Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba ‘hilang’ sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu berlaku?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba ‘hilang’ sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu berlaku?
Walaupun perkara tersebut hanya berlaku buat sementara waktu, namun ia sudah cukup untuk membuatkan anda panik.
Ingin tahu bagaimana boleh terjadinya masalah kebutaan secara tiba-tiba? Pastikan anda ikuti artikel ini dengan lebih lanjut okay!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba atau turut dikenali sebagai sudden blindness adalah kondisi apabila seseorang individu menghadapi kesukaran untuk melihat.
Anda mungkin beranggapan bahawa perkara ini akan menyebabkan kebutaan secara total, namun sebenarnya ia berbeza-beza bagi setiap individu.
Sebagai contoh, sesetengah individu mungkin mengalami penglihatan kabur, manakala segelintir orang pula mungkin kehilangan penglihatan periferal secara tiba-tiba.
Selain itu, sebahagian individu juga boleh mengalami kehilangan penglihatan pusat secara tiba-tiba. Ketiga-tiga masalah ini termasuk dalam kategori sudden blindness.
Tambahan itu, tempoh masa sudden blindness yang dialami oleh setiap orang adalah berbeza, ia mungkin berlangsung selama beberapa saat, jam atau hari.
Lebih teruk, perkara ini mampu menjadi masalah kekal sekiranya tidak menerima rawatan pada waktu yang tepat.
1. Papilledema
Papilledema adalah masalah pembengkakan di kawasan saraf mata dan ia juga boleh berlaku akibat peningkatan tekanan di dalam kepala.
Disebabkan itu, kehilangan penglihatan atau kebutaan akan berlaku pada kedua-dua mata secara serentak.
Selalunya masalah kehilangan penglihatan ini turut disertai dengan sakit kepala.
Berita baiknya, ia lazim berlaku dalam tempoh masa beberapa saat. Setelah itu, penglihatan anda akan kembali seperti normal.
Untuk diagnosis, imbasan MRI adalah salah satu pemeriksaan sokongan yang dibuat untuk membantu menentukan punca berlakunya peningkatan tekanan di kepala.
2. Amaurosis fugax
Kehilangan penglihatan pada sebelah mata tanpa rasa sakit yang sering berlaku dalam beberapa saat hingga minit merupakan antara ciri masalah ini.
Amaurosis fugax lebih kerap terjadi pada golongan yang berusia lebih daripada 50 tahun dengan sejarah penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi (hipertensi), dan gangguan profil kolesterol (hiperlipidemia).
Punca yang paling sering mengakibatkan seseorang untuk mengalami masalah ini adalah penyumbatan saluran darah pada kawasan retina.
Dalam beberapa kes, mereka yang mengalami kehilangan penglihatan selama lebih dari 90 minit, penyumbatan mampu berlanjutan dan kebutaan boleh menjadi kekal.
Untuk diagnosis, pakar menggunakan imbasan CT untuk menilai keadaan saluran darah otak yang lain.
3. Vertebrobasilar insufficiency
Penurunan penglihatan secara tiba-tiba pada kedua-dua belah mata yang berlaku secara berulang kali tanpa rasa sakit merupakan antara ciri kondisi ini.
Tidak jauh berbeza dengan amarousis fugax, kondisi ini juga lebih kerap berlaku pada individu yang mempunyai penyakit tertentu.
Untuk diagnosis, penyelidikan MRA (angiografi resonans magnetik) mungkin perlu dilakukan sebagai tambahan kepada imbasan CT.
Pemeriksaan ini berguna untuk melihat bekalan darah ke kawasan belakang otak (oksipital), batang otak, serta otak kecil.
Gangguan aliran darah yang berlaku di kawasan-kawasan ini boleh menjadi penyebab kebutaan secara tiba-tiba pada kedua-dua belah mata.
4. Migrain
Kehilangan penglihatan sementara (antara 10 sehingga 60 minit) akan segera disusuli dengan sakit kepala yang teruk, iaitu migrain.
Tambahan itu, kejadian ini akan berulang setiap kali serangan migrain berlaku.
Pun begitu, risiko kebutaan dalam kondisi ini tidak begitu membimbangkan kerana penglihatan akan kembali normal setelah serangan migrain dapat diatasi.
Baca juga:
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kebutaan secara tiba-tiba, antaranya:
Masalah kebutaan dapat dicegah jika mata anda diperiksa secara berkala. Ini supaya rawatan awal diberikan sekiranya anda menghadapi masalah mata dan sebagainya.
Justeru, jika anda mengalami momen kebutaan atau masalah penglihatan, usah berlengah dan segera lakukan janji temu untuk mendapatkan rawatan awal.
Sekiranya anda didiagnosis dengan jenis penyakit mata tertentu, ikutilah arahan pakar oftalmologi mengenai penjagaan mata yang betul.
Bagi para ibu bapa, pastikan anak-anak anda melakukan pemeriksaan mata ketika berumur 6 bulan dan 3 tahun.
Apabila mereka mencecah usia 6 tahun, pemeriksaan sekali setahun juga harus dilakukan untuk memastikan kesihatan mata yang optimum dan mengelak daripada berlakunya masalah penglihatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen