Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Probiotik Berkesan Pada Badan? Jangan Salah Pilih Waktu Makan
Tahukah anda, ada waktu yang sesuai makan probiotik? Sebenarnya, ada waktu terbaik makan probiotik bagi memastikan ia lebih mudah menyerap dan berkesan untuk meningkatkan imuniti badan.
Tetapi, tahukah anda apa itu probiotik? Ia adalah mikroorganisma hidup yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh, khususnya bagi sistem pencernaan.1
Probiotik boleh didapati dalam makanan, ubat dan suplemen.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan waktu terbaik makan probiotik untuk kekuatan usus anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
7 Waktu terbaik makan probiotik
Probiotik ada sejenis bakteria. Oleh itu, ia mungkin tidak dapat memasuki perut dengan selamat disebabkankehadiran asid.
Sebab itulah, pengambilan probiotik perlulah dilakukan pada waktu tertentu.
Sebagai panduan, waktu makan probiotik yang terbaik adalah:
1. Selepas makan antibiotik
Tahukah anda, antibiotik memusnahkanbakteria baik dan buruk dalam usus?2
Oleh itu, mengambil probiotik selepas makan antibiotik dapat membantu memulihkan keseimbangan mikroflora dalam perut.2
2. Ketika mengalami masalah pencernaan
Sekiranya anda mengalami masalah pencernaan, pengambilan probiotik mungkin dapat membantu. Sebab itulah, pengambilan probiotik pada waktu pagi sangat disarankan.2
Wanita boleh mengambil probiotik untuk mengurangkan masalah pencernaan yang berlaku ketika haid, misalnyaperut kembung akibat ketidakhadaman.3
6. Makan probiotik ketika sakit
Jika anda kerap jatuh sakit, cuba tambahkan makanan yang kaya dengan probiotik dalam diet harian. 3
Ia dapat menguatkan daya tahan badan dan mengelakkan anda daripadamudah jatuh sakit.3
7. Makan setiap hari untuk kesihatan lebih baik
Probiotik juga boleh diambil setiap hari demi kesihatan lebih baik. 3
Tidak kiralah anda ingin mengambilnya dalam bentuk makanan atau suplemen, probiotik terbukti dapat melancarkan sistem pencernaan. 3
Waktu yang sesuai makan probiotik ialah pada waktu pagi. Namun, anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa.
5 Manfaat probiotik untuk tubuh anda
Ada beberapa sebab mengapa semua orang perlu mengambil probiotik. Antaranya:4
Kekuatan usus bermula dengan apa yang anda makan dan minum.
Membantu melancarkan pencernaan. Probiotik membantu mengelakkan masalah seperti sembelit atau cirit-birit
Menguatkan sistem imun badan. Probiotik merangsang pengeluaran antibodi dan mencegah jangkitan
Mengurangkan keradangan. Sesetengah probiotik dapat membantu mengurangkan keradangan yang boleh mencetuskan penyakit kronik seperti radang usus
Mencegah jangkitan yis dan vagina. Probiotik boleh mencegah ketidakseimbangan flora vagina yang menyebabkan jangkitan yis dalam kalangan wanita
Memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan. Probiotik dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap hormon gembira (serotonin) dan mengurangkan kebimbangan
Makanan yang mengandungi probiotik:
Yogurt – Sumber probiotik yang mudah didapati dan dapat membantu memperbaiki kesihatan usus.
Kimchi – Sayuran yang difermentasi dan kaya dengan bakteria baik.
Kefir – Minuman susu fermentasi yang mengandungi pelbagai strain probiotik.
Tempe & Miso – Makanan berasaskan soya yang difermentasi, kaya dengan probiotik.
Susu kultur – Dikenali sebagai susu yang difermentasi, diperam dengan bakteria asid laktik, seperti Lactobacilli.5
Waktu yang sesuai makan probiotik?
Jadi, bilakah masa atau waktu yang sesuai makan probiotik? Selain pengambilan probiotik pada waktu pagi, anda juga boleh mengambilnya ketika:6
Sebelum sarapan: Makan atau minum probiotik sebelum makan membantu bakteria bertahan lebih lama.
Selepas makan: Probiotik juga boleh diambil selepas makan untuk memudahkan penyerapan bersama makanan.
Sebelum tidur: Sesetengah suplemen probiotik berfungsi lebih baik pada waktu malam untuk menyokong pemulihan badan.
Sebelum bersenam: Probiotik sebelum senaman membantu mengurangkan kembung dan meningkatkan prestasi.
Setiap hari pada waktu sama: Konsistensi masa pengambilan probiotik dapat membantu flora usus berkembang.
Di atas hanyalah cadangan waktu yang sesuai makan probiotik untuk anda. Ambil masa untuk anda ketahui waktu yang sesuai makan probiotik dengan tubuh lebih-lebih lagi bagi anda yang menghidap gastrik.
Tahukah anda, kebanyakan bakteria tidak mampu bertahan dan akan mati di perut sebelum sempat memberi manfaat kepada tubuh? Hal ini disebabkan perut manusia mengandungi asia perut dan cecair hempedu yang sangat kuat.
Berita baik buat anda! Shirota strain, probiotik yang digunakan oleh Yakult telah terbukti secara saintifik di mana ia mampu bertahan daripada asid perut dan cecair hempedu. Barulah dapat menyokong kesihatan usus dan sistem pencernaan anda!
Sebotol Yakult untuk kelangsungan kekuatan usus anda
Secara umumnya, asid perut dan jus hempedu adalah penghalang semula jadi yang boleh membunuh bakteria baik sebelum ia sempat sampai ke usus.
Namun, bagaimana pula dengan Yakult?
Kelebihan Yakult: Ketahanan terhadap asid
Berita baik untuk penggemar Yakult! Strain unik, Shirota strain, telah dibuktikan secara saintifik sangat “tahan lasak”. Ia mampu bertahan dalam persekitaran asid perut yang tinggi dan cecair hempedu untuk sampai ke usus dalam keadaan hidup. Jadi, anda tidak perlu terlalu risau tentang bila waktu yang tepat untuk meminumnya.
Kunci sebenar: Konsistensi setiap hari
Daripada memikirkan tentang jam berapa perlu minum, persoalan yang lebih penting ialah: “Adakah anda meminumnya setiap hari?”
Kenapa perlu minum setiap hari?
Sifat sementara: Bakteria probiotik LcS tidak menetap kekal di dalam usus kita. Ia hanya “singgah” untuk melakukan kerja pembersihan dan penyelarasan
Perlu diisi semula (“Top-up”): Selepas melakukan tugasnya, bakteria ini akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan
Perlindungan harian: Usus kita diserang setiap hari oleh pemakanan yang tidak seimbang dan stres. Maka, pertahanan usus juga perlu dihantar masuk setiap hari
Kini, anda telah tahu bila waktu sesuai minum Yakult. Jangan tunggu waktu tertentu. Amalkan pengambilan probiotik secara konsisten pada waktu terbaik seperti pagi, selepas makan atau selepas pengambilan antibiotik. Ini merupakan waktu terbaik makan probiotik.
Teruskan amalan satu botol sehari untuk usus yang lebih kuat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Probiotics.https://www.nhs.uk/conditions/probiotics/. Diakses pada Oktober 19, 2024.
Probiotics and gut health.https://www.bda.uk.com/resource/probiotics.html. Diakses pada Oktober 19, 2024.
Probiotics: Usefulness and Safety.https://www.nccih.nih.gov/health/probiotics-usefulness-and-safety. Diakses pada Oktober 19, 2024.
Probiotics.https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/14598-probiotics. Diakses pada Oktober 19, 2024.
Fermented Milk – Uses, Side Effects, and More . https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1481/fermented-milk#overview . Diakses pada Desember 15, 2025
When Should I Take Probiotics for Best Results? https://health.clevelandclinic.org/best-time-to-take-probiotics . Diakses pada Desember 15, 2025
Versi Terbaru
07/01/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor