home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Lukisan Dan Contengan Satu Bentuk Komunikasi & Bimbingan Penting Selain ABC Yang Penting!

Lukisan Dan Contengan Satu Bentuk Komunikasi & Bimbingan Penting Selain ABC Yang Penting!

Penulis yakin, semasa kita masih kecil, setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi.

Ada penulisan berbentuk surat rasmi, surat tidak rasmi, perbualan dan pelbagai lagi format penulisan yang lain. Kesemuanya diajar seawal kita masih di bangku sekolah rendah, dan kemahiran penulisan tersebut diasah dengan lebih tajam setibanya di sekolah menengah.

Adakah gaya penulisan menggunakan pen atau pensil tersebut merupakan satu-satunya cara berkomunikasi yang diajar semasa berada di sekolah? Atau terdapat kaedah komunikasi lain selain penulisan tersebut?

Lukisan dan contengan juga adalah bentuk komunikasi

Sekumpulan penyelidik daripada Michigan State University, Amerika Syarikat berpendapat, pengajaran penulisan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak perlu lebih daripada sekadar penulisan berasaskan format tertentu atau dengan menggunakan alatan tertentu seperti pensel.

Ia perlu lebih daripada ruang lingkup tersebut.

Mereka mendapati, guru-guru di tadika kurang menggalakkan ‘penulisan’ untuk tujuan berkomunikasi, sebaliknya hanya sekadar penulisan semata-mata.

Menurut Hope Gerde, pensyarah di Jabatan Pembangunan Manusia dan Kajian Keluarga, setiap kanak-kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri.

Menurut beliau, setiap guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan idea mereka dengan menggunakan apa sahaja jenis ‘penulisan’ yang mereka boleh hasilkan atau gemari.

Ini termasuklah cara ‘penulisan’ atau komunikasi melalui lukisan atau contengan.

Terdapat hanya sedikit kajian berkenaan bagaimana guru-guru tadika melihat penulisan pada pendidikan awal kanak-kanak, termasuklah minat dan keseronokan kanak-kanak tersebut.

Amat penting untuk memahami pendapat guru memandangkan pendapat mereka akan mempengaruhi segala arahan pengajaran.

Tambahan lagi, menggunakan penulisan sebagai salah satu alat komunikasi adalah cara yang berkesan untuk menguatkan kemahiran menulis pada umur yang masih muda. Ia sememangnya akan meningkatkan kejayaan akademik kanak-kanak tersebut.

Kurang bimbingan kepada kanak-kanak

Kajian mendapati, sokongan persekitaran seperti ruangan menulis yang telah ditetapkan diwujudkan dalam 94% daripada keseluruhan bilik darjah.

Walau bagaimanapun, terdapat perbincangan yang terhad berkenaan bagaimana kanak-kanak diajar untuk menggunakan bahan yang disediakan.

Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mendapati, secara umumnya guru-guru tadika bersetuju bahawa kanak-kanak menyukai aktiviti penulisan.

Walau bagaimanapun, guru-guru turut menyatakan bahawa terdapat kekurangan daripada segi bimbingan mengenai bagaimana untuk mengajar kanak-kanak tersebut menulis, walaupun mempunyai kurikulum yang telah ditetapkan.

Mungkin selepas ini, terdapat sedikit kebebasan untuk kanak-kanak mengekspresikan cara komunikasi mereka dengan menggunakan cara yang lain tanpa meninggalkan konsep penulisan sedia ada.

Ia bertindak sebagai langkah penambahbaikan kepada konsep sedia ada yang terlalu terhad. Selain itu, guru-guru juga perlu membimbing kanak-kanak bagaimana untuk menggunakan alatan dalam bilik darjah agar mereka dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191029131500.htm

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 31/10/2019
x