Budaya kerja cemerlang wajar diamalkan demi kesihatan mental dan fizikal kerana ia jauh lebih berharga daripada sekadar menghabiskan masa yang panjang di pejabat tanpa hasil yang berkualiti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Long working hours increasing deaths from heart disease and stroke: WHO, ILO https://www.who.int/news/item/17-05-2021-long-working-hours-increasing-deaths-from-heart-disease-and-stroke-who-ilo. Diakses pada 27 Mac 2025
Versi Terbaru
27/01/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor