Jangan mengasingkan diri
Adalah digalakkan untuk anda berkongsi tentang keadaan kesihatan anda dengan individu yang rapat dengan anda seperti keluarga, rakan atau ahli perubatan profesional atau komuniti setempat yang dapat menawarkan anda bantuan dan sokongan. Berkongsi bersama mereka yang anda percayai, menyokong dan tidak menghakimi.
Menyertai kumpulan sokongan
Kumpulan sokongan adalah pilihan yang terbaik kepada individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental. Terdapat pelbagai kumpulan sokongan, tetapi secara umumnya, kumpulan seperti ini bertujuan untuk membantu sekelompok individu bertemu dan berkongsi pengalaman dan mendapatkan galakan serta sokongan bersama.
Dapatkan bantuan di sekolah
Diskriminasi terdapat pelajar yang disebabkan masalah kesihatan mental adalah bertentangan dengan undang-undang. Tenaga pengajar di peringkat rendah, menengah mahupun kolej boleh memberikan bantuan yang terbaik kepada pelajar. Oleh itu, jangan takut mahupun risau untuk bercakap dengan guru, profesor atau pentadbir tentang kebimbangan anda.
Luahan terhadap stigma
Jika mempunyai kesempatan dan ruang, luahkan apa pendapat anda di dalam kumpulan sokongan, surat kepada editor, sebarang acara atau mungkin di platform media sosial. Ia boleh menggalakkan dan memberikan semangat kepada individu lain yang berdepan cabaran yang sama. Dalam masa yang sama, ia boleh meningkatkan kesedaran umum tentang penyakit kesihatan mental ini.
Penilaian terhadap seseorang individu atau situasi biasanya berlaku kerana kurang pemahaman dan fakta tentang apa yang berlaku. Belajar untuk menerima masalah yang dihadapi dan mengenal pasti apa yang anda perlukan untuk rawatan, mendapatkan sokongan dan membantu mendidik individu lain pastinya akan dapat memberikan impak perbezaan yang besar.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen