Rabun jauh anda mungkin disebabkan oleh keadaan bola mata anda yang terlalu panjang atau mempunya kornea yang melengkung terlalu mencuram, maksudnya daripada ia fokus pada retina, sinaran cahaya memasuki mata untuk fokus di hadapan retina dan menyebabkan imej yang dilihat kabur.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko rabun jauh?
Ada banyak faktor risiko bagi rabun jauh, antaranya:
- Sejarah keluarga. Keadaan ini biasanya berlaku dalam keluarga atau keturunan. Anda dalam risiko yang tinggi sekiranya salah seorang dari ibubapa anda berpenglihatan dekat, atau jika keduanya berpenglihatan dekat.
- Membanya terlalu banyak;
- Keadaan sekeliling seperti kurang masa dihabiskan di luar.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana rabun jauh didiagnosis?
Anda boleh didiagnos berpenglihatan dekat menerusi ujian mata. Dalam ujian mata yang lengkap anda mungkin perlu melalui beberapa siri ujiamn doktor mata anda boleh menggunakan pelbagai alatan, menghalakan cahaya yang terang terus kemata anda dan mengarahkan anda untuk melihat pada beberapa lensa. Tujuan ujian-ujian ini ialah untuk menguji beberapa aspek pada mata anda dan penglihatan anda dan untuk mengenalpasti apa preskripsi yang and perlu untuk mendapat pandangan yang jelas menerusi bantuan kacamata atau kanta lekap.
Bagaimana rabun jauh dirawat?
Untuk merawat rabun jauh, anda perlu membaiki penglihatan anda melalui usaha untuk memfokus pada cahaya di retina anda melalui bantuan kanta pembetulan atau pembedahan refraktif.
Sekiranya anda memilih untuk memakai kanta pembetulan bagi merawat rabun jauh, ia boleh membantu anda dengan mengatasi peningkatan pada lengkungan kornea anda atau pemanjangan saiz bola mata anda. Anda boleh mencuba kacamata dari pelbagai jenis seperti bifokal, trifokal, dan cermin mata membaca; atau kanta lekap yang dipakai terus pada mata anda.
Sekiranya anda tidak suka perassaan memakai sesuatu untuk membantu membaiki rabun jauh anda, anda boleh menimbng untuk pembedahan refraktif. Kaedah ini membantu anda untuk mengurangkan atau juga menghilangkan terus keperluan anda pada cermin mata atau kanta lekap. Prosedur yang paling biasa ialah keratektomi fotorefraktif dengan menggunakan laser bagi membuang lapisan dari tisu kornea, dan laser-assisted in situ keratomileusis (LASIK) dengan menggunakan laser femto atau alat mekanikal bagi memotong flap nipis menerusi bahagian atas kornea.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas rabun jauh?
Gayahidup dan rawatan sampingan berikut boleh membantu anda berhadapan dengan rabun jauh:
- Lakukan pemeriksaan mata secara tetap;
- Kawal keadaan kesihatan yang kronik, contohnya diabetes dan tekanan darah tinggi;
- Lindungi mata anda daripada matahari dengan memakai cerminm= mata hitam yang menghalang rdiasi ultraviolet (UV).
- Elak dari kecederaan mata. Anda digalakkan memakai alatan pelindung mata semasa melakukan perkara seperti sukan, memotong rumput, mengecat atau mengginakan produk mengandungi wasap bertoksik;
- Berhenti merokok sekiranya anda merokok. Ini bukan sahaja membantu anggota tubuh yang lain, tetapi juga kesihatan mata anda;
- Gunakan kanta pembetulan yang sesuai;
- Kurangkan keletihan mata. Selepas beberapa minit menggunakan computer atau membaca, anda perlu melihat ke arah lain supaya mata anda boleh berehat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen