- Dehidrasi
Tidak cukup air dalam badan juga boleh jadi punca muka berkedut. Ini kerana badan yang tidak mendapat air yang secukupnya cenderung menyebabkan kulit kering. Keadaan ini sekali gus membuatkan kulit tidak dapat menjana sel-sel baru, akhirnya timbullah kedutan dan garis-garis penuaan di wajah.
- Tabiat tidak sihat
Merokok dan pengambilan alkohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Merokok akan menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan dan akhirnya mewujudkan garis-garis halus serta kedutan sekeliling mata dan bibir.
Manakala alkohol punca kulit kering dan seperti dikatakan tadi, kulit yang mengalami dehidrasi akan membuatkan wajah berkedut. Taraaaa…jadilah anda kelihatan tua sebelum masanya.
- Pemakanan
Aspek pemakanan juga penting untuk mengelakkan muka dari cepat berkedut. Amalkan diet pemakanan seimbang, kaya mineral dan vitamin. Jangan lupa untuk memakan sayuran dan buah-buahan setiap hari!
- Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada kewujudan kedutan di wajah. Kafein ini bukan hanya dalam kopi, malahan minuman lain seperti teh dan coklat juga mengandungi kafein, cuma jumlah kafein sahaja berbeza. Jadi berpada-padalah yer.
Kesimpulan
Sebenarnya, kedutan dan garis halus pada wajah boleh wujud dalam pelbagai cara bukan hanya dengan menonton wayang.
Faktor sekeliling seperti pencemaran udara juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Jadi cara yang terbaik adalah untuk memberikan perhatian yang secukupnya dalam aspek penjagaan diri secara menyeluruh. Sayangilah diri anda!
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: