Gangguan seksual di tempat kerja merupakan isu yang sangat serius tidak kira lelaki atau wanita!
Gangguan seksual di tempat kerja merupakan isu yang sangat serius tidak kira lelaki atau wanita!

Walaupun isu ini lebih kerap dibincangkan dalam konteks pekerja wanita, hakikatnya ramai pekerja lelaki turut menjadi mangsa pelecehan seksual di pejabat.
Gangguan seksual terhadap pekerja lelaki boleh melibatkan pelbagai bentuk, termasuklah gangguan secara verbal, sentuhan yang tidak diingini atau menerima sebarang komen yang menjatuhkan maruah.
Bagi mereka yang mengalami diskriminasi gender dalam dunia pekerjaan, ia boleh menjejaskan produktiviti dan memberi kesan mendalam kepada kesihatan mental dan emosi mangsa.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai gangguan seksual dalam dunia pekerjaan bagi kaum Adam serta langkah untuk menanganinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah mangsa gangguan seksual meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2023, sebanyak 135 mangsa gangguan seksual adalah lelaki dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,361.
Dalam pada itu, seramai 9.8 peratus lelaki dan 20.9 peratus wanita melaporkan mengalami gangguan seksual secara dalam talian.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Economic Times, 29 hingga 43 peratus lelaki mendedahkan mereka pernah diganggu secara seksual oleh rakan sekerja wanita.
Bagaimanapun, pakar mempercayai jumlah kes gangguan seksual di tempat kerja yang berlaku terhadap kaum Adam sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan.
Malah, kebanyakan lelaki tidak melaporkan isu diskriminasi gender di tempat kerja kerana tidak faham atau memilih untuk tidak mengendahkannya.
Mereka beranggapan, gangguan seksual di tempat kerja hanya akan dipandang serius sekiranya wanita merupakan mangsa.
Antara contoh gangguan seksual dalam dunia pekerjaan
Sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Antaranya:
Pastikan ada jarak dengan rakan sekerja. Bercakaplah dengan mereka secara profesional dan elakkan bercerita mengenai hal-hal peribadi.
Sikap tegas dalam menjaga batasan diri boleh membantu kaum Adam menghindari situasi yang boleh disalah tafsir oleh pihak lain.
Elakkan berada di tempat yang tertutup atau berdua-duaan dengan rakan sekerja, terutamanya jika pertemuan itu tidak perlu sekiranya menghadapi pelecehan seksual di pejabat.
Sebaliknya, lakukan perbincangan di tempat terbuka atau kawasan yang lebih selamat seperti bilik mesyuarat dengan pintu terbuka.

Jika ada perlakuan atau sebarang percakapan yang berbaur lucah atau dirasakan tidak perlu, cepat-cepatlah laporkan tentangnya kepada pihak berkuasa.
Jangan takut untuk bersuara. Nyatakan secara tegas bahawa tingkah laku tersebut membuatkan anda rasa tidak selesa.
Jika anda diganggu dengan kerap, simpan bukti seperti mesej atau e-mel yang berkaitan.
Sekiranya keadaan semakin serius, rujuk kepada pihak pengurusan atau jabatan sumber manusia untuk mendapatkan bantuan.
Prosedur ini penting agar tindakan lanjut dapat diambil terhadap pemangsa.
Tidak kiralah sama ada anda lelaki atau wanita, berwaspadalah ketika berada di tempat kerja. Sekiranya ada rakan yang alami situasi serupa, berilah sokongan supaya mereka terus kuat.
Dengan menjaga batasan, bertindak tegas dan bersikap waspada, lelaki dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Secara keseluruhannya, lelaki dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual dengan menjaga batasan peribadi dan elak berdua-duaan di tempat tertutup.
Jangan lupa, bertindaklah segera apabila merasa tidak selesa dan laporkan sebarang insiden gangguan yang berlaku kepada pihak yang berkaitan.
Berwaspadalah dengan keadaan sekeliling. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa pelecehan seksual di pejabat, tidak kiralah lelaki atau wanita.
Langkah-langkah ini dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan profesional bagi semua sekaligus menjada kebajikan pekerja lelaki.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Laws Related to Sexual Harassment. https://www.wccpenang.org/sexual-harassment-laws-in-malaysia/. Diakses pada 12 November, 2024.
Versi Terbaru
15/11/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor