backup og meta

Jangan Biarkan Anxiety Mengganggu Ibadah Ramadan, Cuba 5 Tip Ini Untuk Anda Kekal Tenang!

Jangan Biarkan Anxiety Mengganggu Ibadah Ramadan, Cuba 5 Tip Ini Untuk Anda Kekal Tenang!

Cara merawat anxiety tanpa ubat menjadi semakin penting, terutama bagi mereka yang menghadapi keresahan sepanjang Ramadan.

Bulan yang penuh ketenangan dan keberkatan ini kadang kala boleh menjadi sukar bagi individu yang sering mengalami keresahan akibat perubahan rutin dan tekanan ibadah yang mungkin membuatkan anxiety mereka semakin meningkat.

Jika anda mengalami masalah anxiety yang sukar dikawal, jangan risau! Ada cara merawat anxiety tanpa ubat yang boleh membantu anda menghadapi bulan mulia ini dengan lebih tenang dan lebih fokus untuk beribadah.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Ada ke cara merawat anxiety tanpa ubat ketika bulan Ramadan?

Setiap masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Terdapat beberapa cara cara merawat anxiety tanpa bergantung kepada ubat-ubatan dan berita baiknya, banyak daripada teknik ini masih boleh diamalkan meskipun selepas bulan yang suci ini.

Berikut adalah 5 cara merawat anxiety tanpa ubat yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan:

1. Fahami punca anxiety anda

Sebelum mencari penyelesaian, penting untuk memahami apa yang mencetuskan anxiety anda.

Adakah ia disebabkan oleh tekanan kerja, kurang tidur, atau perasaan takut tidak dapat memenuhi tanggungjawab Ramadan? Mengenalpasti punca anxiety akan membantu anda mencari strategi yang sesuai untuk menguruskannya.

Anxiety boleh berpunca daripada faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran termasuklah tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, atau bebanan tugas rumah tangga.

Faktor dalaman pula boleh melibatkan pemikiran negatif, trauma lampau, atau ketidakseimbangan hormon dalam badan. Jika anda dapat mengenal pasti punca sebenar keresahan anda, lebih mudah untuk mencari cara merawat anxiety attack dengan lebih berkesan.

Selain itu, cara merawat anxiety dengan mencatat perasaan dan pemikiran dalam jurnal boleh membantu anda mengenali corak keresahan yang dialami.

2. Amalkan teknik pernafasan dan relaksasi

cara merawat anxiety tanpa ubat
Teknik visualisasi berpanduan (guided imagery) dapat menenangkan minda.

Teknik pernafasan dalaman dapat membantu menenangkan minda dan mengurangkan rasa cemas. Anda boleh mencuba teknik pernafasan 4-7-8 berikut:

  • Tarik nafas selama 4 saat
  • Tahan nafas selama 7 saat
  • Hembus nafas perlahan-lahan selama 8 saat

Amalkan cara merawat anxiety tanpa ubat ini setiap hari, terutamanya sebelum tidur atau selepas berbuka, untuk menstabilkan emosi dan mengurangkan tekanan.

Selain teknik pernafasan 4-7-8, terdapat beberapa teknik relaksasi lain yang boleh dicuba, seperti meditasi dan guided imagery.

Cara merawat anxiety disorder ini melibatkan duduk atau berbaring dengan selesa sambil membayangkan diri anda berada di lokasi yang tenang seperti pantai, padang rumput, atau hutan yang damai.

3. Jaga pemakanan

cara merawat anxiety tanpa ubat
Makanan yang dapat mengurangkan simptom anxiety.

Pemakanan yang seimbang sangat penting dalam mengurus tekanan anxiety. Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan nutrien seperti:

  • Omega-3 dari ikan salmon atau chia seeds untuk meningkatkan kesihatan otak
  • Magnesium dari kacang badam dan sayuran hijau untuk membantu relaksasi otot
  • Vitamin B dari bijirin penuh untuk menyokong fungsi saraf

Selain itu, makanan yang tinggi dengan probiotik seperti yogurt dan tempe juga boleh membantu dalam mengawal keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Kajian menunjukkan bahawa kesihatan usus mempunyai kaitan yang kuat dengan kesihatan mental dan dengan mengamalkan diet yang baik untuk usus, anda dapat mengurangkan risiko mengalami anxiety secara berterusan.

4. Kekal hidrasi ketika sahur dan selepas berbuka

Selain memastikan pemakanan yang seimbang, anda juga perlu mengawal jumlah air yang diminum sepanjang hari.

Ini kerana, dehidrasi boleh menyebabkan peningkatan kadar kortisol, iaitu hormon stres dalam badan, yang boleh memburukkan lagi gejala anxiety.

Ingat! Elakkan juga kafein dan makanan bergula, ya? Ini kerana, kafein boleh mencetuskan atau memburukkan lagi gejala anxiety kerana ia merangsang sistem saraf dan meningkatkan kadar degupan jantung serta hormon stres dalam badan.

Jika anda seorang peminum kopi tegar, cuba kurangkan pengambilannya secara berperingkat dan gantikan dengan minuman yang lebih menenangkan seperti teh herba atau air kosong.

5. Cara merawat anxiety tanpa ubat dengan mengawal pola tidur

Tidur yang cukup memainkan peranan penting dalam kestabilan emosi. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur berkualiti pada setiap malam.

Berikut adalah beberapa cara merawat anxiety dengan tidur yang lebih baik:

mengantuk ketika puasa
Tip untuk atasi mengantuk ketika berpuasa.

Ketika berpuasa, perubahan pola tidur boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan mental. Oleh itu, cuba cara merawat anxiety attack dengan menyesuaikan jadual tidur agar anda tetap mendapatkan rehat yang mencukupi.

Contohnya, jika anda perlu bangun awal untuk sahur, pastikan anda tidur lebih awal daripada biasa.

Anda juga boleh mengamalkan cara merawat anxiety disorder dengan tidur sebentar (power nap) selama 20-30 minit pada waktu siang untuk mengembalikan tenaga tanpa mengganggu pola tidur malam.

Kesimpulan

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dalam menangani keresahan. Pun begitu, anda boleh mencuba cara merawat anxiety tanpa ubat di atas dan sesuaikannya dengan keperluan anda. Ingat! Jangan terlalu berkeras pada diri sendiri dan nikmati keberkatan bulan Ramadan ini dengan penuh ibadah dan kesyukuran, ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. A 12-Minute 4-7-8 Breathing Meditation. https://www.mindful.org/a-12-minute-4-7-8-breathing-meditation/#:~:text=You%20inhale%20for%20a%20count,and%20particularly%20the%20exhalation%20breath. Diakses Februari 16, 2025.
  2. Imagery. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/imagery. Diakses Februari 16, 2025.
  3. De-Stress Eating: Foods To Help Reduce Anxiety. https://health.clevelandclinic.org/eat-these-foods-to-reduce-stress-and-anxiety. Diakses Februari 16, 2025.
  4. Coping with anxiety: Can diet make a difference? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/generalized-anxiety-disorder/expert-answers/coping-with-anxiety/faq-20057987. Diakses Februari 16, 2025.
  5. The gut-brain connection. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/the-gut-brain-connection. Diakses Februari 16, 2025.

Versi Terbaru

17/02/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

11 Tanda Dehidrasi Berbahaya Semasa Puasa

Herba Mengekalkan Kesihatan Sepanjang Puasa


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan