backup og meta

Hipogonadisme Punca Hormon Seks Berkurangan? Ketahui Cara Mengatasinya!

Hipogonadisme Punca Hormon Seks Berkurangan? Ketahui Cara Mengatasinya!

Tahukah anda hipogonadisme sebenarnya boleh menyebabkan hormon seks berkurang? Penyakit ini juga bukan sahaja boleh terjadi dalam kalangan lelaki sahaja, malah ia juga boleh berlaku kepada wanita. Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit hipogonadisme ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini. 

Definisi

Apa itu hipogonadisme?

Hipogonadisme adalah keadaan yang menjejaskan gonad, kelenjar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon seks dalam badan iaitu testis dalam lelaki dan ovari dalam perempuan.

Dalam pesakit hipogonadisme, hormon seks mereka terlalu rendah hingga mempengaruhi pertumbuhan maskulin dan feminin, seperti perkembangan payudara, perkembangan testis dalam lelaki, dan pertumbuhan bulu pubik. Ia juga boleh menjejaskan kitaran haid dan penghasilan sperma.

Terdapat dua jenis hipogonadisme: hipogonadisme primer dan sekunder/sentral

  • Primer: Hipogonadisme berpunca daripada masalah gonad. Gonad anda menerima isyarat dari otak anda tetapi masih tidak dapat menghasilkan hormon.
  • Sekunder: Hipogonadisme yang berpunca daripada masalah dalam hipotalamus atau kelenjar pituitari (bahagian otak yang mengawal pengeluaran gonad anda).

Apakah kebarangkalian penyakit hipogonadisme?

Hipogonadisme pada lelaki boleh berlaku tanpa mengira usia, paras testosteron rendah terutamanya biasa ditemui pada lelaki yang lebih berusia. Lebih daripada 60% lelaki berumur 65 tahun ke atas mempunyai tahap testosteron bebas di bawah nilai normal bagi lelaki berusia 30 hingga 35 tahun.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom hipogonadisme?

Penyakit hipogonadisme sering bermula pada tiga titik kehidupan: semasa perkembangan janin, sebelum akil baligh atau semasa dewasa. Simptom yang mungkin berlaku termasuklah:

Lelaki

  • Kelamin yang tidak normal: seperti kemaluan wanita;
  • Alat kelamin tidak terbentuk dengan lengkap atau alat kelamin yang tidak jelas;
  • Penurunan jisim otot;
  • Perkembangan bulu badan yang terjejas;
  • Pertumbuhan zakar dan buah zakar yang terjejas;
  • Pertumbuhan tangan dan kaki yang berlebihan berbanding batang tubuh;
  • Pertumbuhan tisu payudara (ginekomastia);
  • Disfungsi erektil;
  • Kemandulan;
  • Kehilangan jisim tulang (osteoporosis);
  • Keletihan;
  • Keinginan seks berkurang
  • Kesukaran menumpukan perhatian;

Perempuan

Terdapat tanda atau simptom yang tidak terdapat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusyilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Temui doktor jika anda mengalami sebarang simptom hipogonadisme yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah punca penyakit hipogonadisme?

punca hipogonadisme

Hipogonadisme adalah keadaan yang diwarisi, tetapi dalam beberapa kes, hipogonadisme mungkin terjadi disebabkan kecederaan atau jangkitan. Anda mungkin mempunyai satu jenis hipogonadisme atau kedua-duanya sekali. Penyebab utama penyakit hipogonadisme primer termasuklah:

  • Gangguan autoimun seperti penyakit Addison dan hypoparatiroidisme;
  • Gangguan genetik seperti sindrom Turner (pada wanita) dan sindrom Klinefelter (pada lelaki);
  • Jangkitan;
  • Penyakit hati dan buah pinggang;
  • Radiasi;
  • Pembedahan;
  • Zat besi berlebihan (hemochromatosis);

Punca utama hipogonadisme sekunder termasuklah:

  • Anorexia nervosa;
  • Pendarahan pada kawasan pituitari;
  • Ubat-ubatan tertentu seperti glukokortikoid dan opiat;
  • Apabila berhenti mengambil steroid anabolik;
  • Masalah genetik termasuk sindrom Kallmann;
  • Jangkitan;
  • Kekurangan nutrisi;
  • Radiasi;
  • Penurunan berat badan yang ketara dengan mendadak (termasuk penurunan berat badan selepas pembedahan bariatrik);
  • Pembedahan;
  • Trauma;
  • Ketumbuhan;
  • HIV / AIDS.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada penyakit hipogonadisme?

Anda mungkin berisiko tinggi mendapat hipogonadisme jika anda mempunyai:

  • Sejarah hipogonadisme dalam keluarga
  • HIV / AIDS;
  • Sindrom Kallmann;
  • Sindrom Klinefelter;
  • Hemochromatosis;
  • Ketumbuhan testis atau pituitari;
  • Jangkitan mumps yang menjejaskan testikel (buah zakar) anda.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit hipogonadisme didiagnosis?

cara merawat hipogonadisme

Doktor akan memeriksa tanda fizikal hipogonadisme, tetapi cara terbaik untuk mendiagnosis  adalah dengan menjalani ujian makmal. Beberapa ujian yang biasa dilakukan untuk keadaan ini termasuklah:

  • Tahap estrogen (wanita);
  • Tahap FSH dan tahap LH;
  • Tahap testosteron (lelaki);
  • Ujian darah untuk anemia dan zat besi;
  • Ujian genetik;
  • Tahap prolaktin (hormon susu);
  • Kiraan sperma;
  • Ujian tiroid.

Ujian pengimejan kadangkala diperlukan, seperti sonogram ovari. Sekiranya penyakit pituitari disyaki, imbasan MRI atau CT otak mungkin dijalankan.

Bagaimana pesakit hipogonadisme dirawat?

Untuk mengimbangkan tahap hormon dalam badan, anda mungkin perlu mengambil ubat berasaskan hormon seperti estrogen dan progesteron  bagi perempuan sementara testosteron bagi lelaki. Ubat tersebut tersedia dalam bentuk pil, patch kulit, gel kulit, atau suntikan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan dan terapi radiasi.

penyakit hipogonadisme

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani hipogonadisme?

Hipogonadisme adalah keadaan kronik yang memerlukan rawatan sepanjang hayat kerana tahap hormon seks mungkin berkurang jika anda menghentikan pengambilan ubat. Ikuti saranan gaya hidup ini untuk kekal sihat dengan hipogonadisme:

  • Penyakit hipogonadisme boleh meningkatkan risiko anda mendapatkan osteoporosis. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam secara kerap tetap dan mendapat jumlah kalsium dan vitamin yang mencukupi. Bincang dengan doktor mengenai garis panduan diet yang sesuai untuk anda.
  • Ketahui tentang disfungsi erektil atau ketidaksuburan.
  • Kurangkan tekanan.
  • Ambil masa untuk menyesuaikan dengan perubahan hormon dari rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Male hypogonadism. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-hypogonadism/basics/definition/con-20014235. Diakses pada Ogos 10, 2016.

Hypogonadism. https://medlineplus.gov/ency/article/001195.htm. Diakses pada Ogos 10, 2016.

Male hypogonadism: Symptoms and treatment. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3255409/#:~:text=Symptoms%20of%20post%20pubescent%20hypogonadism,changes%20in%20cholesterol%20levels%2C%20anemia%2C. Diakses pada Oktober 17, 2023.

Hypogonadism In Men. https://www.endocrine.org/patient-engagement/endocrine-library/hypogonadism Diakses pada Oktober 17, 2023.

Hypogonadism In Females. https://dermnetnz.org/topics/hypogonadism-in-females. Diakses pada Oktober 17, 2023.

Versi Terbaru

19/10/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

3 Khasiat Tongkat Ali Untuk Orang Lelaki, Bukan Setakat Tambah 'Power' Dengan Isteri!

5 Fakta Tentang Melancap Tidak Diketahui Ramai, #4 Paling Tidak Disangka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan