backup og meta

Tonton Cerita Seram Boleh Bantu Kawal KEGELISAHAN, Fakta Atau Mitos?

Tonton Cerita Seram Boleh Bantu Kawal KEGELISAHAN, Fakta Atau Mitos?

Setiap kali penulis pergi menonton cerita seram di panggung wayang, penulis mesti akan bawa sweater ekstra sekali. Bukan sebab dalam dewan itu terlalu sejuk, tapi sebab penulis mahu guna ia untuk menutup muka apabila sampai adegan jump scare yang boleh menggugurkan jantung dan iman penulis.

Dalam pada itu, ada kajian yang mengatakan tonton cerita seram boleh bantu kawal kegelisahan. Adakah penyataan ini betul atau sekadar mitos dan plasebo semata-mata? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya!

Cerita seram & kegelisahan

Mengikut pemikiran logik akal, sudah pasti aktiviti menonton cerita seram akan mengundang rasa takut, cemas dan gelisah. Namun, ia sama sekali jauh berbeza dengan pandangan sains. Ada kajian yang mengatakan bahawa menonton cerita bergenre seram atau hantu sebenarnya boleh membantu pesakit yang mengalami kegelisahan!

Menurut portal berita antarabangsa, HuffPost, penderita kegelisahan cenderung menjadikan aktiviti menonton cerita seram ini sebagai satu hobi atau terapi. Menurut mereka, aktiviti ini adalah salah satu cara yang boleh bantu kawal kegelisahan yang dialami oleh mereka. Persoalannya, bagaimana aktiviti ini boleh membantu?

Berikut merupakan keterangan pakar.

Ia adalah ‘gangguan’ yang membantu

Menurut Jocelyn McDonnel yang merupakan seorang ahli terapi dari The Family Institute at Northwestern University, penderita kegelisahan cenderung merisaukan perkara berkenaan pekerjaan, perhubungan, kesihatan, kewangan dan macam-macam lagi. Jadi, fokus mereka perlu ditempatkan pada perkara yang lain.

Oleh itu, aktiviti menonton cerita seram ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah kegelisahan untuk memfokuskan minda mereka terhadap perkara yang lain.

Kenyataan ini disokong oleh seorang lagi pakar terapi dari Washington, Alicia Clark yang juga merupakan pengarang buku “Hack Your Anxiety”. Menurut beliau, aktiviti menonton cerita seram boleh ‘mengalihkan’ kegelisahan yang dialami kepada sesuatu yang akan menyebabkan mereka kekal fokus. Wah! menarik, bukan?

cerita seram

Ia akan membuat kegelisahan tampak normal

Bagi kebanyakan penderita kegelisahan, aktiviti menonton cerita seram adalah salah satu cara untuk mengesahkan bahawa ketakutan atau kerisauan itu adalah satu perkara yang normal buat orang lain. Jadi, ia akan membuat mereka berasa seperti orang yang normal.

“Dengan menonton cerita horror atau thriller, individu dengan kegelisahan boleh mengesahkan bahawa dunia ini memang tempat yang bahaya. Disebabkan itu, tidak salah untuk mereka berasa takut, risau dan gelisah”, jelas Elias Aboujaoude, profesor dari Stanford University.

Dalam erti kata yang lebih mudah, penderita kegelisahan dapat beranggapan bahawa perasaan yang dialami adalah sesuatu yang normal dan sebenarnya turut dirasai oleh orang lain. Jadi, tidaklah mereka berasa bahawa mereka adalah berseorangan sahaja yang mengalaminya!

Ia membantu penderita mengawal kegelisahan

Keith Humphrey yang juga merupakan profesor dari Stanford University menjelaskan bahawa aktiviti menonton cerita seram ‘membenarkan’ individu dengan kegelisahan untuk ‘menyalurkan’ kegelisahan yang sering dialami itu ketika menonton cerita seram dengan lebih terkawal. 

Dalam pada itu, beliau turut memberi analogi di mana dalam cerita seram atau apa-apa genre cerita watak antagonis akan tewas di penghujung cerita. Jadi, penderita kegelisahan boleh menyimpulkan bahawa segalanya sebenarnya boleh dikawal, dibendung atau ‘ditewaskan’.

Maka, mereka yang mengalami kegelisahan mungkin akan berasa bahawa penyakit yang dialami mereka sebenarnya berpeluang untuk sembuh sekiranya ia berjaya dikawal dengan baik.

cerita seram

Ia adalah satu terapi yang merelakskan

Menurut McDonnell, menonton cerita seram sangat membantu dalam melegakan ketegangan dan perasaan tidak selesa – sesuatu yang kebanyakan penderita kegelisahan akan alami.

Jadi, aktiviti ini akan mengajar seseorang itu cara menghadapi ancaman, tekanan atau kegelisahan yang sebenarnya tidak seteruk mana dan hanya diperbesarkan oleh penderitanya. 

Kajian Universiti of Westminster pada 2012 menyokong dakwaan ini dengan menyatakan bahawa menonton cerita seram akan menyebabkan adrenalin meningkat semasa tiba babak yang mengerikan.

Oleh itu, ia akan membiasakan penderita dengan perasaan ini dan mungkin akan membantu mereka untuk mengawal kegelisahan yang akan dialami kelak.

Namun, ia bukanlah satu hobi atau terapi yang berkesan buat kesemua penderita kegelisahan. Ada dalam kalangan mereka ini yang tidak mampu menahan perasaan gelisah mereka sewaktu menonton cerita sebegini lantas menerukkan lagi keadaannya.

Jadi, ia bukanlah satu penyelesaian yang boleh digunakan oleh semua orang. Sebaiknya, penderita kegelisahan atau sebarang penyakit mental haruslah mencari rawatan atau ubatan dari doktor pakar yang benar-benar tahu keadaan anda. Namun, tidak salah untuk mencuba terlebih dahulu bukan?

Konklusi

Kesimpulannya, ramai pakar yang menyatakan bahawa tonton cerita seram mungkin bermanfaat buat individu yang ada mengalami masalah kegelisahan.

Jadi, jika anda mempunyai masalah yang sama, mungkin boleh cuba jadikan ini sebagai satu hobi dan terapi buat anda. Cuma, pastikan anda telah dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dulu ya?

Buat peminat horror movie di luar sana, penulis ada tip penting buat anda. Bawa sweater ekstra. Ia sangat berguna untuk tutup muka anda bila tiba babak jump scare nanti!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.huffpost.com/entry/anxiety-love-watching-horror-movies_l_5d277587e4b02a5a5d57b59e

Versi Terbaru

27/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kalau Kena Serangan Anxiety Tiba-Tiba, Boleh Buat 7 Teknik Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

5 Mitos Biasa Dengar Tentang Ubat Anxiety, Boleh Percaya Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan