backup og meta

Kena Masuk Pejabat Balik? Lakukan 9 Perkara Ini Sebagai Langkah Berwaspada

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    Kena Masuk Pejabat Balik? Lakukan 9 Perkara Ini Sebagai Langkah Berwaspada

    Setelah sekian lama bekerja dari rumah (WFH), kini anda perlu kembali ke pejabat? Jom ketahui apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk kembali bekerja setelah COVID.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kembali bekerja setelah COVID: Senarai semak 

    Masuk ke pejabat kembali semasa pandemik COVID-19 tidaklah semudah seperti pembukaan pejabat dalam situasi biasa.

    Wabak COVID-19 telah menciptakan beberapa cabaran baharu dan antaranya apabila ingin kembali bekerja seperti biasa.

    Umumnya, terdapat beberapa garis panduan dan amalan baharu yang harus diikuti untuk memastikan ruang pejabat selamat buat semua individu.

    Berikut 5 perkara utama yang boleh dijadikan panduan bagi menjadikan tempat kerja lebih selamat:

    1. Mengenal pasti bahagian berisiko apabila perlu kembali bekerja setelah COVID 

    Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah untuk mengenal pasti kawasan dan bahagian yang berisiko berlaku pendedahan dan jangkitan COVID-19.

    Antara langkah keselamatan paling biasa yang disarankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) adalah untuk memastikan pemakaian penutup muka, melakukan penjarakan fizikal serta mempertingkatkan prosedur pembersihan dan pembasmian kuman di tempat kerja.

    Panduan CDC juga mengesyorkan untuk mempertingkatkan pengudaraan dan penapisan udara serta menyediakan peralatan perlindungan diri berdasarkan pendedahan risiko pekerja. 

    CDC turut mencadangkan untuk mengurangkan titik sentuhan dengan memasang lampu yang boleh beroperasi dengan sensor dan memasang pintu yang tidak perlu disentuh tangan.

    kembali bekerja setelah covid

    2. Periksa ruang kerja

    Anda juga disarankan untuk menilai ruang kemudahan di dalam pejabat bagi memastikan setiap individu yang akan masuk bekerja selamat daripada wabak COVID-19.

    Hadkan kapasiti individu pada ruangan stesen kerja dan juga kawasan umum.

    Antara strategi yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan penyusunan semula tempat duduk dan perabot di tempat umum seperti di pantri, bilik mesyuarat, mahupun bilik persalinan dengan cara yang membolehkan penjarakan fizikal berlaku.

    Aliran bagi penggunaan tangga boleh diselaraskan dengan menetapkan ruang tangga untuk naik dan turun serta memisahkan pintu sebagai pintu masuk dan keluar.

    Untuk mengelakkan melebihi kapasiti yang dibenarkan di dalam pejabat, gunakan jadual penggiliran bagi membolehkan pekerja bergilir-gilir bekerja di pejabat atau dari rumah, sekiranya boleh.

    4. Pertingkatkan komunikasi

    Komunikasi sangat penting dalam sesebuah institusi pekerjaan. Jika dahulu semasa WFH, segala perbincangan dilakukan secara virtual, bagaimana pula setelah kembali ke pejabat?

    kembali bekerja setelah covid

    Sebaiknya perjumpaan dan perbincangan secara virtual diteruskan walaupun berada dalam pejabat yang sama. Ini membolehkan pendedahan kepada wabak dikawal sebaiknya.

    5. Pergi dan balik kerja

    Anda harus mengikuti nasihat kesihatan awam dan mematuhi garis panduan penjarakan fizikal jika menggunakan kenderaan persendirian apabila kembali bekerja setelah COVID.

    Sekiranya berkongsi kenderaan dengan rakan sekerja, pemakaian penutup muka amat digalakkan. 

    Manakala, bagi penggunaan pengangkutan awam, sentiasa patuhi garis panduan penjarakan fizikal dan memakai penutup muka.

    Baca juga:

    Tip kembali bekerja setelah COVID  

    Berikut pula adalah senarai perkara asas yang perlu dilakukan apabila ingin kembali masuk ke pejabat:

    Berikan masa secukupnya untuk diri

    Tetapkan jam penggera lebih awal daripada keadaan biasa sebelum penularan wabak COVID-19. Ini kerana semua yang anda lakukan mungkin mengambil masa lebih lama.

    Contohnya, jika anda menggunakan pengangkutan awam , sekatan atau had jumlah pengguna mungkin akan menyebabkan perjalanan anda ke tempat kerja mengambil masa lebih lama.

    Kembali bekerja setelah COVID #Pemeriksaan suhu diri

    Pastikan anda mengambil bacaan suhu badan sebelum masuk kerja setiap hari.

    Demam panas adalah simptom utama COVID-19, jadi pemeriksaan yang dilakukan mungkin akan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain. 

    Sebaiknya, jangan hadir ke tempat kerja dalam apa jua keadaan sekiranya mempunyai sebarang simptom COVID-19. Lakukan pengasingan diri dan ujian kendiri COVID-19 secepat mungkin.

    Maklumkan kepada majikan sekiranya anda percaya ia adalah langkah yang selamat untuk tidak hadir ke pejabat sekiranya akan mengakibatkan mudarat kepada individu lain.

    Hadkan pendedahan dengan rakan sekerja

    Jauhkan daripada berkumpul beramai-ramai semasa wabak COVID-19. Anda boleh menelefon atau membuat panggilan video walaupun berada dalam bangunan yang sama dengan anda.

    Kerapkan membasuh tangan dan menggunakan gel pembersih tangan.

    kembali bekerja setelah covid

    Sediakan bekal makanan sendiri jika kembali bekerja setelah COVID

    Membawa bekalan makanan dan minuman sendiri ke tempat kerja akan membantu menghindari diri daripada perlu berada di persekitaran sesak semasa waktu rehat. Anda juga tidak perlu menunggu dan beratur atau duduk di meja yang sibuk.

    Jangan lupa untuk membawa kutleri sendiri, bekas makanan dan juga minuman. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!

    Sekiranya anda adalah antara individu yang perlu masuk ke pejabat selepas COVID-19, perkara paling utama adalah untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan