Gangguan Kegelisahan Bukan Sekadar Permainan Di Minda

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri

Apa yang anda faham mengenai gangguan kegelisahan? Jika anda sering mengalami dan memikirkan dialog seperti:

“Bagaimana sekiranya produktiviti saya menurun?”, “Bagaimana sekiranya apa yang saya katakan hanya sia-sia?”, “Bagaimana sekiranya saya gagal dalam ujian matematik?”

Soalan-soalan seperti “Bagaimana sekiranya” yang sering kita hadapi setiap hari adalah pencetus kepada kegelisahan. Kegelisahan adalah emosi manusia yang normal terhadap jangkaan ancaman yang berlaku pada masa hadapan. Kita mungkin berasa gelisah sebelum bermulanya peperiksaan, pembentangan atau acara-acara sosial. Ianya adalah respons semulajadi yang membantu kita untuk sentiasa berwaspada, memberi tumpuan dan bersedia untuk lakukan yang terbaik. Tetapi kegelisahan boleh menjadi melampau, sehingga mengganggu kehidupan kita apabila ianya berlebihan.

Terlalu banyak berfikir, kegelisahan tanpa sebab yang kuat adalah petanda gangguan kegelisahan. Manusia yang mengalami gangguan kegelisahan bergelut dengan emosi yang kuat dikenalpasti melalui pemikiran dan kegelisahan yang berulang dan berpanjangan serta perubahan fizikal seperti denyutan jantung yang laju serta peningkatan tekanan darah. Seseorang dengan gangguan kegelisahan mungkin akan mengelakkan diri daripada berada dalam situasi tertentu yang yang membuatkannya sentiasa berwaspada dan risau —yang mungkin sebenarnya tidak berlaku pun.

Jenis-jenis gangguan kegelisahan

Gangguan kegelisahan boleh dibahagikan kepada enam jenis utama. Ini termasuklah gangguan kebimbangan umum (GAD), gangguan panik, gangguan kegelisahan sosial, fobia tertentu, gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). GAD adalah gangguan kegelisahan yang paling biasa berlaku dimana penghidapnya bergelut dengan kegelisahan yang berpanjangan dan melampau, dan berasa bimbang mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, benda-benda dan situasi-situasi yang tidak khusus.

Kegelisahan mungkin akan melarat dalam bentuk serangan secara tiba-tiba. Serangan kegelisahan mempunyai ciri-ciri seakan sama dengan serangan jantung. Ianya berlaku secara tiba-tiba dengan simptom-simptom yang biasanya hanya wujud sekitar beberapa minit, atau dalam beberapa jam, tetapi ianya jarang berlaku. Serangannya akan memuncak sekitar 10 minit dan akan berkurangan secara berterusan. Seseorang akan berasa penat dan keletihan selepas serangan kegelisahan.

Mempunyai kegelisahan secara berterusan akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan kita yang ramai tidak sedari. Ini akan melibatkan perubahan dalam sistem pencernaan, risiko terkena jangkitan, perubahan dalam kardiovaskular, saluran pembuangan air kecil dan sistem pernafasan.

Rawatan untuk gangguan kegelisahan

Gangguan kegelisahan, sepertimana gangguan yang lain, adalah sesuatu yang harus dipelajari bagaimana untuk mengurus dan mengatasinya dengan bantuan serta sokongan yang sewajarnya.

“Sepertimana kita selalu menjaga seseorang yang penting dalam kehidupan kita, kita juga harus memastikan kita mengambil berat terhadap diri sendiri juga,” Ahli psikologi klinikal, Aina Nur Azmi menegaskan mengenai kepentingan menjaga keadaan diri sendiri.

“Oleh itu, berilah bantuan yang diperlukan oleh diri kita, maklumkan mengenai masalah kegelisahan kita dan dapatkan pertolongan secara profesional.”

“Kehidupan tidak akan sunyi daripada cabaran dan dugaan tetapi kita sentiasa boleh menguruskan, menyesuaikan dan menggunakan corak pemikiran yang lebih membantu dan positif,” tambah Aina lagi.

Tanpa mengira pandangan suram kehidupan yang mungkin dialami oleh penghidap, kegelisahan boleh diatasi melalui kesemua pilihan rawatan yang ada. Salah satu rawatan yang praktikal untuk gangguan kegelisahan adalah melalui Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT). Ianya membantu pesakit mengubah semula pemikiran-pemikiran negatif, mencabar kepercayaan teras mereka melalui sesi terapi secara individu. Kumpulan sokongan juga tersedia disamping bahan bacaan untuk bantuan diri sendiri seperti buku-buku. Walaupun simptom-simptom yang serius mungkin memerlukan ubat-ubatan, meditasi dan senaman atau latihan pernafasan panjang (deep breath exercise) juga boleh membantu kita untuk mengatasi simptom-simptom tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    DARI PAKAR Aina Nur Azmi

    Inspirasi Kecergasan daripada Alam

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     31.1% orang dewasa di seluruh dunia secara fizikalnya tidak aktif. Penurunan dalam aktiviti luar disebabkan oleh pembandaran, termasuklah kemajuan teknologi melalui ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    alam

    Cara Seronok untuk Kekal Sihat di luar Gimnasium dengan Rakan-rakan

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     “Saya terlalu sibuk untuk pergi ke gim”, “yuran terlalu mahal”, “Saya merasa takut dengan orang lain yang kelihatan sihat”. Pernahkah ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    sihat

    Menguruskan Beban Emosi Rawatan Kanser Payudara

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.     Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk merawat kanser payudara termasuklah melalui pembedahan, kemoterapi, terapi hormon dan radioterapi. Rawatan ini sering ...

    Ditulis oleh Aina Nur Azmi
    kanser

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Betul ke rasa gelisah boleh menjadi salah satu tanda nak period atau lebih dikenali sebagai sindrom pramenstruasi, PMS? Ikuti penjelasan lanjut mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 26/01/2021 . 4 minit bacaan

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Ada beberapa kaedah rawatan skizofrenia yang tersedia, termasuklah beberapa kaedah alternatif. Berikut adalah cara merawat skizofrenia yang telah terbukti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Isu Kesihatan Mental Lain, Kesihatan Mental 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Normal Untuk Rasa Gelisah, Tapi Apa Tanda Anda Mungkin Menghidap ‘Anxiety Disorder’?

    Rasa gelisah merupaan salah satu daripada perasaan yang normal bagi seorang manusia. Namun, ia boleh menjadi satu gangguan iaitu gangguan kegelisahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Orang GILA KERJA Ada Masalah Mental, Cuba Periksa Tanda-tanda Ini!

    Adakah anda tergolong dalam kalangan gila kerja? Bagi mengetahui jika anda seorang yang sibuk bekerja, kenalinya melalui tanda-tanda ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Mental, Ketagihan 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    serangan panik

    Ini 5 Mitos PALING POPULAR Mengenai Serangan Panik, Rupanya Ia Tidak Seperti Yang Disangka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
    gangguan cinta obsesif

    Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Kerap Marah-Marah Tanpa Sebab Dengan Pasangan? Anda Mungkin Alami Gangguan Personaliti Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
    serangan panik dan kegelisahan

    Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan