Bagaimana Otak Melawan Ketakutan yang Kembali Hadir dalam Memori Kita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekumpulan saintis saraf (neuroscientists) di University of Texas at Austin telah menemui sekumpulan sel di dalam otak yang bertanggungjawab apabila memori yang menakutkan muncul semula tanpa diduga. Penemuan terbaharu ini boleh membawa kepada cadangan baharu mengenai bila dan sekerap mana terapi-terapi tertentu digunakan untuk rawatan berkaitan kebimbangan, fobia dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience pada 1 April 2019 menyatakan bahawa, para penyelidik mengenal pasti “neuron kepupusan” yang menekan memori yang menakutkan apabila neuron tersebut diaktifkan atau membenarkan memori yang menakutkan untuk kembali apabila ianya tidak diaktifkan. Menurut Michael Drew, pengarang utama kajian dan juga pensyarah neurosains, terdapat kejadian kekerapan ketakutan yang berulang, tetapi para penyelidik sebelum ini hanya mengetahui dengan sedikit bagaimana mekanisme ketakutan itu berlaku. Kajian seperti ini dapat membantu kita memahami potensi penyebab gangguan, seperti kebimbangan dan PTSD, dan kajian seperti ini juga dapat membantu kita memahami rawatan yang berpotensi untuk digunakan.

Salah satu kejutan semasa Drew dan rakan penyelidik menjalankan kajian ini adalah, menemui sel otak yang menekan memori ketakutan tersembunyi di dalam hippocampus. Kebiasaannya, saintis mengaitkan ketakutan dengan bahagian lain otak iaitu amygdala. Hippocampus berfungsi untuk pelbagai aspek-aspek memori dan navigasi spatial, turut memainkan peranan penting dalam kontekstualisasi ketakutan. Penemuan ini dapat membantu menjelaskan mengapa salah satu cara utama untuk merawat gangguan berasaskan ketakutan iaitu terapi pendedahan, kadangkala tidak berfungsi. Terapi pendedahan menggalakkan pembentukan memori keselamatan baharu yang dapat mengatasi memori ketakutan asal. Sebagai contoh, jika seseorang menjadi takut kepada labah-labah selepas digigit oleh labah-labah, dia mungkin menjalani terapi pendedahan dengan membiarkan labah-labah yang tidak berbahaya merangkak di atas bahagian tubuhnya. Memori yang selamat dipanggil “memori kepupusan”.

Menurut Drew, “kepupusan” tidak memadamkan memori ketakutan yang asal tetapi sebaliknya mewujudkan memori baharu yang menghalang atau bersaing dengan ketakutan yang asal. Kajian tersebut menunjukkan bahawa hippocampus menghasilkan kesan ingatan berkaitan ketakutan dan “kepupusan”, dan persaingan antara jejak hippocampal ini menentukan sama ada ketakutan tersebut ditunjukkan atau ditahan.

Para saintis dapat mengaktifkan rasa takut dan menekan memori jejak kepupusan secara buatan dengan menggunakan alat yang dipanggil optogenetics untuk menghidupkan dan mematikan neuron-neuron kepupusan. Menekan neuron-neuron kepupusan ini secara buatan menyebabkan ketakutan berulang manakala merangsangnya boleh mencegah ketakutan berulang, dan eksperimen ini mendedahkan ruang potensi untuk menghalang ketakutan maladaptive dan mencegahnya daripada berulang.

Penemuan neuron-neuron ini secara tidak langsung boleh memberi idea kepada pembentukan dan pembaharuan terapi-terapi yang lebih berkesan dalam merawat masalah yang berkaitan dengan ketakutan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Cara Mengendalikan Kemarahan Dan Ketakutan Berkaitan Gangguan Tekanan Selepas Trauma

Bantu Anak Melawan Ketakutan

Ketakutan Menyebabkan Gangguan Panik?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Saluran Usus & Otak Saling Berkaitan? Ini 4 Keadaan PATUT Anda Tahu

    Pernah dengan peribahasa ‘have butterflies in the stomach’? Apa kaitan rasa gemuruh dengan perut? Fahami kaitan antara kesihatan usus dan keadaan otak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Oleh itu, elak daripada melakukan 9 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Habit Sihat 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    struktur otak

    Bagaimana Perubahan Otak Berlaku Seiring Dengan Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    kepentingan tidur untuk kesihatan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan