Bagi sesetengah wanita, menyolek dan mengubah penampilan wajah mereka adalah sumber kebahagiaan. Mereka gemar menggunakan barang makeup agar kelihatan lebih cantik dan lebih yakin. Tetapi, tidak semua produk solekan meletakkan label tarikh luputnya.
Bagi sesetengah wanita, menyolek dan mengubah penampilan wajah mereka adalah sumber kebahagiaan. Mereka gemar menggunakan barang makeup agar kelihatan lebih cantik dan lebih yakin. Tetapi, tidak semua produk solekan meletakkan label tarikh luputnya.

Ini membuatkan anda perlu memberi perhatian lebih untuk menentukan masa untuk membuang dan menggantikan produk anda. Ini juga bergantung kepada cara penyimpanan solekan dan sama ada ia mempunyai kesan sampingan atau jangkitan apabila digunakan. Berikut senarai barang makeup yang lengkap dan tempoh expired sesuatu barang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sinia.
Buat pengetahuan anda, maskara adalah barang makeup perempuan yang paling mudah mempunyai bakteria. Jadi, anda perlu buang maskara anda selepas empat bulan penggunaan atau apabila terdapat bau seperti petrol yang ketara.
Dalam sesetengah kes, sekiranya maskara kering sebelum 90 hari, jangan menambah air untuk melembapkannya kerana ini boleh meningkatkan bakteria pada maskara yang menyebabkan kerengsaan seperti kemerahan, gatal-gatal, atau dan ketumbit. Lebih baik anda membuang semua solekan mata dan bekasnya sebelum bakteria tersebar keluar dan semakin teruk!

Sekiranya bedak tersebut mengandungi ekstrak botani seperti ekstrak teh hijau, lidah buaya, chamomile, ia mungkin berisiko untuk pertumbuhan bakteria jika anda membiarkannya terbuka dalam suhu lembap seperti bilik mandi.
Perhatikan apabila ia mempunyai perubahan warna dan bau aneh. Hal ini kerana, bedak muka boleh bertahan selama 2 tahun.
Bakteria suka produk berasaskan air. Sebaik sahaja penutup bedak asas dibuka, ia boleh bertahan selama setahun. Jangan celup jari anda ke dalam botol bedak asas cecair, jauhkan daripada persekitaran haba dan lembap. Haba boleh mempercepat pertumbuhan parasit dan mengubah bau atau warna yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Conceler ialah barang makeup yang berfungsi sebagai menutup cela di kawasan muka. Anda perlu membuang concealer anda apabila terdapat perubahan warna .Concealer dalam bentuk batang dan serbuk boleh bertahan selama dua tahun.
Solekan sederhana boleh dicantikkan lagi dengan penggunaan sedikit eyeliner, sama ada pensil atau cecair. Ramai wanita didapati bersalah apabila tinjauan menunjukkan bahawa eyeliner harus diganti setiap tiga bulan, kecuali eyeliner pensil.
Walau bagaimanapun, demi mata anda, menjaga mereka lebih lama dapat menyebarkan lebih banyak bakteria dan mengalami kerengsaan berdekatan bahagian sensitif mata anda.
Kes konjunktivitis, kegatalan dan kemerahan yang teruk, pasti akan mengganggu penglihatan anda dan beberapa aktiviti anda. Untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan seperti itu, tajamkan pensil sebelum menggunakannya.

Barang makeup ini adalah kegemaran gadis dan wanita. Gincu varian warna dan matte membolehkan anda menyesuaikannya dengan sebarang acara dan aktiviti harian. Kebanyakan wanita mempunyai sekitar tiga atau enam gincu selama lebih kurang tiga tahun.
Gincu tidak patut digunakan jika terdapat perubahan dalam tekstur dan tidak dapat menyebarkan pigmen pada bibir. Sementara lip-gloss akan terasa pelik jika digunakan selepas waktu luputnya. Gantikan gincu dan lipgloss anda sekali setahun. Hindari gincu yang dikongsi, terutamanya ketika anda sedang sakit, kerana bakteria berpotensi menyebarkan bahaya kepada sistem imun anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How long should you keep makeup? http://www.webmd.com/beauty/toss-makeup. Accessed August 24, 2016.
Does your makeup have a shelf life? How to know when your beauty products expire? http://www.allure.com/beauty-products/2010/how_to_know_when_your_beauty_products_expire#slide=1. Accessed August 24, 2016.
Versi Terbaru
09/02/2026
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor