backup og meta

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Biji chia atau chia seed merupakan benih dari tumbuhan berbunga dari keluarga pudina yang dikenali sebagai Salvia hispanica . Tidak dinafikan, ada banyak kebaikan chia seed untuk kesihatan. Bagaimanapun, bolehkah makan chia seed setiap hari

Menurut pakar, pengambilan biji chia yang terlalu banyak mungkin akan menimbulkan kesan sampingan tertentu terutamanya terhadap kesihatan perut. 

Namun, biji chia boleh mendatangkan banyak manfaat terhadap kesihatan jika diambil dengan betul. 

Oleh itu, jika anda ingin mengamalkan biji chia dalam diet harian atau ketahui waktu terbaik minum chia seed, mari baca artikel ini terlebih dahulu. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Nutrisi dan kebaikan chia seed

kebaikan chia seed
Biji chia sudah digunakan sebagai penambah tenaga sejak zaman dahulu lagi.

Biji chia sudah lama digunakan sebagai ubat-ubatan bagi masyarakat Aztec dan Mayan. Dalam bahasa Mayan, Chia bermaksud ‘kekuatan’. 

Pada zaman dahulu, pahlawan yang berasal dari kaum Aztec akan mengambil makanan yang kaya dengan biji chia untuk menguatkan tenaga dan menambah stamina badan.

Selain itu, biji chia mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk badan.  Antaranya:

  • Kalsium
  • Mangan
  • Magnesium
  • Selenium
  • Zat besi 
  • Fosforus 
  • Kuprum

Dalam pada itu, biji chia juga merupakan sumber asid alfa-linoleik (ALA), sejenis asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan. Selalunya, asid lemak omega-3 terkandung dalam ikan dan kekacang. 

Asid lemak omega-3 sudah terbukti dapat mengurangkan inflamasi yang berlaku kepada badan. Malah, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, misalnya serangan jantung dan kanser. 

Selain itu, biji chia juga mungkin dapat membantu menurunkan berat badan. Tetapi, apakah cara minum chia seed untuk kurus

Mudah sahaja! Anda hanya perlu tambahkan satu sudu biji chia ke dalam segelas ais. Kemudian, tambah perahan limau atau madu untuk perasa. 

Menurut pakar, waktu terbaik minum chia seed adalah pada waktu pagi dan juga beberapa jam sebelum tidur. 

7 kebaikan chia seed untuk kesihatan

Biji chia merupakan sumber pelbagai jenis vitamin, mineral dan antioksidan. 

Antara manfaat yang mungkin boleh diperoleh daripada pengambilan chia seed ialah:

1. Membantu melawan radikal bebas

Antioksidan yang terkandung dalam biji chia dapat membantu melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan pada sel manusia. 

Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkait rapat dengan radikal bebas, antaranya sakit jantung, beberapa jenis kanser dan juga sesetengah bentuk penyakit mental. 

Antara antioksidan yang terkandung dalam biji chia ialah: 

  • Asid kafeik
  • Asid klorogenik
  • Kaempferol
  • Quercetin

2. Meningkatkan kesihatan jantung

kebaikan chia seed
Pengambilan biji chia mungkin dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Quercetin yang terkandung dalam biji chia mungkin dapat mengurangkan risiko sakit jantung. 

Selain itu, chia seed juga kaya dengan serat yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung. 

3. Mengawal kadar gula dalam darah 

kebaikan chia seed
Bagi penghidap diabetes, penting untuk anda sentiasa periksa kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Biji chia mengandungi serat yang tinggi. Kajian menunjukkan, serat dapat mengurangkan kerintangan insulin dan membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Dalam pada itu, menurut kajian lain, roti yang mengandungi biji chia juga tidak akan menaikkan kadar gula dalam darah seseorang berbanding roti biasa. 

Oleh itu, roti yang mengandungi biji chia lebih sesuai untuk diambil oleh penghidap diabetes. 

Kebaikan chia seed 4: Mengurangkan inflamasi

Asid kafeik yang terkandung di dalam biji chia dapat membantu melawan inflamasi dalam badan. 

Malah, mereka yang makan chia seed dengan kerap juga kurang berisiko untuk mengalami penyakit yang boleh menyebabkan inflamasi. 

5. Mungkin dapat menurunkan berat badan

Tahukah anda, 28 gram biji chia mengandungi 35 peratus jumlah serat boleh larut? 

Serat ini juga boleh menyerap air dan menyebabkan individu yang mengambilnya rasa kenyang dengan lebih lama. 

Kebaikan chia seed 6: Dapat meningkatkan kesihatan kulit

Dalam sebuah kajian, biji chia dikatakan mempunyai kandungan vitamin F yang sangat tinggi. Vitamin ini sangat penting untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit. 

Selain itu, biji chia juga dikatakan dapat melindungi permukaan kulit daripada sesetengah enzim yang boleh menyebabkan kulit berkedut

Bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti kebaikan sebenar biji chia terhadap kulit manusia. 

7. Membantu kita kekal hidrat

Minuman tinggi serat yang mengandungi biji chia dapat membantu kita kekal hidrat. Malah, ada banyak juga kebaikan chia seed yang dapat diperoleh sekiranya anda mengamalkan pengambilannya dengan kerap.

Bolehkah makan chia seed setiap hari?

Cara terbaik untuk makan chia seed adalah dengan mencampurkannya dalam air kosong.

Pengambilan biji chia yang terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kepada sesetengah orang. Sekiranya anda ingin mengambil biji chia, pastikan anda mula dengan jumlah yang sedikit. 

Cara minum chia seed untuk kurus adalah dengan mencampurkannya dengan susu atau jus buah. Kemudian, minum seperti biasa. 

Selain itu, anda juga boleh campurkan biji chia ke dalam air kosong sebagai satu cara minum chia seed untuk kurusMalah, anda juga boleh masukkan biji chia ke dalam adunan roti sebagai pengganti telur. 

Tidak dinafikan, ada banyak kebaikan chia seed untuk kesihatan manusia. Bagaimanapun, jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tertentu, berbincanglah dengan doktor sebelum mengambil apa-apa bentuk makanan tambahan. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Chia seed benefits: What you need to know. https://www.health.harvard.edu/nutrition/chia-seed-benefits-what-you-need-to-know. Diakses pada September 19, 2024. 
  2. Chia seeds pack nutritional punch. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/chia-seeds-pack-nutritional-punch. Diakses pada September 19, 2024. 
  3. Chia seeds (Salvia hispanica L.): A therapeutic weapon in metabolic disorders. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9834868/. Diakses pada September 19, 2024. 
  4. What Are the Benefits of Chia Seeds? https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-chia-seeds. Diakses pada September 19, 2024.
  5. Healthy food trends – chia seeds. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000727.htm. Diakses pada September 19, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

6 Manfaat Chia Seed Yang Tak Ramai Orang Tahu, No. 2 Confirm Anda Suka!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan